Chapter 1

18.5K 461 14
                                    

Amilya yang sedang mengemas baju ke dalam beg bagasi-nya yang berwarna purple, "Lia, kau tolong kemas luggage aku sekali, ye." Kata teman sebiliknya, Vea. "Amboi, suka hati kau eh? Suruh-suruh orang pulak!"

Amilya sangat mengenali kawannya itu, Vea jarang mengemas baju sendiri. Dia ialah seorang yang sangat pemalas bila datang dengan mengemas. "Kemas sendiri, dah habis belajar pun malas lagi!"

Tengking Amilya, mereka sudah habiskan pelajaran mereka di kolej dan mereka ingin menghabiskan cuti mereka sebelum bekerja di kampung mereka.

"Rindu lah aku dekat kau nanti!" Vea bangun dari katil berlari ke arah Amilya dan memeluknya sekuat hati. Peluk banyak-banyak!! Nanti rindu!!

"Ya Allah! Sabar! Tunggu la aku kemas siap dulu!" Amilya menolak Vea dengan perlahan, "Ish, kau ni orang nak manja-manja last minute ni!"

Vea menyilangkan tangannya ke dada, "Hahaha, siapa suruh buat last minute?" Cuti dah lama baru sekarang nak clingy!

Amilya tiba di 'Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur' Dia mengeluh puas kerana dapat balik semula ke kampungnya yang tersayang!

"Rindunya!" Kata Amilya di dalam hati, "Lia!" Amilya terus memandang ke arah bunyi namanya itu. "Adryyan!" Amilya berlari ke arah abangnya lalu memeluknya erat, membenamkan mukanya pada dada Adryyan.

   "Rindunya dekat kau!" Adryyan berkata sambil memicit pipi adiknya dengan geram. "Ow! Sakitla!" Masa adiknya tiada di rumah rindu, masa balik terus bergaduh eh?

  "Kau ni pun, abang! Masa adik tak ada rindulah apalah! Masa adik balik cari gaduh!" Puan Qarina mencubit telinga anak lelakinya itu.

  "Aduh! Umi, sakitlah..." Rungut si Adryyan sambil mengusap telinga yang dicubit itu.

"Hm, abang kamu tu kalau dah rindu sangat memang tak ingat orang lain dah." Kata Puan Qarina sambil melangkah ke arah Amilya. "Hehe, Assalamualaikum umi!"

Amilya terus menunduk lalu mencium tangan uminya lalu memeluk erat, rindunya tidak terkata. Sudah setahun tidak bertemu dengan keluarga tersayang.

"Abi mana? Tak datang ke?" Tanya Amilya pada Puan Qarina, "Tak, abi kamu tu ada kena ceramah kat masjid hari ni." Encik Hazim merupakan seorang yang garang namun hatinya baik, dia juga seorang ustaz di kampung mereka.

"Dah dah, jom balik. Mesti anak kesayangan umi ni lapar."

"Lapar sangat!" Dari pagi lagi dia belum makan sebab mengemas barang-barang! Letih!

Amilya keluar dari bilik mandi dengan badannya yang dibaluti tuala, dia berjalan ke arah ruang tamu untuk pergi ke biliknya.

Langkahnya terhenti apabila melihat seorang tetamu yang sedang duduk bersama abang, umi, dan abinya berbual. "Amilya!" Jerit Encik Hazim, Amilya tersentak lalu berlari ke arah biliknya.

Encik Hazim marah kerana tetamu yang hadir itu ialah lelaki dan Amilya hanya memakai tuala sahaja. Dia masuk ke biliknya dan terdengar panggilan suara dari telefonnya, "Assalamualaikum, Irsyad?" Sapa Amilya mengangkat panggilan itu.

  "Waalaikumussalam, sayang dah sampai Pineng ke? Tak bagi tahu Syad pun dah sampai."

"Ye, orang dah sampai sini. Sorry sayang, orang baru je siap mandi."

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [IN EDIT]Where stories live. Discover now