Chapter 25

9.3K 342 83
                                    

Tiga tahun sudah berlalu, Amilya sudah bersalin dan melahirkan seorang anak lelaki. Namun, hatinya masih merindui sang suami yang telah pergi meninggalkan dia.

"Comelnya! Meh sini meh!" Leen mendukung bayi yang berada dalam dakapan Amilya, "Nama apa kamu bagi ni?"

"Luthman Al-Hakim, kak Leen..."

"Hensemnya! Sama macam ayah dia!" Amilya hanya menayangkan senyuman tawar pada bibirnya. Dia sangat merindui Fayyadh, tapi apa yang dapat dia lakukan? Ini semua takdir...

"Kalau Fayyadh ada, mesti dia happykan, mi? Mesti dia peluk-peluk Lia... cium dahi Lia masa Lia tengah bersalin..." air mata akhirnya jatuh membasahi pipi yang kering.

"Lia redha ya? Ada sebab kenapa dia pergi dulu..."

  "Lia nak rehat kejap, kak Leen tolong jagakan Luth boleh?"

  "Boleh, sayang..." jawab Leen lembut.

  "I'm hungry..." kata Luthman dengan suara pelatnya membuatkan Leen melepaskan tawa lembut. "Luth lapar? Jom kita pergi makan"

  "Papa Luth pergi mana? Luth tak pernah jumpa." Soalan itu membuatkan Leen terhenti langkah. "Papa Luth kerja, jauh sangat... kalau Luth nak jumpa papa Luth kena jadi budak baik tau."

"Kau nak apa?" Suara garau Damon memenuhi ruangan gun training di Roses Mafia Empires.

"Tahniah, Damon. Kau dah bunuh Fayyadh." Terang Irsyad sambil menepuk tangannya beberapa kali.

"Jadi?" Nada suara lelaki bertopeng itu beku bagaikan ais yang tidak akan mencair. "Sekarang aku nak kau bunuh ahli Silver Square, all of them."

"Cukup aku dah bunuh ketua dia orang."

"Jangan bantah kata aku."

"Kau bukan siapa-siapa untuk arahkan aku." Lelaki itu berlalu pergi tanpa mendengarkan apa-apa jawapan dari Irsyad. "Sialan!"

Ayden pula dari tadi tidak berhenti melihat laptopnya, pagi-pagi dia sudah bergegas ke markas. Ada siasatan harus dilakukan.

"Ayden? Awal datang?" Tegur Haider. "Ya lah! Si Fayyadh tu suruh kenal pasti sasaran musuh! Lagi-lagi si Irsyad tu dah tahu yang Fayyadh ni dah mati."

"Haih, dia tu pun... kalau nak mati sekalipun tak boleh ke bawa beban-beban dia ni masuk kubur sekali?" Gumam Haider pula. Fayyadh yang sedang berdiri di hadapan mereka pula memberi death stare.

"Are you guys having a death wish conversation?" Tangan disilang ke dada membuatkan kedua bala itu menelan liur terasa paya. "Kalau aku betul-betul mati, kau oranglah yang aku akan heret ke kubur dulu."

"Sampai bila kau nak menipu ni, Yadh? Tak kesian dekat Amilya ke?" Sampuk Adryyan pula.

"Belum lagi... dia perlu bertahan untuk sementara waktu."

Terbeliak biji mata Ayden melihat pada skrin laptopnya. Laju dia bangun dari tempat yang sedang diduduk olehnya.

"Dyler!"

  "Ya, Tuan muda?" Muncul Dyler memakai dress yang bewarna biru muda dengan corak ombak.

  Fayyadh menelan air liurnya menahan nafsu. "Ak...aku straight!"

  "Tuan ni kan?! Saya bukan pondanlah! Tuan juga yang suruh pakai macam ni!" Marah Dyler kembali.

  "Mana kau dapat baju tu?"

  "Baju isteri tuanlah." Selamba aje jawapan Dyler membuatkan yang lain melepaskan tawa besar. "Setan!"

  Laju tangan Fayyadh naik menarik rambut palsu yang dipakai Dyler. "Astagfirullah!"

  "Sudah! Sakit perut dah aku! Hahahaha!" Ayden sudah berguling di atas lantai sambil memegang perutnya yang sudah kejang kerana ketawa.

  "Terkoyak baju bini aku, Ya Allah!" Jerit Fayyadh melihat kesan koyak pada leher dan pinggang dress yang dipakai Dyler.

  "Hehehe..."

  "Dyler, masuk lorong B. Jejak lokasi dan ambil maklumat yang kau dengar."

  Dyler berjalan bagaikan wanita yang cantik menyerlah mendekati anak-anak buah Irsyad yang sedang berbual.

  "Pandai ke dia kepit suara?"

  "Let him cook."

  Dyler berhenti di sebelah salah seorang anak buah Irsyad lalu mengepit suaranya. "Abang... boleh tak tolong hulurkan tu?" Sambil mengenyit mata. Suara yang dikepit olehnya terdengar sangat comel dan... Sexy...

  "Ehem! Boleh, gadisku..."

  Fayyadh pula sedang berjalan masuk ke kedai barangan kanak-kanak. Lalu ada seorang wanita baru sahaja melangkah keluar.

  "Encik, dompet encik jatuh." Tegur wanita itu. Fayyadh menoleh ke belakang tanpa melihat wajah gadis itu dia terus menjawab. "Thank yo..."

  "Aba...abang..." laju Fayyadh memandang wajah itu. Amilya...

  "Wifey..." pandangannya jatuh ke bawah melihat ke arah Luthman yang sedang dipimpin oleh mamanya.

  "Abang masih hidup... abang palsukan kematian abang? Kenapa abang buat semua ni...?"

  Fayyadh menghembus nafas panjang. "Sayang, bagi abang jelaskan dulu."

  "Tuan, saya dah..." terpotong ayat Dyler melihat sosok Amilya yang memandangnya dengan mata membulat.

  "Kau siapa?! Abang curang dengan Lia?! Sebab itulah abang palsukan kematian abang?!" Suaranya sudah meninggi. Melihat Dyler dalam pakaian perempuan betul-betul sudah membuatkan dia marah dan cemburu.

  "Ish, ish, ish... ini papa Luth ke mama? Luth nak papa baru, tak nak yang ni. Nanti kena dera dengan makcik makeup tebal tu" hentam Luthman pula.

  "Ya Allah, aku nak bertaubat..." ujar Dyler perlahan.

  Mata Fayyadh membulat melihat kelibat anak-anak buat Irsyad memandang mereka dari jauh. Tanpa berkata apa-apa dia terus mendukung Luthman dan menarik tangan Amilya.

  "Cepat."

  Mereka berlari hingga sampai ke kereta, "Meh, Luthman... alololo, comelnye budak ni!" Gumam Dyler.

  "Tak payah! Aku boleh urus anak aku sendiri!" Tengking Amilya.

  "Puan..."

  Amilya sudah merasa geram. Cukup! Laju dia menarik rambut Dyler. Ketika rambut itu terlepas dari kepala jejaka itu, mata Amilya terus membulat.

  "Laki aku straight lagi kan?"

  "Ini misi kita orang, Puan muda." Jawab Dyler pasrah.

  "Ni baju aku kan?! Sampai terkoyak kau pakai?! Sini kau!" Amilya mencabut kasutnya lalu mengejar Dyler.

  "Puan! Saya ganti baru! Argh!"

  "Papa?" Panggil Luthman perlahan. "Ya, sayang?"

  "Papa dah habis kerja ke? Lamanya papa kerja... mama cakap papa tak akan balik. Tapi akhirnya Luth jumpa juga dengan papa!" Luthman memeluk leher Fayyadh dengan erat.

  Rasa bersalah di hatinya semakin membuak-buak... "Papa sorry, kiddo... papa dah balik dah. Kita dah bersatu balik, papa sayang anak papa ni!"

  Cup!

  Ciuman nipis diberi pada pipi kiri Luthman.

  "Anak papa ni baru tiga tahun dah pandai cakap? What a smart little boy!"

  "Hehe, I love you papa!"

  "Sini kau! Tu baju anniversary kau tahu tak?!" Tempik Amilya lagi. "Puan! Arghh! Saya maaf minta! Eh! Saya minta maaf!"

estellesses

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [IN EDIT]Where stories live. Discover now