Chapter 11

8.9K 257 8
                                    

"So? Siapa yang kita nak bunu... Woi! Asal kau nangis ni?!" Terpotong ayat lelaki itu setelah masuk ke dalam markas mereka berlima, melihat Ayden sedang menangis. Malam ni katanya nak bunuh orang, ni asal nangis ni?

  "Hikss... Haider rosakkan Veronica aku... hikss..." ujar Ayden sambil air mata mengalir ke pipi. "Tak payah la manja sangat, motor je pun!" Jerkah Haider, motor pun buat kira. "Veronica tu nyawa aku tau tak?! Huwaaaa..." tangisan Ayden semakin menjadi-jadi.

Fayyadh memandang ke arah bosnya yang sedang duduk mengelap pistol 'G22' miliknya, tidak mahu masuk campur di antara dua mahkluk yang sedang bergaduh itu. "Haish... sudah! Haider, nanti kau ganti balik motor dia. Kalau macamni sampai ke esok tak sudah menangisnya tu, kita ni ada mission." Keluh Fayyadh, 'Letih dah dapat kawan benak macam ni.'

"Huwaaaaaaa!!" tangisan Ayden semakin kuat. Haish makin menjadi-jadi pulak Ayden ni!

Klak!

Bunyi picu pistol ditarik, "Kau nak mati awal ke?!" Tengking Adryyan sudah menghalakan pistolnya ke arah Ayden yang bunyi tangisannya semakin kuat. Dengan cepat Rayyan memegang bahunya. "Sabar la, Dragon. Musuh belum sampai lagi, simpan la peluru kau. Kau pun, Cobra! Belum lagi musuh sampai dah mati kena dengan Dragon ni!."

Memang sengaja Rayyan menggunakan nama panggilan mereka itu. Bila mereka sedang menjalankan misi, mereka perlu gunakan nama samaran. Adryyan dipanggil 'Dragon' kerana dirinya seorang bos kepada anak-anak syurga itu kecuali Fayyadh. Dan 5 temannya itu juga harus menunduk hormat kepada bosnya apabila sedang menjalankan misi.

Fayyadh dipanggil dengan gelaran 'Shark' kerana Fayyadh ialah seorang yang licik dan tidak mudah terpedaya dengan perangkap musuh. Tengok ajela macam mana dia pikat Amilya walaupun tak berhasil. Tetapi apabila datang dengan kata 'kerja' Fuh! Tak ada misi yang gagal setakat ini. Walhal, lelaki ini juga pantas, tiada walau satu pun peluru yang pernah masuk ke dalam badannya.

Rayyan pula dipanggil 'Rex'. Walaupun Rayyan ni sentiasa terlihat dingin, tetapi dirinya dapat menumpaskan musuh seramai 5 orang dalam satu masa dengan menggunakan pisaunya. Ayden dipanggil 'Cobra'. Meskipun Ayden terlihat seperti kanak-kanak ribena, namun dirinya sangat lah berbisa. Hampir semua musuh terpedaya dengan kelakuan dirinya yang terlihat bodoh itu dan kerana dirinya juga misi mereka berjalan dengan lancar. Tapi sampai sekarang tak ada awek

Manakala Haider pula dipanggil 'Eagle'. Dirinya dipanggil 'Eagle' kerana dia dapat mengetahui peregerakan musuh dengan matanya yang tajam.

"Hisy! Diamlah kau!" Jerkah Ayden sambil menghalakan pistol nya ke arah Rayyan. "Cobra! Kau jangan nak lebih-lebih pulak!" Kata Fayyadh dan mengacukan pistol ke arah Ayden.

  "DIAM! Sebelum semua underground baik DIAM!" Jerkah Adryyan. Keempat-empat sosok itu tersentak sebelum meletakkan pistol masing-masing. Mereka berempat ketakutan dengan amarah bosnya.

Bam! Bam!

Ayden tersentak sebelum melihat kearah empat lelaki itu. "Dah sampai dah tu" Adryyan beregerak ke arah pintu sebelum mencapai pistolnya. "Get ready, semua"

  Adryyan memberikan arahan dengan nada yang tegas. Semua kembali dalam mood serious. Semua mengambil senjata masing-masing sebelum mengambil position masing-masing.

  Ayden mengintai musuh mereka sebelum melihat ke arah Adryyan. Adryyan memberikan signal melalui matanya. Ayden mengangguk sebelum melangkah keluar.

Ayden berjalan keluar menghampiri musuh. "Mommyyyyyyy!! I'm scared!!"

Alexandro mengacukan pistol ke arah Ayden. "Kau siapa?!" Ayden melihat anak mata lelaki itu dengan menggunakan puppy eyes. "Aku tak rasa dia bahaya. Dia nampak macam budak bodoh." Ujar Syasya. Alexandro menjeling Syasya sebelum matanya tertumpu ke arah Ayden.

  "Benak macam ni kau cakap bahaya?" Hadief melepaskan tawa. "Sampai hati uncle cakap kita macamtuuu!!" Ayden menyilangkan tangan di dadanya dan mencebik.

"Uncle kau panggil aku?!" Hadief menjeling Ayden. Alexandro tetap mengacukan pistol ke arah Ayden. "Siapa yang hantar kau huh?!" Jerkah Alexandro. "Ehhh?!! Mainan!! Nakkkkk!!" Ayden menjerit sebelum berlari ke arah Alexandro dan menyentuh pistolnya.

  "Jangan sentuh la bab..." kata-katanya terhenti apabila Ayden dengan pantas merampas pistol dari tangannya. Ayden menghalakan pistol ke arah Alexandro sebelum menayangkan wajah sinis. "Bodoh." Kata Ayden dengan sinis

Ketiga-tiga mata manusia itu terbeliak apabila melihat perubahan Ayden. Mana budak bodoh tadi tu? "Kenapa uncle panggil kita bodoh? Sampai hati!" Ayden mencebik.

   "Sial!! Dia ni member kumpulan diorang lah bodoh!! Tembak sekarang!!" Alexandro memberi arahan kepada dua manusia itu. Syasya dan Hadief mengeluarkan senjata mereka tetapi belum sempat mereka bertindak, kumpulan Adryyan telah bertindak terlebih dahulu.

Bam!

Peluru Fayyadh dilepaskan ke arah Syasya. "Argh!" Syasya menjerit kesakitan apabila bahunya ditembak. "Sial!"

  Hadief melepaskan beberapa tembakan ke arah Fayyadh tetapi gagal. "Cepatlah sial!! Sakit ni bodoh!!!" Tempik Syasya dengan penuh kesakitan apabila darah mengalir dari bahunya.

  Hadief berlari ke arah Syasya sebelum memeriksa keadaannya. Hadief mengoyakkan lengan bajunya dan segera membalut bahu Syasya. "Kita kena hentikan pendarahan dulu" ujar Hadief.
"Sss...sakit..." rintih Syasya.

"Bos!! Syasya cedera!!" Tempik Hadief. Alexandro menoleh ke arah Hadief dan Syasya.

Bam!

Alexandro terjatuh apabila Adryyan melepaskan tembakannya. "Arghh!!.." Hadief dan Syasya berpaling ke arah Alexandro. "Bos?!!" "Lari!! Bawa Syasya per.. arghh!!" Kata-kata Alexandro terhenti apabila Fayyadh memijak kakinya.

  "Kau memang cari pasal dengan kita orang. Pandai buat pandai tanggung lah!" Jerkah Fayyadh dengan penuh amarah.

   "Ada hati nak curi senjata kita orang? Bodoh." Sambung Rayyan. Hadief dan Syasya cuba melarikan diri tetapi terhalang apabila Ayden berdiri betul-betul dihadapannya.

"Uncle dengan mommy nak pergi mana?! Sampai hati tinggal Ayden sorang-sorang!! Hmph! Korang dah buat Ayden marah!!" Dengan senyuman sinisnya, Ayden terus mencekik Hadief.

  "L..lepas.." rintih Hadief dengan sayu. Syasya cuba membantu lelaki itu tetapi dihalang sekali lagi oleh Haider. Haider mencengkam rambutnya dan merentap rambut Syasya dengan kasar.

  "Nak pergi mana, sayang? Hm?" Haider senyum sinis. "Lepas bodoh!!!" Tempik Syasya dengan penuh amarah. "Hm taknak." Haider mengeluarkan sehelai sapu tangan yang sudah dititis dengan minyak chloroform "Sleepwell, sayang"

  Haider terus menekup mulut dan hidung Syasya sehingga gadis itu pengsan.

  Pegangan Ayden pada leher lelaki itu menjadi semakin kuat. "L...lepas...tol...tolong..." dengan perlahan mata lelaki itu tertutup.

"Nak buat apa dengan diorang ni?" Tanya Rayyan kepada Adryyan. "Macam biasa." ujar Adryyan dengan dingin sebelum melangkah pergi. Mereka berempat mengangukkan kepala sebelum menguruskan ketiga-tiga manusia itu.

estellesses

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [IN EDIT]Where stories live. Discover now