Chapter 7

8.6K 286 33
                                    

Masa kini...

"Vea... macam mana ni? Pakaian dalam aku nampak..." Memang pakaian dalam Amilya nampak! Ni kalau Fayyadh tahu ni mesti mengamuk! "Aduh... ha jomlah pergi tandas...keringkan apa yang perlu."

Mereka berdua terus berlari menaiki tangga untuk ke tingkat 5, biasanya tingkat 1,2 ni orang ramai...

"Both of you. Come here." Amalak... Fayyadh nampak pulak...! "Asal basah-basah ni? Ha? Vea, Lia? Mandi hujan?" Ujar Fayyadh selepas mereka menghampiri lelaki tampan itu.

  "Buta ke? Kat luar tu kan hujan, kitaorang mana ada payung. Kena lah redah hujan!"

Vea terkejut dengan percakapan kawan sehidup sematinya itu, "Lia! Kau sedar tak kau cakap dengan Tuan Fayyadh tu?!" Bisik Vea sambil memukul lengan Amilya.

   "Vea, boleh pergi dulu. Keringkan apa yang patut...Saya nak bercakap dengan Lia kejap."

"Oh...okay, Tuan Fayyadh." Sempat Vea berdoa supaya temannya itu tidak dimarahi oleh bos mereka.

Dengan laju Fayyadh menarik lengan Amilya masuk ke dalam ofisnya. Main tarik-tarik pulak CEO ni pun...

  "Apa tarik-tarik orang ni?! Asal kena masuk ofis kau?! Pervert!!!" Amilya sudah cuba untuk menarik lengannya tetapi genggaman Fayyadh itu terlalu kuat!

Fayyadh menolak tubuh Amilya ke sofa yang empuk itu, "Murahnya kau ni, nak tunjuk kat siapa badan tu? Ha?! Nak goda siapa?! Eh, sayur kangkung kat pasar tu lagi mahal dari kau!" Jerkah Fayyadh.

   Uish! Garang! Memang kena marahlah! Jantan mana aje tak marah kalau perempuannya pakai baju yang nampak pakaian dalam?!

"Aku dah cakap kan hujan!! Apa masalah kau ni, ha?!"

Tanpa memberi jawapan Fayyadh terus melemparkan kemeja putihnya ke Amilya.

   "Pakai baju tu. SEKARANG." Tekan Fayyadh. "Tak nak!! Jijik aku!!" Fayyadh mengerutkan dahi. Tak nak eah? Mwehehehe...

"Pakai sekarang. Atau aku sendiri yang pakaikan."

Seluruh tubuh Amilya tersentak apabila kata-kata itu didengarkan dalam telinganya. Pakaikan? Ha sudah... tanpa memberi sebarang jawapan, Amilya terus berdiri lalu berlari masuk ke bilik air.

  "Tahu takut..." Fayyadh memberikan senyuman sinis.

Amilya melihat pantulan dirinya pada cermin. "Bapak besar gila baju mamat ni..." Baju yang dipakai Amilya memang besar, sehinggakan boleh menutup sebahagian pahanya.

   Bayangkanlah, baju Amilya saiz S manakala Fayyadh pula saiz XXL! Jauh beza!! Memang nampak kecillah Amilya dalam kemeja Fayyadh itu. Dah macam anak pakai baju bapak!

Amilya mangambil langkah keluar dari restroom itu, 'Comelnya...' pipi Fayyadh merana merah.

  "Eh pendek, tudung kau basah tu. Tukar la! Bau hapak nanti, eee masham!!" Usik Fayyadh suka betul dia melihat muka ngerut tunangnya itu.

   "Tak ada tudung spare la bodoh. Kalau ada, tak adanya aku pakai tudung basah ni!!" Jerkah Amilya. Ada ke suruh orang tukar tudung? Lelaki kalau tak tahu apa-apa baik diam! Buat sakit hati!

"Freehair ajelah." Selamba aje dia kata macam tu! Tak ada otak eh mamat ni?

  "Kau tak ada agama eh? Kafir? Ha? Dengar cerita dah habis hafal 30 juzuk Al-Quran, solat 5 waktu tak pernah tinggal. Tapi? Macam ni perangai depan perempuan? Eww... Jijiks!" Sindir Amilya. Ha, padan muka! Kan dah kena!

"Achum!!" Seluruh tubuh Amilya sudah menggigil kesejukan. Dia memang tak boleh tahan sejuk lagi-lagi dia dah pergi redah hujan tadi. Memang kena selesema la jawabnya!

"Sejuk? Nak aku peluk, hm?"

   Kata Fayyadh dengan senyuman sinis di bibirnya. Kenapa gatal sangat ni? "Bodoh, tak kahwin lagi dah menggatal! Macam ni juga ke kau layan perempuan lain selain aku? Gatal!!!" Jerkah Amilya.

  Fayyadh menjelingkan matanya, eleh! Gurau sikit pun tak boleh!

"Pakai ni, pendek! Kalau kau sakit, aku tak nak tanggung." Kata Fayyadh lalu melempar sehelai oversized hoodie ke muka Amilya.

  Tanpa bercakap banyak dia terus menyarung hoodie itu ke tubuh mungilnya. Fayyadh yang melihat kelakuan tunangnya itu, tiba-tiba... BLUSHING!!!

   'Arsh! Comelnya!! Aku simpan dalam poket kang!' Jerit Fayyadh dalam hatinya.

  Siapa aje tak blushing kalau tengok si Amilya ni? Dah la comel! Pakai baju future husband pula!!

   'Eh act cool, Fayyadh... Kau tak suka dia! Kau masih sayangkan Yana!' Sambung Fayyadh di dalam hati. Ala! Kesah apa?!

  Laki boleh kahwin 4!!! Ups!

"Dah siap kan? Berambuslah!"

"Amboi! Mulut tu... Kalau aku cili mulut tu...! Silap hari bulan ada yang tak boleh cakap ni!" Jerkah Amilya, sedap-sedap dia aje nak suruh Amilya berambus?!

   "Eeee... takutnya!!" Sindir Fayyadh. Tanpa basa basi, Amilya terus keluar dari ofis tunangnya itu.

   Yana masuk ke dalam ofis Fayyadh. Yana marupakan bekas tunangannya, "Hey, Yadh!" Yana malabuhkan punggungnya dan di atas meja Fayyadh, namun lelaki itu hanya mengeluh pasrah.

  "Nak apa?"

  Nada bekunya itu membuatkan Yana mengerutkan dahi. "Ala! I rindu la... kenapa? Tak boleh ke I nak rindu you? Ke you dah suka sangat dapat kahwin dengan perempuan tu sampai lupa I?" Yana mencebik.

    "Kita dah tak ada apa-apa, Yana. Kenapa datang sini lagi? Aku dah tak nak tengok muka kau." Mata lelaki itu memandang tajam ke arah Yana.

  "Kau boleh blah la... Aku jijik dengan perempuan macam kau! Pelacur! And anak dalam perut kau tu bukan anak aku! Anak haram!"

Plak!!

Tangan perempuan itu melekat pada pipi Fayyadh, "Kurang ajar!! Berani you cakap macam tu kat anak I?!" Melampau betul Fayyadh ni!

  "Apa yang I dah buat sampai you tergamak cakap macam tu?!"

"Tch...Apa yang kau dah buat? 2 tahun lepas. Dah lupa ke? Eh bukan setakat dua tahun lepas la! Tahun ni pun sama! Even tahun lepas! Dah tua sangat ke sampai benda macam tu pun boleh lupa?" Fayyadh mengeluarkan ketawa kecil.

  "Kau pergi club, kaki curang, kaki minum, hari-hari tukar jantan macam tukar spender! Sedangkan apa?! Aku ni tunang kau! Berapa kali majlis perkahwinan kita dibatalkan sebab kau?! 7 kali, Yana Casyrina. Aku tegur kau tak nak dengar! Lepastu minta kahwin! Macam orang bodoh kau tahu tak?! Lepas kau tidur dengan jantan tak guna kat luar sana. Kau mengandung anak haram tu! Aku ni pun bodoh! Bodoh, sebab rela jadi pak sanggup sebab dah buta dengan cinta bodoh kau tu!! Aku terima kau balik walaupun kau dah rosak! Tapi apa yang aku dapat?! Kau masih sama macam dulu."

"I akan berubah, Fayyadh... I tak main-main kali ini... please trust me..." Rayu Yana, dasar penyondol!

   "Pergi mampuslah dengan berubah kau tu, Yana! Aku tak hamak pun dengan janji kau tu!! Eventually, aku bersyukur sebab daddy aku dah batalkan perkahwinan kita. And now, my future wife is better than you."

   Sah-sah la Amilya tu lebih sempurna! Dia pegang pada agamanya! Bukan macam Yana! Dah ludah jilat balik!

"Please, Fay..." Ayat itu terpotong apabila Fayyadh menghalaunya. "Get out. Aku dah tak nak tengok muka kau dalam company ni lagi! Get lost!"

  Tanpa berkata apa-apa, Yana terus mendekatkan dirinya dengan Fayyadh. "Yana! Kau buat apani?!"

"I sayangkan you..."

Bukk!!!

Bunyi seperti gelas kaca jatuh ke lantai.
"A...Amilya..."

estellesses

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [IN EDIT]Where stories live. Discover now