Chapter 14

10K 366 26
                                    

"Jomlah cepat, kalau lambat masuk dewan meeting tak pasal-pasal ada beruang mengamuk."

Vea mengeluarkan tawa kecil. Kawannya yang sorang ini memang mulut tak berlesen. "Aku nak sangat tahu siapa Head Manager kat sini... bukan main banyak kerja dia send dekat aku! Tapi aku sendiri tak pernah tengok muka dia!" Ujar Vea, kebelangkangan ini memang banyak kerja yang dia dapat dari Head Manager company Silver Square ni! Tiba-tiba aje nak bagi banyak kerja! Kenal pun tak!

  "Jomlah turun dulu... nanti mengamuk Fayyadh... I mean, Tuan Fayyadh..." air mata Amilya sudah bertangkung, dia masih lagi mengingatkan apa yang dikatakan oleh suaminya kelmarin, hatinya umpama sudah hancur berkecai.

Dia tidak ingin memberi tahu pada kedua kawannya, silap-silap mereka sendiri pergi berjumpa dengan Fayyadh.

"Saya panggil semua pekerja hari ni sebab saya nak perkenalkan awak semua dengan orang-orang atasan Syarikat Silver Square." Ujar Fayyadh yang sedang duduk di tempat utama dewan miting itu. Wajahnya beku umpama air batu, tangannya yang luka itu juga dibalut.

"This is Adryyan Cassondra, Chief Operating Officer." Katanya sambil menunjuk ke arah Adryyan yang datang berdiri di sebelahnya.

Adryyan memberi tunduk hormat. Wajahnya beku, badannya sasa. Hensem!! "Saya harap kau orang semua ni dapat tunjukkan respect pada kami, orang atasan." Jelas Adryyan sambil menjeling mata ke arah Arissa.

'Mati kau Arissa...siapa suruh kau jirus dia dengan kopi?'

  "This is Tengku Ayden Iskandar, your Head Manager."  Jelingan tajam diberi kepada Vea, 'Kau dah rosakkan motor aku, kau terima lah balasan!'

'Mampus kau, Andrea Veana!! Motor dia belum bayar!' Vea cuba untuk mengelak bertembung mata dengannya.

"This is Isaac Haider and Hanz Rayyan. Chief Technology Officer and Chief Financial Officer." Kedua temannya mendunduk hormat kepada semua orang di hadapan mereka berlima.

 

  "Ambil kau Vea!! Dahlah motor dia belum bayar!! Hisy, haritu aku cakap dia sama taraf dengan aku! Jutawan tu!! Ya Allah!!" Ujar Vea seorang diri, dari tadi dia sudah tidak senang duduk apabila sudah dikhabarkan lelaki motor itu ialah Head Managernya.

Patutlah banyak sangat kerja dibagi!!

  "Apa aku nak buat ni... aku dah simbah dia dengan kopi... aku hina dia! Habislah kau Arissa!! Kenapa pergi buat macam tu!! Argh!!" Arissa menjatuhkan kepalanya ke atas papan kekunci komputer riba. Memang terkejut dia dibuatnya! 'Chief Operating Officer...' ayat itu bermain di dalam kepalanya. Apa yang dia dah buat ni?!

"Ohh! Jadi orang yang kau simbah kopi tu abang aku?" Tanya Amilya, risau juga tengok dua orang ni dah macam kena rasuk, tidak senang duduk.

"Ha'ah!! Aku tak tahu pun Adryyan tu abang kau! Kenapa tak bagitahu?!" Jerkah Arissa, kalau Amilya bagitahu awal-awal padanya mesti dia tidak akan simbah si Adryyan tu dengan kopi!

  "Kau tak tanya! Macam mana aku nak cakap? Lagi pun yang kau bagitahu haritu kau tak cakap pun rupa dia macam mana."

Jelas Amilya, kes dia dengan sang suami pun belum habis sudah datang kes baru. "By the way, asal aku nampak kau makin berisi eh?" Tanya Arissa, pelik juga selalunya Amilya ni kurus! Tiba-tiba berisi...

  "Kau nak cakap aku gemuk la ni?!" Air matanya sudah hampir membasahi pipi, sampai hati hina berat orang! "Taklah gemuk...hisy, kau pun sekarang ni dah jadi sensitif!" Marah Vea, apa tak marahnya? Orang cakap macam tu pun dah nak nangis...

  "Tssskk!! Dah ada isi ke?"

  "Hisy, kau ni!"

  "Eleh, manalah tahu Tuan Fayyadh excited."

  "Kau orang dah berbaik kan? Eh cuba la buat test dulu! Manalah tahu dah berisi!! Aku nak jadi aunty juga!"

  Amilya hanya diam, dia dengan Fayyadh masih lagi bergaduh... macam mana kalau dia belum-belum mengandung?

Sekarang ni pun selalu saja dia mengidam benda yang pelik-pelik. Kalau Fayyadh ceraikan dia macam mana?

"Uwek!! Bluegh!!" Adryyan dan Haider terus berlari ke bilik air mencari bunyi orang muntah itu. "Woi? Asal ni? Keracunan ke?" Tanya Adryyan, belum pernah si Fayyadh ni muntah-muntah macam ni, macam mana tak risau?

"Macam dah nazak aku tengok kau ni."

  "Selamat pagi semua! Ku nantikan dirim... Woi! Asal muntah-muntah ni?" Tanya Ayden yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam ofisnya Fayyadh, katanya ada kerja nak bincang.

Silver Square tak pernah dapat rehat, maklumlah.

  "Pe...peninglah... aku tak tahu kenapa..." jelas Fayyadh, memang betul, dia tidak pernah rasa letih macam ni, bau pun jadi sensitif.

Muntah pun selalu. Ni sudah jadi kali keempat dia muntah harini.

"Kau taknak pergi check kat doktor ke? Kau cakap pagi tadi kau dah muntah. Ni kalau Amily..." tidak sempat Haider menghabiskan ayatnya Fayyadh sudah memotong.

"Jangan sebut nama dia."

"Kenapa ni? Kau orang gaduh lagi ke? Memang kerja kau orang bergaduh aje sampai honeymoon nak pergi Australia pun cancel kan?" Tanya Adryyan, tak cakap pun dia sudah tahu apa yang berlaku di antara mereka berdua ni.

"Tak payah nak merajuk lama-lama la, Yadh. Kalau Amilya tu pregnant macam mana? Ha tu muntah-muntah tu, petanda la tu!"

Pujuk Ayden, ni kalau tak pujuk sampai ke mati merajuk dengan bini. Bukannya dia tak tahu perangai Fayyadh ni, nak juga orang pujuk. "Takkan."

"Aku doakan semoga kau dapat zuriat dengan cepat! Aku nak jadi uncle juga!!" Senyuman manis diberikan kepada Fayyadh. "Hisy! Kau tu bila lagi, Haider? Nikah dah lama tapi belum dapat anak!" Perli Fayyadh, Adryyan dan Ayden hanya mendiamkan diri.

Orang single duduk diam-diam!

"Alhamdulillah... Ya Allah! Vea! Rissa!! Aku pregnant!!" Tempik Amilya dari dalam tandas, disebabkan kawannya terlampau curiga mereka memutuskan untuk membeli pregnancy test untuk Amilya.

"Betul ke?! Alhamdulillah! Ya Allah!!" Teruja betul mereka berdua! Ye lah! Dapat jadi aunty!! "Kau taknak bagitahu Tuan Fayyadh ke? Comfirm happy tu!!"

Tiba-tiba Amilya mendiamkan diri, macam mana dia nak beritahu Fayyadh? Fayyadh dah benci dia, Fayyadh nak buang dia...

"Nn...nantilah..."

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, tetapi Amilya masih lagi bekerja, kedua temannya sudah pulang 2 jam yang lalu kerana kepenatan, Amilya perlu menyambung kerjanya, maklumlah workaholic!

Pregnancy test masih lagi digenggam olehnya, macam mana nak bagitahu Fayyadh? Soalan itu sudah bermain dalam fikirannya, tidak lama dia termenung kepalanya dibenam ke atas meja. Boleh pula terlelap pukul 2 pagi ni!

Kreng...

Pintu ofisnya dibuka perlahan, tetapi bunyi itu langsung tidak mengganggu tidurnya. Dia sudah letih berfikir seharian ini. Perlahan-lahan tangan mencapai pregnancy test yang berada di dalam genggaman Amilya.

"Kenapa wifey, tak bagitahu abang...?"

Perlahan Fayyadh menciun dahi isterinya yang sedang lena. "Abang minta maaf, sayang..." katanya sebelum mencepung si isteri ke dada, "I miss this... a lot, wifey..."

Tubuh isterinya di letakkan ke dalam kereta Lamborghini Reventon miliknya sebelum dia menghidupkan enjin kereta itu. Tangannya perlahan menyentuh perut isterinya, "Anak papa pun tengah tidur eh?" Sambil mengusap lembut perut Amilya.

'Abang sayang Amilya sangat-sangat...'

estellesses

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [IN EDIT]Where stories live. Discover now