Chapter 18

7.7K 280 14
                                    

    Fayyadh mengemas pakaian isterinya. "Dah siap. Jom balik." Ujar Fayyadh sambil mencapai tangan isterinya.

   "Abang.. jom pergi makan sebelum balik rumah boleh tak?" Amilya mencebik. Dia lapar sekarang ni! "Yela. Tapi tak boleh makan pedas sangat, okay?" Kata Fayyadh lembut.

  Amilya mencebik. "Alaaaa... tapi Lia nak makan pedas...please?" Rayu Amilya dengan wajah comelnya untuk mencairkan hati suami katanya. "Tak boleh, wifey." Tegas Fayyadh.

   Amilya menjeling suaminya. "Ish, iya lah!" Amilya melepaskan tangan suaminya dan melangkah keluar dari bilik ward itu.

  Fayyadh mengeluh sebelum mengikut langkah isterinya.

   VIP Parking Lot.

  "Masuk." Tegas Fayyadh dengan wajah tegangnya. "Abang, marah Lia ke?" Tanya Amilya sambil mencebik.

   "Tak. Cepatlah masuk, wifey.." Fayyadh melembutkan nadanya. Sejak mangandung memang sensitif isterinya ini.

   Amilya masuk ke tempat penumpang manakala Fayyadh masuk ke tempat pemandu lalu menghidupkan enjin kereta.

  "Nak makan kat mana?" Tanya Fayyadh.

   "Kat tempat yang kita pergi dengan dia orang berempat haritu! Makanan kat situ sedap!" Ujar Amilya.

   Fayyadh memandu sehingga lah mereka sampai di restaurant yang dikatakan isterinya sebentar tadi.

  Mereka berdua mengambil langkah masuk ke dalam restaurant yang kelihatan mewah itu.

   "Nak makan apa? Tak boleh makan pedas, tak boleh makan banyak sangat. Tak elok untuk baby." Tegas Fayyadh. Dia sangat mengenali perangai isterinya yang degil ni! Mahu sahaja dia mencubit isterinya itu.

  Amilya menjeling Fayyadh. Menyampah! "Kalau macam tu, Lia nak makan nasi jela." Ujar Amilya sambil melihat menu.

  "Nak nasi korean chicken!"

  "No."

   "Please?"

   "No."

  "Fine!"

  Amilya mencubit lengan suaminya, serabut betul! "Nasi goreng kampung."

   "Lia!!" Vea menegur Amilya. "Eh! Vea? Buat apa kat sini?" Tanya Amilya. "Nak cuci jamban. Nak makan lah! Boleh kau tanya macam tu?" Vea menjeling padanya.

  "Hehe... jomlah join kita orang!" Ajak Amilya, ceria betul kalau ada bff dia tu.

  Vea memandang mereka berdua dengan segan, Fayyadh hanya menayangkan wajah santainya.

  "Eh boleh ke? Segan pula aku ada suami kau." Vea menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kalau tak boleh tak adanya aku ajak kau. Fayyadh okey aje. Kan abang kan?"

"Hm? Ha'ah." Jawabnya selamba.

"Eh? Kau discharge harini juga kan? Siapa yang..."

"Aku."

"Seriouslah Vea? Ayden yang bawa kau balik?" Susah sangat nak percaya kalau datang pada Ayden.

Vea hanya mengangguk perlahan, "Ha'ah, dah tak ada orang nak tolong bawa aku balik."

"Kau orang pergilah duduk dulu, kita orang ada benda nak bincang." Arah Ayden, pakaiannya sangat segak hari ini seperti ada benda penting aje...

"Yalah, jom Lia!"

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [IN EDIT]Where stories live. Discover now