Chapter 4

9.4K 312 6
                                    

"Lia? Tengah buat apa tu?" Tanya umi yang sedang mengintai pergerakan Amilya. "Eh, umi... Ni Lia tengah kemas bilik. Kenapa?"

"Ni... Fayyadh ajak kamu keluar, pergilah dating-dating." Umi mengeluarkan tertawa kecil.

"Ha?! Ke...kenapa dia ajak keluar?" Tanya Amilya, kenapa pulak si Fayyadh ni? Sebab semalam ke? Aduh!!! Serabut betul!!

"Kenapa kau ajak aku keluar?" Amilya menjelingkan matanya, "aku nak cakap benda dekat kau." Fayyadh menyilangkan kakinya, dia terlihat sangat kacak dengan penampilannya yang memakai coat yang bewarna hitam pekat.

"Bagitau la! Tak payah nak buang masa aku!"

"Aku tak nak kahwin dengan kau!" Kata-kata yang keluar dari mulut Fayyadh itu membuatkan Amilya terdiam sejenak. "Mm...maksud kau...?"

"Yes, Lia. Bapak kau and bapak aku yang bersekongkol nak jodohkan kita."

"J...jangan nak tipu!" Suara Amilya sudah menjadi gagap. Kenapa mereka harus dijodohkan? Sejak bila ayah Fayyadh ni kenal abi nya?

"Tch...tipu? Kau jangan nak perasan boleh tak? Kau fikir aku ke yang masuk meminang kau? Nope. Bapak aku yang masuk meminang untuk pihak aku, Amilya Cassandra."

Satu minggu lalu...

Fayyadh sedang mengemas kini kertas kerjanya. Maklumlah dia adalah CEO di company ayahnya sudah tentula jawatannya CEO. "Yadh?" Panggil Tan Sri Zul Azfar, "Ya, daddy?" Tangan yang sedang menaip pada komputer riba itu terhenti.

"Yadh, kenal kan uncle Hazim?

"Ha'ah... Ayah kawan Yadh. Kenapa daddy tanya?"

Hazim itu ayah kepada Adryyan dan Amilya. Sudah tentu dia mengenalinya.

"Daddy...nak cakap something."

"Apa?" Tanya si Fayyadh.

"Daddy, nak kamu kahwin dengan Amilya. Anak perempuan uncle Hazim."

Tiba-tiba sahaja Fayyadh terbatuk, tersedak liurnya sendiri apabila mendengar kata-kata Tan Sri Zul Azfar.

"Apa daddy cakap ni?! Daddy, Yadh dah ada tunang daddy!!!" Tengking Fayyadh.

"Daddy dah batalkan perkahwinan dan pertunangan semuanya sudah setel! Sekarang, daddy nak kamu nikah dengan Amilya."

"Apa daddy ni?! Yadh tak suka dia pun! Kenapa perlu buat semua ni?! Yadh sayang tunang Yadh, daddy!"

"Fayyadh! Ini untuk kebaikan kamu!" Jerkah Tan Sri Zul Azfar.

"Kebaikan? Kebaikan untuk Yadh ke untuk daddy?!"

"Fayyadh Al-Hakim! Jangan ingat daddy tak tahu yang kamu dah jatuh hati pada dia!"

"D...daddy..." suaranya mula tergagap-gagap, memang betul, dia telah jatuh hati pada Amilya tetapi... bagaimana dengan tunangnya...?

"So, now kau dah tahu yang aku tak suka kau. This is an arrange marriage, Lia"

"T..tapi...kau cakap..haritu.." Amilya tergagap-gagap bercakap, masih lagi tidak percaya akan kata-kata si Fayyadh. "Kau...kau cakap..."

  "Aku cakap....?"

  "Kenapa kau cakap, 'terima aku, Lia. I will treat you with love.' ? Kenapa kau marah masa aku call dengan Irsyad?! Kenapa masa kita tunang kau panggil aku 'baby'? 'Tak boleh ke abang nak bermanja dengan bakal isteri?' Kenapa? Kenapa? Kenapa???"

  "Woi, slow-slow lah!" Fayyadh mengeluh perlahan.

  "Aku cemburu! Puas hati?! Aku tak suka bila kau call dengan Irsyad! Kau tak tahu siapa Irsyad yang sebenarnya, Amilya."

"Apa yang aku belum tahu?! Aku dah lama bercinta dengan dia!" Balas Amilya, suaranya mula meninggi.

"Kahwin dengan aku Amilya... I can't let you suffer living with him..."

"Macam mana kau kenal Irsyad? Eh, member Irsyad tu bercinta dengan kawan-kawan aku. Kau tak boleh nak nafikan yang dia tu jahat!" Bidas Amilya.

"Tapi dia orang dah putus kan? Itu satu jawapan."

"I don't fucking care!"

'Aku tak suka kau. Tapi kenapa aku rasa lain macam bila dengan kau, Fayyadh...'

"Abi! Kenapa abi tak bagitau Lia yang abi bersekongkol dengan ayah Fayyadh nak jodohkan kita orang?!" Jerkah Amilya sambil menghentakkan kakinya ke lantai.

"Apa bising-bising ni, dik? Memekak la!" Tempik Adryyan.

"Eh kau diam la! Kau pun sama je kan?! Bersekongkol nak jodohkan aku dengan si Fayyadh tu!!"

"Eh, apa kau ni? Kita orang buat untuk kebaikan kau! Kau tak tahu siapa si Irsyad tu yang sebenar!" Jerkah Adryyan.

"Kebaikan aku ke untuk kebaikan kau orang?!!"

Amilya melemparkan handbag nya ke meja lalu dia terus masuk ke bilik tidurnya mengunci pintu, macam mana dia tidak marah atas kelakuan keluarganya itu? Dia tidak mahu menikahi Fayyadh! Kenapa keluarganya memaksa?!

"Hello?" Sapa Amilya mengangkat panggilan telefon dari Vea.

"Lia! Esok kita interview kan? Aku ambil kau kat rumah esok!"

  "Haish...ye, ye... jumpa esok..."

   "Kau ni! Asal tak happy ni? Eh kau kan dah lama nak kerja ni. Happy la sikit!"

  "Iya sayangkuhh, happy la ni."

estellesses

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [IN EDIT]Where stories live. Discover now