Chapter 29

3.7K 161 5
                                    

Hari demi hari, Rayyan masih lagi tidak munculkan diri ke markas, dunia luar. Dia masih lagi mengingatkan apa yang terjadi. Traumanya juga menjadi semakin teruk, Fayyadh dan yang lain telah cuba untuk memujuk tetapi dia masih berkeras. Dia cuma mahukan Xara Eliena.

"Rayyan, keluarlah dulu... tak elok pendam lama-lama, nanti Xara pun sedih tengok kau macam ni." Pujuk Adryyan yang sedang menyandar pada pintu bilik Rayyan.

Akhirnya dia membuka pintu, wajahnya pucat, matanya merah, rambutnya pula tidak terurus.

"Rayyan..."

Sudah lama mereka tidak melihat lelaki itu senyum, munculnya kehadiran Xara berjaya membuatkan senyuman Rayyan kembali. Tapi sekarang senyuman itu hilang kembali. Lelaki yang beku dan introvert itu cair dengan wanita yang dicintainya.

"Aku okey, aku lapar."

Adryyan mengangguk. "Jom makan."

"Uncle Rayyan!" Luth memeluk paha lelaki itu. Sudah lama tidak berjumpa mestilah rindu.

"Eh? Luth, clingynya anak buah uncle ni!" Rayyan menunduk lalu mengusutkan rambut Luth. "Uncle! Lama tau Luth sikat ni!" Terjebik Luth dibuatnya!

Fayyadh tersenyum melihat Rayyan akhirnya sudah terima dengan apa yang berlaku tempoh hari. Ya Allah tolong berikan lelaki ini semangat dan kekuatan untuk melalui semua ujian yang engkau turuni...

"Uncle! Jom main dekat luar!" Luth menarik tangan besar kedabak Rayyan. "Ya! Sabar Luth! Slow-slow!" Rayyan tertawa dengan perbuatan anak buahnya. Comel!

"Kesian Rayyan..." Amilya menyeka air matanya. "Wifey? Apa nangis-nangis ni, hm?"

"Lia rindu Xara! Huaaa!" Tangisan itu akhirnya pecah juga. "Allah lagi sayangkan dia, dah-dah jangan nangis. Nanti tak cantik."

Irsyad menghempas kerusi ke lantai, "Sialan!" Dia sudah tidak dapat menenangkan diri selepas kematian Faiz. Dia tahu seterusnya akan jadi di antara mereka.

Afis mendekati, "Jadi apa plan kita sekarang?" Afis memeluk diri, sudah kesal dengan apa yang berlaku...

  "Culik Rayyan. Panggil Rafael." Afis menayangkan senyum sinis lalu mengangguk. Ini plan yang dia sudah lama inginkan.

  "Ready to die, Damon."

  Malam itu juga mereka beraksi, Afis sudah di hadapan rumah Rayyan, rumah yang kelihatan mahal namun terlihat suram.

  Dia menekan loceng pintu, sudah bersiap sedia untuk menyerang. Sebaik saja Rayyan membuka pintu.

  Zrk!

  Rayyan jatuh pengsan ke lantai setelah Afis memberi dos ubat tidur yang kuat. "Senang aje nak culik lelaki putus cinta rupanya. Hahaha!"

  Badan Rayyan diikat pada kerusi besi, mulutnya ditekup dengan salotape hitam. Matanya perlahan terbuka menandakan yang dia sudah menyedarkan diri.

  "Dah bangun? Best tidur? Nak tidur lagi tak?" Tanya Afis.

  "Mmph! Mmhh!!" Dia cuba bercakap tetapi tidak berjaya dengan mulutnya yang sudah ditekup dengab salotape itu.

  Afis menarik salotape sehingga tercabut dari mulut Rayyan, "Kau! Apa yang kau nak sial?!"

  "Tak baik mencarut." Afis ketawa kuat.

  "Tak guna!" Ayden dan Adryyan mengeluh berat mendengar berita dari Kai. Rayyan diculik?

  Haider cuba untuk melihat rakaman CCTV tetapi semuanya tidak dapat dibuka. Ujian apa pula ni?

  "Ini mesti Irsyad. Kita pergi markas dia orang malam esok, aku tahu kau orang risau. Aku pun sama, tapi kita kena kuat demi dia. Aku janji... nothing's gonna happen." Ujar Fayyadh, mendengar nadanya pun sudah tahu. Dia sudah pasrah dengan segalanya. Dia manusia, dia juga penat.

  "Dyler, siapkan suit, senjata dan kenderaan kita orang. Pastikan esok siap semuanya."

  "Baik, Tuan Muda!"

Fayyadh menghela nafas berat, dia tidak mampu berfikir apa-apa, dia risaukan Rayyan.

Dia memandang tubuh mungil isterinya yang sedang lena di atas katil, "I love you, wifey." Cup! Ciuman Fayyadh mendarat pada dahi wanita yang sedang dibuai mimpi itu.

"Papa?"

Fayyadh memandang anaknya, "Luth? Kenapa belum tidur?"

"Luth takut... Luth nak tidur dengan papa..." Luth menggosok matanya lalu menguap, mengantuk sangat dah ni...

"Meh sini..." Fayyadh menepuk pahanya, tanpa sebarang kata-kata Luthman terus memanjat lalu baring di atas riba papanya. "Sleep, oky? Papa's here with you."

Luthman menadah tangan bersama Fayyadh lalu membaca doa tidur bersama sebelum dia lenyap ke alam mimpi. Luth melepaskan dengkuran lembut membuatkan Fayyadh tersenyum manis. He loved his family.

Malam ini, dia bersumpah.

'Aku akan kekal mencintai gadis yang bernama Amilya Cassandra dan aku tidak akan meninggalkan mereka berdua dalam susah ataupun senang mereka. Dia amanahku. Ya Allah, terima pinjamkan dia, menghantarnya untuk memenuhi hidup aku.'

"Abang sayangkan Lia."

"Abang? Mana anak-anak?" Vea mencekak pinggang. "Tu tengah tengok cocomelon." Ayden memuncungkan bibirnya.

"Allah! Dah lewat macam ni pun abang bagi dia orang tengok cocomelon?!" Makin marah Vea adalah! Patutlah senyap aje rumah ni!

"Biarkan ajelah dia orang tu, dia orang pun bosan juga." Jawab Ayden tanpa rasa bersalah. "Eh setan! Sekarang ni dah pukul dua belas tengah malam kau tahu tak?!" Hilang gelaran abang dari mulutnya. Tanpa protes Ayden terus bangun lalu membawa si kembar masuk ke bilik tidur. Kalau tak memang dah jadi langsuir bininya nanti.

"Ha tu, dah tidur... love marah ke?" Ayden mencebik sambil pandangannya turun ke bawah. Tidak mahu dimarahi lagi.

"Look at me, abang!" Tersentak bahu Ayden mendengar jerkahan Vea. Makin takut adalah! Dasar takut bini!

"Ye, sayang...?"

Vea memegang bahu suaminya. "Rayyan kena culik, jadi abang kena selamatkan dia. Benda ni serius abang. Please?"

"Abang, janji." Ayden menarik Vea ke dalam pelukan. Dia juga rasa kesal dengan apa yang terjadi dan besok dia janji dia akan selamatkan Rayyan!

estellesses

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [IN EDIT]Where stories live. Discover now