Chapter 6

9K 313 6
                                    

"Sayang?" Mendengar panggilan itu yang keluar dari mulut Fayyadh membuatkan Amilya tersedak minumannya. "Uhuk!! Uhuk!!"

Kenapa pulak dengan si Fayyadh ni? Demam kuning ke? Bersayang-sayang pulak! Geli la! Dahla belum kahwin lagi! Hadeh!

"Kau kenapa tersedak-sedak ni? Aku panggil sayang tu dekat kucing aku. Tak payah nak perasan sangat!" Balas Fayyadh sambil memberikan senyuman sinis.

"Sejak bila kau ada kucing ni?"

"Kucing dalam wallpaper aku tu."

  "Hahaha! Lawak juga kau ni eh?"

"Jom." Fayyadh mencapai kot hitamnya.

"Pergi mana?"

"Tan Sri suruh aku ajak kau keluar, beli cincin. Ye la hujung minggu kan nak kahwin." Fayyadh menjelingkan matanya lalu mencapai kunci kereta Mercedes Benz miliknya.

"Naik kereta kau?!" Mata Amilya terbuka luas, takkan la dia nak suruh Amilya naik bersama? Kalau pekerja lain nampak macam mana? Amilya mahu menyorokkan hubungan mereka...

"Ye la! Kau dah kenapa? Tak nak?"

"Hm, ye la!! Tapi! Aku masuk sorok-sorok! Tak nak ada orang lain nampak! Faham?!"

"Haish! Kau ada lesen tak?" Tanya Fayyadh. "Ada. Kenapa?" Tanpa bercakap banyak Fayyadh terus menghempas beberapa buah kunci kereta di atas meja.

"Pilih, kereta semua ada kat garaj VIP dekat bawah. See you down there." Dengan senyuman sinis terakhir itu, Fayyadh terus berjalan keluar daripada office tersebut, menunggu Amilya di bawah.

"Bapak banyak kunci kereta dia! Dah namapun CEO! Aduh!! Aku nak pilih yang mana ni?! Semua yang mahal aje ada! Nanti kalau Vea tanya macam mana?!"

Tanpa berfikir panjang dia terus mengambil salah satu kunci kereta itu tanpa mengetahui kunci kereta mana yang dia ambil.

Dia terus turun ke bawah 'VIP Parking Lot'. "Mana kereta ni- HAH?! KUNCI APA YANG AKU AMBIL NI?!" Selepas lama ditilik, barulah dia sedar, kunci kereta yang diambilnya adalah 'Lamborghini'. Kenapa dia ambil yang ini?!

Matilah kalau ada orang nampak! Kenapalah si Fayyadh ni tak bagi aje Mercedes tu pada dia? Biar Fayyadh tu yang guna Lamborghini ni! Menyusahkan orang betul!

"Fayyadh!" Jerkah Amilya apabila dia sampai di tempat yang dijanjikan oleh Fayyadh, "Apa? Memekak la kau ni!"

  "Apa? Apa, kau tanya?!" Fayyadh terus memandang ke arah kereta Lamborghini. Tak sangka yang taste Amilya ni tinggi rupanya, Lamborghini yang dia pilih dalam banyak-banyak kereta?

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau ada Lambo ni?! Eh kalau orang nampak ni macam mana?!"

"Dah siapa yang suruh kau pakai Lambo? Bukan main banyak kunci kereta aku bagi tadi, Lambo juga yang kau ambil?" Lain betul style dia. "Aku fikir tak ada la sampai Lambo! Aku main ambil aje tadi, tak tengok pun apa yang aku ambil!" Amilya mencebik.

"Tch... bukan setakat Lambo aje aku ada. Kau tu, asal tak ambil Ferrari terus? Taste kau memang lain eh?" Usik Fayyadh, sekali sekala usik tunang. Tak apa kan?

"Ish!!!" Amilya mencebik. "Dah, dah. Jom, cari cincin. Lambat cari lambat kahwin." Usik Fayyadh. Suka betul mengusik si Amilya ni ye!! "Biar lambat! Tak payah kahwin terus pun tak apa!!"

   "Bagi saya cincin yang paling cantik." Penjual itu menganguk. "Kenapa yang cantik?" Fayyadh memandang tajam ke mata Amilya. Takkan nak yang hodoh? "Kau nak yang hodoh ke?"

  "Ish! Tak nak!" Balas Amilya. "Dah tu? Duk diam-diam! Pendek!" Sempat lagi si Fayyadh ni usik!!

Dia mengamuk baru tahu! Hmph! "Ish!! Tahulah kau tu tinggi!!" Amilya sentap. Fayyadh memang lelaki yang sangat tinggi, tingginya sudah mencecah 190cm manakala Amilya hanya 155cm.

"Dah la! Kau cari la cincin tu sorang-sorang! Hmph!" Amilya menghentak kecil kakinya sebelum keluar melintasi Fayyadh, "elelele, merajuk la tu!!"

  'Comel juga kau ni...'

   "Heh, pendek, jom balik. Aku dah beli cincin tu, kalau kau tak suka lagi tak tahu la." Usik Fayyadh lagi. "Ada juga yang makan tapak kasut nanti." Balas Amilya, geramnya! Suka hati aje dia kata Amilya pendek?! Kurang hajar!!

"Aku tinggi lah!" Fayyadh tertawa dengan kuat. "Tinggi? Ha'ah tinggi lagi dari semut." Usiknya lagi. Apalah Fayyadh ni!! Kalau Amilya nangis dia juga yang panik.

  "Dahla! Aku nak balik. Kereta kau esok aku bagi."

  "Ya, sayangku."

   "Gatal!!"

"Aduh! Hujan lah pulak! Dahlah aku pakai baju putih harini!"

  "Lia, kalau lambat nanti kena marah dengan Tuan Fayyadh lagi. Kau tu dahla PA dia."

Ujar Vea. Ya, memang mereka berdua sudah dimarahi oleh Fayyadh tadi pagi.

4 jam yang lalu...

  "Ya Allah! Aku dah lambat ni! Dahlah aku guna kereta Fayyadh! Nak kena ambil Vea lagi!!"

Tergesa-gesa Amilya turun dari rumahnya sampaikan breakfast yang dibuat oleh umi itu tidak sempat dimakan.

  "Vea!!! Cepat!!!" Jerkah Amilya setelah sampai ke rumah Vea, Vea ni memang lambat la! Habislah kena marah dengan Fayyadh lepasni...

  Walaupun Fayyadh itu tunang dia. Fayyadh adalah seorang yang amat serius bila datang dalam hal pekerjaan, jika pekerjanya datang lambat comfirm akan dimarahi.

"Pergh! Kereta siapa kau curi ni? Lamborghini siak!" Ujar Vea, "Long story! Cepatlah!!"

Orang nak cepat, dia masih terhegeh-hegeh! Geram betul!!

Sudah pukul 8:50, akhirnya mereka sampai ke ofis mereka. "Aku takut Tuan Fayyadh marah lah..."

"Bukan kau sorang la, hanat!" Balas Amilya apabila terdengar tapak kaki seseorang berjalan ke ofis CEO. Sudah tentu itu bunyi tapak kaki Fayyadh!

Kasutnya memang lain macam! Biasalah orang kaya.

"I heard both of you are late today, is that true?" Wah! Speaking! Gentleman betul! "Y...ya, Tuan Fayyadh. Kami minta maaf..."

Vea menunduk hormat. Melihat perbuatan Vea itu Amilya turut menunduk sekali.

"Vea, awak boleh pergi dulu. Saya nak cakap dengan Amilya." Vea lalu menunduk buat kali terakhir lalu mengambil langkah keluar daripada ofis Fayyadh.

"Kenapa kau lambat? Buang tabiat?" Fayyadh menghempas kertas kerja ke mejanya. "S...saya...uhm..."

  "Cat got your tongue, honey?" Fayyadh lalu menyepak rambutnya kebelakang. Kenapa hensem sangat ni?! Pipi Amilya memerah...

  "Answer my question! Asal kau lambat?!" Suaranya mula tegas.

Tubuh Amilya tersentak mendengar jerkahan dari Fayyadh, terus dia menjawab tanpa menunggu.

"Saya ada masalah kat rumah! Ha, masalah kat rumah...ada...kucing! Kucing dalam bilik saya..."

  "Kucing? Kau takut kucing?"

Fayyadh mengeluarkan ketawa kecil. Comel juga tunangnya ni, kucing pun takut. "Bukan takut! Err...memang takut..." Amilya mengeluh.

Dia memang dari kecil tidak suka dengan kucing, setiap kali bila ada seekor kucing mendekatinya pasti dia akan menangis, manja!!

  "Esok lusa dah nikah, baju semua kau dah settle kan?" Fayyadh menaikkan keningnya, tema warna nikah mereka ialah warna ungu. Warna kegemaran Amilya.

"Ya, dah..." Balas Amilya, "Jangan datang lambat lagi kalau kau tak nak tengok aku jadi gila. Now, get out." Fayyadh bagaikan memberi amaran kepada Amilya.

estellesses

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [IN EDIT]Where stories live. Discover now