Chapter 24

7.7K 268 41
                                    

  "Rindunya, umi dekat anak umi ni!" Kata umi sambil memeluk anak bongsunya, "Eleh, umi ni!"

  Fayyadh hanya diam dari tadi tidak tahu apa yang harus dikatakan, perlukah dia memberi tahu pada mereka yang Amilya telah lupa padanya?

  "Yadh, mesti letih. Pergilah kau orang masuk bilik dulu. Umi nak masak makan malam."

  "Yadh ada kerja sikit, umi. Mungkin balik lambat jadi umi tolong jagakan isteri Yadh ye?" Memang tidak boleh diam, ada aje kerja yang datang. Kata Ayden pula si Irsyad tu nak kepung markas malam ni. Memang dia paniklah jawabnya!

  Terus Amilya memandang ke arahnya, api sudah membara dalam dada. Balik kampung pun ada kerja? Ada misi? Habistu isteri ni?

  "Abang pergi dulu, wifey." Tidak sempat Fayyadh menganggakat tangan untuk Amilya mencium. Wanita itu berlalu pergi masuk ke bilik tanpa sebarang kata.

  "Kenapa pula tu?"

  "Tak apalah umi, Yadh pergi dulu..."

  "Anything?" Dyler menggeleng kepalanya. "Tak ada, Tuan muda."

  "Mana kau dapat tahu yang dia orang nak kepung tempat ni?" Tanya Rayyan yang sedang menajamkan bilah pisaunya.

  "We did some research, grup ni ada ramai cctv."

  "Yadh? Amilya dah okey?"

  "Macam biasa..." jawabnya sambil mengeluh pasrah. Sumpah, dia rindukan isterinya yang dulu penyayang dan aktif...

  Zap!

  "Argh!" Tubuh Fayyadh jatuh ke tanah dengan cecair merah pada bajunya. "Fayyadh!"

  Adryyan cuba untuk menghentikan darah. Namun, ia menjadi semakin teruk. "Fayyadh! Pandang aku! Jangan tutup mata kau!"

  "Te...telefon ak...aku..." gumamnya melihat nama Amilya muncul dalam IPhone miliknya. "He...hello, wifey?" Bibir bawah digigit menahan sakit pada perutnya.

  "Kau dekat mana ni? Dah tak reti nak balik ke?" Suara wanita itu tegas walhal gunung berapi. Dia masih marah dengan perbuatan Fayyadh meninggalkan dia seorang diri di rumah orang tuanya.

  "Abang balik lewat, abang nak pergi hospital. Sayang jaga diri dekat rumah umi, okey?" Sedaya upaya dia menahan sakit.

  "Suka hati kaulah! Pergi mampus! Kau fikir aku kesah sangat ke?! Tak payah nak ketagih attentionlah!" Jerkahan Amilya membuatkan Fayyadh terlepaskan telefon dari tangan. Terasa sakit yang teramat dalam pada perutnya.

  Tutt...

  "Yadh... aku tarik pisau ni keluar eh?" Perlahan lelaki itu mengangguk.

  Zap!

  "Argh!" Fayyadh mencekam kuat tangan Adryyan sambil menggigit bibir bawahnya menahan sakit yang teramat.

  "Bangun, kita pergi hospital." Tidak sempat mereka menarik tubuhnya, dia sudah tidak sedarkan diri.

  "Fayyadh!"

  Amilya dari tadi tidak senang duduk, hospital? Kenapa dia pergi hospital... "Abang... maafkan Lia abang..."

  Hatinya terasa menyesal dengan jerkahan yang baru sahaja dia beri kepada Fayyadh. Air matanya perlahan menuruni pipi, "Abang..."

  Fikirannya masih mengingati apa yang dikatakan oleh Fayyadh beberapa hari yang lalu...

  "The sunset is gone, at least it's worth to watch." Ucapnya sambil mengusap lembut kepala Amilya.

  "Hah? Maksud kau?"

  "Abang ada misi hari khamis nanti, ingat ayat yang abang cakap ni."

  "Buat apa?" Tanya Amilya lagi, kali ini dia betul-betul keliru. "Secret."

  "Abang... apa maksud abang dengan ayat tu..." masih lagi dia memikirkan apa yang dimaksudkan oleh suaminya berhari yang lalu.

  "Ya Allah! Lia! Lia! Siap cepat! Kita pergi hospital!"

  "Kenapa ni umi?" Hatinya terasa ingin pecah mendengar penjelasan dari uminya. Fayyadh...

  "Mana suami aku?! Adryyan, mana suami aku?!" Tangisan Amilya akhirnya pecah apabila sampai di hospital.

  "Kau..." Adryyan menjadi keliru, sejak bila Amilya kesah? "Aku dah ingat! Aku ingat semua dah! Mana suami aku, Adryyan!"

  "Dia dah tak ada, Lia... he's gone." Amilya dapat rasakan cahaya gelap di hadapannya. Betulkah seuma ini? Tidak... tidak... ini mimpi... ini mimpi!

  "Umi! Suami Lia dah tak ada umi!" Tangisannya kembali pecah, semakin teresak-esak...

  "Lia nak suami Lia, umi! Lia nak Fayyadh!"

  "Ya, sayang... Lia kena redha sayang..."

  Laju dia menggeleng. "Tak nak! Lia nak suami Lia balik!"

  Baru dia faham apa yang dimaksudkan oleh Fayyadh... 'The sunset is gone, at least it's worth to watch it... maksudnya, this is the end of us...'

  "Abang! Maafkan Lia!" Dia sudah melutut di hadapan bilik ward Fayyadh. "Abang..."

  "Kau kena redha, Amilya. Kau tak boleh macam ni, lepaskan dia pergi..."

  Berjam-jam dia menangis, dari hospital sampai ke rumah. "Umi... Lia nak Fayyadh..." air matanya kembali jatuh.

  "Lia tidur dengan Arissa ye? Arissa dengan Adryyan balik sini malam ni." Pujuk uminya.

  Kakinya perlahan menjejak masuk ke bilik tidur dia dan Fayyadh. Tangannya mencapai baju kerja Fayyadh yang belum dibasuh. "Lia suka bau baju abang yang belum basuh... wangi..."

  "Kenapa abang pergi dulu? Kesian dekat baby..." ujarnya sambil mengusap lembut perut besarnya. "Lia rindu abang..."

  'Betullah, perpisahan itu sangat menyakitkan. Namun, bagi aku perpisahan ini banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Aku harus bangkit demi anak aku yang bakal dilahirkan ini.'

  "Till our next ecplise... Until we meet again, my greatest love. Fayyadh Al-Hakim."

  Akhirnya dia tertidur di atas sejadah sambil mencium baju Fayyadh. Rasa rindunya tidak ada batas. Hatinya sudah hancur tapi dia perlu kuat demi anak yang berada dalam perutnya.

  Hari demi hari dia masih lagi terfikir, kenapa Fayyadh yang pergi dulu? Dia dah janji nak temankan Amilya semasa bersalin, dia janji ingin menjaga anak mereka sehingga besar. Tapi? Dia sudah pun pergi... Selamanya...

  "Lia, makanlah... kesian baby mesti lapar..." pujuk Arissa risau. "Aku mimpi pasal Fayyadh..."

  "Ye? Pasal apa?" Tersenyum Arissa melihat Amilya mengukir senyum manis. "We raised our child together. God! I miss him..." Tangisannya kembali pecah. Sumpah! Dia tak mampu melakukan ini seorang diri, dia perlukan suaminya. Dia perlukan Fayyadh Al-Hakim semula...

  "Lia tak kuat, abang... Lia tak kuat..."

  "Hey, shhh... dah-dah, tak mau nangis-nangis... nanti Fayyadh pun nangis dekat sana tau..."

  "I need him..."

estellesses

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [IN EDIT]Where stories live. Discover now