Chapter 5

9.1K 318 1
                                    

"Woi!!! Dah siap ke?" Tempik si Vea dari luar bilik tidur Amilya. "Ye, ye dah siap ni. Haish kau ni! Jom!" Amilya keluar dari biliknya dan pergi ke arah Vea. "Umi, abi. Orang pergi dulu eh? Doakan orang lulus interview tau!!" Amilya menunduk, bersalam dan mencium umi dan abi. Dia harap sangat yang dia lulus temuduga ini. Company ini agak besar! Jadi dia merasakan...anxious.

"Kenapa muka kau tu?"

"Hm? Kenapa? Ada apa kat muka aku?!" Dengan paniknya Amilya mengambil Iphonenya dan membuka kamera melihat mukanya.

  "Ish, bukan! Asal muka kau macam pucat je? Nervous eh? Sepanjang aku drive ni tak nampak lagi kau senyum."

"Ye la... Ni company besar kut, aku takut la nak temuduga ni!" Amilya mencebik.

  Amilya seorang yang berkeyakinan tinggi tetapi bila datang dengan benda yang besar dia menjadi takut...

"Ini Puan Amilya dan Vea, ye?" Tanya salah seorang staff di sana.

"Ha, ye..." jawab Amilya, suaranya sudah mulai tergagap-gagap. Kenapa dia takut sangat ni? Biasanya tak macam ni...

  "Puan Amilya boleh temuduga dulu, tingkat 20 bilik CEO. Lift dekat sana." Amilya memberikan senyuman terakhir kepada Vea sebelum berjalan ke lift itu.

  'Mengucap Amilya!!! Kau kena confident!!!'

Dia menekan tombol lift itu, dia terperasan bahawa ada seorang lelaki sedang berdiri ditepinya. Dia berpaling ke arah lelaki tersebut. 'Fayyadh?! Apa dia buat kat sini?! Mampus aku!!!'

"Kau buat apa kat sini? Interview juga ke?" Fayyadh terus berpaling ke arah Amilya, pakaiannya segak. Memakai coat yang bewarna coklat pekat rambutnya dibelah tengah, dah macam CEO!!

Pintu lift terbuka, mereka berdua masuk ke lift itu secara serentak dan akhirnya mereka terlanggar sesama sendiri. "Ish! Tepilah!!" Jerkah Amilya. "Aku? Jaga sikit mulut kau tu eh! Aku ni tunang kau!"

"So? Nak suruh aku buat apa? Melutut?!" Akhirnya, mereka berdua masuk ke dalam.

  Amilya menekan tombol di dalam lift '20' , tetapi jarinya itu tersentuh dengan jari Fayyadh. Lelaki itu juga sedang menuju ke tingkat 20. "Oh, ada interview juga la kau ni?" Amilya memberi senyuman sinis.

"None of your business." Balas Fayyadh dengan nada beku. Sama aje macam muka! Dua-dua beku!!
"Tch... cakap tu dah macam kau tu CEO kat sini. Perasan!"

  "Jaga mulut kau eh! Kalau aku CEO sekalipun kau lah orang pertama yang aku akan reject!!" Jerkah pula si Fayyadh, geramnya dia dekat Amilya ni!! Cakap dengan tunang sendiri pun kurang ajar!!!
"Ciss...Boleh mimpi je la."

  Pintu lift terbuka, sebelum dia menjejakkan kakinya keluar, tangan Fayyadh memegang bahunya. "Shit! Lepaslah!"

  Amilya menyepak di celah kelangkang Fayyadh lalu terus keluar berlari dari lift meninggalkan lelaki yang kesakitan itu.

  "S...sial punya perempuan...a-aduh..."

   "Kejap ya, cik... CEO tak sampai lagi..."

  "Oh, tak apa...saya tunggu." Balas Amilya.
 
  "I'm here." Kata seorang lelaki sambil mengambil langkah masuk. Amilya yang sedang bermain telefonnya terus memandang ke arah suara itu.

  Fayyadh?! Dia buat apa pulak dalam office CEO ni?!! Jangan-jangan......

   "Interview?" Kata Fayyadh sambil menghulurkan tangannya, meminta document yang berada di tangan Amilya.

   'Mampus kau, Amilya...kau memang bodoh!!! Kenapa kau sepak dia?!! Aduh!! Mati la...'

  "Sorry, I'm late. Ada masalah yang berlaku antara saya dengan tunang saya." Fayyadh berkata sambil memberi senyuman sinis kepada Amilya.

  "Betul tak? Sayang?" Badan Amilya tersentak mendengar panggilan dari Fayyadh. Kenapa tiba-tiba panggil sayang? Dia marah pada Amilya ke?

   "Berani kau sepak aku eh?"

  "S...sorry... aku tak tahu kau..."

   "CEO? Penting ke? Aku ni tunang kau, Lia!" Jerkah Fayyadh, sudah tentulah dia marah! Dia ni tunang Amilya! Bukan hanya sekadar CEO!!

"Ye...sorry..."  Serabut la pulak dengan mamat beku ni! Kenapa la dia perlu dijodohkan...nasib belum kahwin..kalau tak...

   "Kerja kau, PA aku."

"Eh...tapi aku tak interview lagi..."

   "Tak payah, aku dah accept. Kawan kau, Vea tu pun sama." Mata Amilya terbuka luas, macam mana tak terkejut! Bakal suami dia ialah CEO di company impiannya! This is not a dream?!!

  "Tapi...tadi kau cakap..."

    "Aku nak sangat reject kau ni! Tapi nasib baik daddy aku tu chairman dekat sini. Kecil besar kecil besar je aku tengok kau ni!"

  Fayyadh menyilangkan tangannya ke dada, mengapa Amilya harus bekerja di company ayahnya ini? Sudah macam bala pula...

estellesses

Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [IN EDIT]Where stories live. Discover now