Bunga,betul ke kau tak nak panggli siapa-siapa untuk tolong kita kemas cafe ni." Ujar Aurora seraya memandang Bunga.
"Iya.. aku tak panggli siapa-siapa pun.. alah kita kemas sikit-sikit je dulu bukan besok pun aku buka cafe ni." Balas Bunga lalu menbuka pintu cafe itu yang di kunci.
Aurora mencebik.
"Yela yela, tapi kau jangan duk ngadu kat aku ek nanti balik.. sakit pinggang la..sakit kaki la.. lepas tu apa? sakit bontot la aku taknak dengar semua tu erk." Kata Aurora sambli berpeluk tangan di dada.
Tertawa besar Bunga dibuatnya.
"Baik Tuan puteri ku.." Ujar Bunga tersenyum.
"Tuan puteri la sangat." Balas Aurora. Lalu melihat di sekeliling cafe itu. Sebaik saja mereka berdua masuk ke dalam cafe itu.
"Macam cafe lama pula aku tengok ni." Aurora menyambung kata katanya.
"Kan encik Qhalis kata cafe ni memang dah lama dah and langsung tak jual dekat siapa-siapa puu, kecuali aku! dan aku rasa beruntung sangat tau sebab Tuan dia bagi dekat aku." Ujar Bunga lalu menarik kain putih yang menutup barang barang yang ada di situ.
Berhabuk.
"Uhuk uhuk! Kau ni Bunga yang pergi buka tu dah kenapa."Balas Aurora kepada Bunga.
"Memang kena buka la..habis tu kau nak duduk mana..kat lantai ke kau nak duduk." Sambil Bunga berjalan ke arah kaunter.
Hm aku suka cafe ni, simple kena dengan vibes aku." Sambung Bunga dengan senyuman di bibir nya.
Aurora yang melihat pun turut tersenyum.
Cafe ini kelihatan sangat elegant dan simple kalau lihat dari luar nampak macam kecli saja tapi bila masuk ke dalam ia sangat kelihatan luas dan besar. Ke semua dinding cafe ini cat berwarna cream dan segala perabot yang ada di dalam cafe ini pula berwarna brown gelap.
"Bunga, kau ada nak tambah apa-apa ke dekat cafe ni." Tanya Aurora sambil mengelap kerusi yang berhabuk itu dengan mengunakan tisu yang telah dia bawa dari rumah nya, lalu melabuhkan punggung di kerusi tersebut.
"Ada! aku nak tambah bunga-bunga sikit kat cafe ni bagi nampak lagi berseri." Jawab Bunga sambil melilau melihat kawasan dalam dapur.
Aurora menbulatkan mulutnya sambil mengangguk.
"Okey cun!" Jerit Bunga lalu keluar dari dapur dengan riak tersenyum. Tanda dia puas dengan cafe ini,
"Oh mak kau hijau!" Latah Aurora apabila mendengar jeritan Bunga. Tangan letak di dadanya dan dia dapat rasa jantung dia sekarang ni berdegup dengan laju. Terkejut punya pasal!
"Kau boleh tak jangan terjerit-jerit, terkejut aku tau." Ujar Aurora lalu bangun dari duduknya dan berjalan mendekati ke arah Bunga.
"Hehe.. sorry beb tak sengaja." Balas Bunga dengan kedua-dua telapak tangan dicantum memohon.
"Itu jela yang kau ucapkan..tapi jerit lagi and jerit lagi, sampai satu tahap tu aku rasa aku boleh pekak bila dengar kau jerit." Kata Aurora.
Tersengih lebar saja Bunga dibuatnya.
••༺☆༻••
Assalamualaikum." Ucap seorang lelaki yang baru saja masuk ke dalam sebuah cafe itu.
"Wa'alaikummussalam, sorry encik cafe ni belum buka lagi." Jawab Bunga yang sedang berkemas.
Hari ini adalah hari kedua Bunga dan Aurora berkemas di cafe ini.
"Ehh bukan-bukan, saya datang sini sebab nak minta kerja..sebab semalam saya tertengok kat ig story dia ni..kata nak cari pekerja untuk cafe ni." Jelas lelaki itu tersenyum sehingga nampak gigi putih nya. Sambli menunjunkkan ig story tersebut.
Bunga menbulatkan mulutnya. Ig story yang dimasukkan oleh lelaki itu adalah Aurora.
Cepat betul kau buat kerja Rora. Bunga berkata dalam hati.
Bunga melihat tubuh badan lelaki itu dari atas sampai ke bawah. Lalu Bunga tersenyum tatkala mengingati kembali tentang seseorang itu.
Dengan rambut gaya wolf cut yang sedikit panjang, pakai spek mata. Dari segi pakaian pula boleh Bunga katakan kemas tak nampak serabut.
Jari di petik kuat oleh lelaki itu untuk menyedarkan Bunga dari terus mereung dirinya seumpama mahu memakannya.
Terkejut Bunga apabila mendengar petikkan itu.
"Ouh, awak datang sini nak interview la ni." Balas Bunga senyum. Kening dinaikkan ke atas.
"Yup, tapi.. part time la sebab pagi saya ada kerja lain." Kata lelaki tersengih lalu mengaru kening nya.
"Ouh boleh je saya tak kesah pun." Ujar Bunga dengan senyuman.
"Jadi saya di terima ke." Soal lelaki itu.
Bunga mengangguk sambli tersenyum.
"Bila boleh saya start kerja?"
"Hm.. i'm not sure sebab sekarang ni saya tengah kemas lagi cafe ni..tak tahu bila cafe ni akan dibuka."
"Ouh, kalau macam tu saya tolong kemas sekali la, cepat sikit siap." Ujar lelaki itu yang mahu menolong Bunga untuk berkemas.
"Hm boleh juga, awak kemas dekat sebelah sana." Balas Bunga dengan senang hati. Lalu tunjuk kearah tersebut.
Orang nak tolong kan, apa salahnya.
Lelaki itu mengangguk sekali. Dan baru ingin melangkah ke arah itu tiba-tiba Bunga memanggli nya semula.
"Eh sekejap awak, saya lupa nak tanya nama awak apa?" Tanya Bunga.
••༺☆༻••
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.