KERETA berwarna hitam mula memasuki perkarangan rumah besar keluarga Eider. Kereta dipakir sebelum jejak itu keluar dari perut kereta itu.
"Qhalis, asal kau lambat?" Ujar Eider dengan dingin.
Qhalis menutup mulutnya dari menguap."Saya terlajak tidur tadi boss, ni pun saya ngantok lagi." Kata Qhalis.
"Ngantok-ngantok pun bawa kereta kamu ni.. ada juga kena penampar ni." Marah Puan Husna lalu memukul bahu Qhalis dengan kuat.
Berdesis sakit Qhalis dibuatnya.
"Padan muka! bwerk." Eider menjelirkan lidah ke Qhalis.
Qhalis mengerling sekilas ke arah boss nya dengan riaksi muka sebal. Dah ngantok nak buat macam mana nanti lambat marah.. bila bawa sambil ngantok pun kena marah.
Kesian Qhalis..sob sob*
"Sakit tau aunty, uncle tengok isteri uncle ni.. pukul kite." Adu Qhalis pada Tuan Raider.
Manakala Tuan Raider hanya mengeleng kepala. Malas nak layan perangai budak-budak Qhalis ni.
Sepatutnya mereka semua telah bergerak untuk ke kampung Qhalis pada awal pagi ini. Namun si Qhalis pula datang lambat membuatkan mereka terpaksa bergerak lewat sedikit daripada perancangan mereka.
"Qhalis, kau naik sekali dengan parents aku." Arah Eider pada Qhalis.
"Baik boss." Patuh Qhalis. Lalu dia menolong masukkan ke semua barang ke dalam bonet belakang kereta.
"Tak ada barang tertinggl tak?" Eider bertanya ke Bunga.
"Tak ada, semua dah masuk dalam bonet." Jawab Bunga.
Sebelum tubuhnya membolos masuk ke dalam perut kereta. Pintu sebelah dibuka oleh Eider dan memasuki ke dalam kereta.
Secara tiba-tiba Eider datang mendekati ke arah Bunga. Dek terlalu terkejut dengan tindakkan Eider. Bunga langsung mengundur badannya ke belakang sedikit. Bunga meneguk liurnya apabila melihat wajah sang suami sedekat ini.
Ktak. Bunyi tali pinggang keledar yang sudah selamat dipasang oleh Eider pada tubuhnya. Membuatkan Bunga tersentak.
"Kenapa?"
"Tak ada apa." Bunga geleng kepala.
Eider tersenyum sinis.
"Comel." Hidung mancung Bunga dicuit sekilas oleh Eider.
"Qhalis gerak dulu, aku ikut dari belakang." Laung Eider.
Qhalis angkat tangan sebelum menunjuk gaya thumbs up ke atas. Kereta mewah mula bergerak keluar dari perkarangan rumah besar itu. Eider hanya mengikut dari belakang sahaja.
Setelah empat jam berada di atas jalan raya dan menempuh jem yang sangat padat. Kini mereka sudah selamat tiba ke destinasi. Kereta mereka semua diparkir di hadapan rumah keluarga Qhalis.
"Sayang..bangun. Kita dah sampai ni." Eider tepuk lembut bahu Bunga.
Perlahan-perlahan kelopak mata dibuka. Kedudukkan tubuh dibetulkan. Dan baru ingin mengosok matanya. Tangan Eider terus menghalang sambil mengeleng kepala. Lalu Eider berkata.
"Tak elok gosok mata, nanti mata sakit." Ujar Eider sambil menbuka tali pinggang keledar yang dipakai Bunga.
Bunga mengeyakan sahaja.
"Tunggu, abang bukakan pintu untuk sayang." Eider keluar dari perut kereta. Lalu menghampiri ke sebelah duduk penumpang.
"Bunga masuk dulu, abang nak angkat barang dulu." Kata Eider lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ complete CERITA KEDUA 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 "Terima kasih Bunga.. sebab sudi jadi kawan saya sampai sekarang."- Eider Wakeel "Awak jangan la tinggalkan saya lama-lama.. sunyi hidu...
