BUNGA panggli diorang turut makan, ibu dah siap masak ni." Arah Puan Husna sambil meletakkan sayur kangkung ke dalam pinggan.
"Okey ibu." Balas Bunga sebelum melangkah naik ke ruang temu.
Setelah tiba, terlihat empat-empat lelaki itu sedang bersembang dengan gelak tawa. Tak tahu apa sampai ketawa bagai.
"Eider, Ayah, Atok, Qhalis, jom makan." Satu per satu nama di panggli oleh Bunga bersama senyuman manis.
"Dah siap masak ke?" Tanya Tuan Raider.
"Dah, tengah nak hidang aje." Sambil angguk Bunga membalas.
Baru sahaja Tuan Raider ingin bicara kembali. Namun Qhalis dengan pantas menghalang terlebih dahulu untuk lanjutkan bicaranya.
"Ahh bagus.. perut pun dah berbunyi ni." Qhalis mengusap perut nya.
Belakang kepala Qhalis dipukul oleh Eider. "Oi ayah nak cakap tu.. yang kau ni."
Qhalis hanya menayang sengihan sahaja. Sambil mengusap belakang kepala nya. Rasanya dah dua kali kena pukul ni. Sakit kepala aku.
Tuan Raider ketawa sahaja melihat kerenah Eider dan Qhalis.
"Kamu ni kalau lapar, tolong lah masak sekali tadi. Cepat lah sikit kerja siap." Kata Tok Hilam sambil menonong lalu depan mereka.
"Boleh jalan tak Tok." Qhalis memapah dan membimbang tangan Tok Hilam untuk menuju ke dapur.
"Ko ingat Tok tak kuat ke." Lagi sekali kepala Qhalis dipukul.
"Asyik pukul kepala orang je, kalau orang lupa ingatan macam mana?" Boleh baran Qhalis sekarang ini, kalau kepala dia asyik kena pukul tanpa sebab musibah.
"Tok jual ko kat siam, nanti Tok dapat makyuss." Ujar Tok Hilam sambil buat gaya berduit.
"Sanggup kena nak jual cucu sendiri, haa?" Balas Qhalis junkitkan keningnya.
"Sanggup je." Pernyataan Tok Hilam menbuatkan Qhalis menjeling manja ke arah dia.
"Tok gurau jela, Kau cucu tok.. takkan tok nak jual kau." Kata Tok Hilam lagi.
"Hmph sayang Tok!" Qhalis memeluk tubuh Tok Hilam. tidak erat pun. Tok Hilam melayankan sahaja la kerenah Qhalis yang baginya macam budak- budak ni.
"Jom kita pergi makan." Eider menghampiri ke arah isterinya. Kemudian mereka berpegangan tangan. Bunga hanya mengikuti langkah kaki suaminya.
"Meh sini semua kita makan kat bawah lantai ni." Ajak Nek Imah.
Semua makanan telah disediakan oleh mereka tadi. Banyak makanan kampung yang sedap-sedap menbuatkan mereka semua tidak sabar untuk menikmati hidangan itu.
"Qhalis baca doa." Arah Tok Hilam.
"Qhalis, Eider lah." Qhalis tunjuk ke arah Eider. Tanda menyuruh Eider yang membaca doa makan.
"Tok suruh kamu bukan Eider." Kata Tok Hilam dengan garang.
"Baik Tok." Qhalis ikut arahan. Lalu menadah tangan untuk membaca doa makan.
"Sayur kangkung ni siapa masak? sebab warna kangkung ni lain?" Ayat yang tergantung Qhalis itu buatkan semua orang menanti.
Qhalis menguak sayur kangkung ke dalam pinggan. Sebelum dia mencuba sayur kangkung itu.
"Sedap tak?" Tanya Puan Husna.
"Sedap! walaupun kangkung ni nampak pucat dari biasa." Jujur Qhalis berkata.
"Saya yang masak sayur kangkung tu." Bunga tersengih malu.
"Alah Cik Bunga ke? Patutlah sedap!" Qhalis tunjuk gaya thumbs up. Dengan malu-malu Bunga tunjuk gaya thumbs up juga.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ complete CERITA KEDUA 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 "Terima kasih Bunga.. sebab sudi jadi kawan saya sampai sekarang."- Eider Wakeel "Awak jangan la tinggalkan saya lama-lama.. sunyi hidu...
