CEPATNYA kau orang semua nak balik, ingatkan tinggal lama lagi dekat sini?" Ujar Nek Imah sedih.
"Memang kitorang plan nak stay sini berapa hari lagi Nek, tapi tiba-tiba dekat company ada problem pula yang tak boleh kitorang tungguh."
Balas Eider sambil tangan lincah menyusun beg baju ke dalam bonet belakang kereta.
Malangnya hari ini mereka terpaksa pulang ke kuala lumpur pada pagi ini. Kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Manakala Tuan Raider dan Puan Husna pun turut mengikut pulang kerana syarikat mereka ada kaitan dalam masalah company Eider.
"Yelah, nanti ada masa datang lagi kat sini, rumah selalu terbuka kamu semua."
"Untuk Qhalis juga ke?" Celah Qhalis yang berdiri sebelah Nek Imah.
Nek Imah menjeling manja ke arah Qhalis. "Tak ada sebab kamu lupa nak belikan Nenek Ps4."
"Alaaa Nek, nanti orang belikan ya, kali ni betul tak tipu." Lengan Nek Imah dirangkul olehnya. Sambil kepala melentok ke sisi bahu Nek Imah.
Nek Imah mengerling sekilas ke arah Qhalis sebelum dia mengeleng kepala.
Nasib baik cucu sendiri.
"Nek, Bunga balik dulu tau, nanti kalau kitorang free, kitorang datang lagi kat sini." Bunga menutur sambil mengosok hidung yang gatal itu.
"Dah dah lah tu asyik gosok hidung, nanti lagi gatal tau." Nek Imah turutkan tangan Bunga daripada terus mengosok hidung nya.
"Gatal Nek."
"Bunga demam ke? Mata berair, muka nampak pucat je ni."
"Haah Nek, semalam tadi badan dia panas, ingatkan sekejap lagi nak singgah klinik kejap."
Eider menghampiri ke arah Nek Imah. Sebelum dia bersalaman dengan Nek Imah.
"Bagus, pergi klinik dulu."
"Tuan buat apa kat cik Bunga,sampai demam ni?" Qhalis tersenyum nakal. Dia memandang ke arah Eider dan Bunga saling berganti.
Kebetulan Tok Hilam baru sahaja mendekati ke arah mereka. Terus dia memukul belakang kepala Qhalis.
"Otak kamu ni fikir yang bukan-
bukan aje."
"Nek, orang rasa kepala orang ni dah ada benjol lah. Cuba nenek tengok ni." Qhalis membongkok sedikit tubuhnya.
Nek Imah pun melayankan sahaja kerenah cucunya. Lalu melihat belakang kepala Qhalis.
"Tak lah, yang ada bekas perut gigi adik kamu aje."
"Yang itu takyah nak cerita nenek ni."
Ketawa suka mereka semua apabila melihat wajar cemberut Qhalis.
Mengenangkan kisah dimana Qhalis sedang bermain bersama adik perempuan nya. Yang bernama Qisya Rafifa.
Lalu entah bagaimana Qisya terjatuh dari sofa dan mengenai belakang kepala Qhalis. Malangnya waktu itu gigi Qisya yang terkena pada belakang kepala si abang nya. Dan membuatkan ada bekas perut gigi yang dalam pada kepala Qhalis. Tajam kan gigi Qisya?!
"Nahh ada buah mangga untuk Bunga." Tok Hilam menghulurkan satu plastik berisi buah mangga pada Bunga.
"Wahh terima kasih Tok." Ucap Bunga bersama senyuman di bibirnya. Seraya itu dia menyambut huluran itu.
"Bagi kat Bunga je ke? Kat Qhalis tak ada ke?" Celah Qhalis.
"Kamu boleh kait sendiri buah mangga tu." Tok menunjuk ke arah pokok mangga yang berada depan rumah mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ complete CERITA KEDUA 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 "Terima kasih Bunga.. sebab sudi jadi kawan saya sampai sekarang."- Eider Wakeel "Awak jangan la tinggalkan saya lama-lama.. sunyi hidu...
