CHAPTER 54

345 10 0
                                        

AIK? awal ayah balik?" Ujar Eider sambil menuruni anak tangga terakhir. Kemudian menghampiri ke arah Tuan Raider bersama sang isterinya.

"Ayah pening kepala sebab tu ayah balik awal hari ni." Balas Tuan Raider sambil berehat di sofa.

"Ibu kamu mana.. tak nampak pun." Kata Tuan Raider lagi.

"Ibu pergi pasar raya dengan Mak Yam, kejap lagi balik lah kot." Balas Eider lalu melabuhkan pinggul di sofa. Bunga duduk disebelahnya.

"Ayah, Eider ingat nak bercuti kat kampung Qhalis lah minggu depan, ayah free tak?" Ujar Eider kepada Tuan Raider.

Lantas Bunga menoleh ke Eider yang duduk disebelah dia dengan riaksi wajah teruja. YEAYY. Bercuti dekat kampung!

"Ayah boleh je cuti." Balas Tuan Raider ringkas.

"Kenapa tiba-tiba nak bercuti kat kampung?" Celah Puan Husna tiba-tiba.

Puan Husna baru sahaja balik dari pasar raya bersama Mak Yam. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah tadi, tiba-tiba dia terdengar perbualan antara dua beranak ni mahu bercuti di kampung Qhalis.

"Mak Yam letak dulu semua barang ni kat dapur, kejap saya nak masak. Mak Yam sediakan bahan-bahan untuk buat sup."

"Baik Puan Husna." Mak Yam terus beransur pergi daripada situ.

Puan Husna menghampiri ke arah suaminya dan duduk disebelah Tuan Raider.

"Bunga, dia teringin nak bercuti kat kampung." Jawab Eider untuk pertanyaan Puan Husna.

"Ouhh, Bunga tak ada kampung ke?" Puan Husna bertanya pada Bunga pula.

"Tak ada, sebab semua keluarga Bunga yang dari moyang ke nenek ke ibu semua membesar kat bandar."

Jawab Bunga lalu memuncungkan bibir nya kedepa. Kerana dia sedih sebab tiada kampung seperti orang lain.

"Alahai kesiannya menantua ibu ni, nanti kita pergi ya, Eider kampung siapa tadi kamu nak bercuti?" Puan Husna merasa kasih apabila melihat wajah sedih menantunya itu.

"Qhalis." Sepatah Eider balas.

"Dah bagitahu dia ke belum."

"Dah, masa Eider jumpa Qhalis tadi, tapi dia nak join sekali, boleh." Eider junkitkan keningnya.

Puan Husna mengerutkan alisnya." Lah kampung dia sendiri kot."

"Macam ibu tak kenal Qhalis tu macam mana, rumah sendiri buat macam rumah orang, rumah orang pula buat macam rumah dia sendiri." Kata Eider dengan muka menjengkelkan.

Puan Husna geleng kepala. Macam macam lah si Qhalis ni.

"Bunga okey kan." Eider berpaling memandang Bunga.

"Okey aje, lagi ramai orang lagi seronok." Kata Bunga lalu tersengih lebar sehingga nampak gigi putih tersusun nya itu.

"Minggu depan tu hari apa nak pergi?." Soal Puan Husna.

"Ahad kot." Jawapan tidak pasti Eider beri pada Puan Husna.

"Kamu punya jawapan nak kena penampar ngan ibu ke." Segugus keluhan keluar dari Puan Husna sebelum geleng kepala.

Tersengih sahaja Eider.

"Abang okey tak ke ni?" Tanya Puan Husna pada suaminya. Tuan Raider mengangguk.

Puan Husna telah sedia maklum yang suami dia sakit kepala. Sebab itu dia pulang awal sikit.. kalau tak lambat lagi sebab banyak barang lagi yang dia ingin membeli tadi.

"Saya nak pergi masak dulu ya." Kata Puan Husna lagi.

"Bunga, jom teman ibu masak kat dapur,." Ajak Puan Husna. Seraya bingkas bangun dari duduk.

𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang