CHAPTER 51

416 15 0
                                        

ABANG nak tanya boleh..tak lapar ke." Ujar Bunga dengan tersenyum sambil mengusap perut sendiri.

Eider menunduk melihat jam di pergelangan tangannya, jerum kecil menujukkan sudah pukul satu tengahari. Patuhlah perut aku pun berbunyi dari tadi rupanya meminta tuannya mengisi makanan untuk dia.

"Spaghetti ada kan?" Tanya Eider seraya bangun dari duduk kemudian kaki menuju ke arah ruang dapur.

"Ada..awak nak masak ke?" Bunga mengikut langkah Eider dengan berlari anak.

Sesudah sampai didapur Bunga melihat gerak geri sang suami yang tengah menyedia bahan-bahan untuk dimasak sekejap lagi. Bunga mendekati ke arah Eider lalu menyandarkan badan di peti sejuk sambil memeluk tubuh.

"Abang nak masak apa?"

Eider berpaling memandang Bunga yang berada disebelah dia sebelum terukir senyuman senget. "Spaghetti."

"Nak Bunga tolong?"

Eider menggeleng kepala. "Takyah biar abang aje yang masak, sayang duduk je."

Bunga akur dengan arahan itu kemudian kerusi jenis plastik ditarik oleh Bunga lalu duduk disitu sambil menunggu dan melihat sang suaminya memasak. Hot betul la suami siapalah ni kan?!!!

Tangan Eider lincah menyusun satu persatu bahan untuk di masak sebelum dia di satukan semua bahan di dalam kuali sekejap lagi.

"Abang nak satu soalan boleh?" Kedudukkan Bunga ketika ini menghadap ke arah Eider yang sedang fokus memotong bawang besar. Kejap lagi menangis la aku..

"Boleh.. nak tanya apa?"

"Sejak kapan sihh kamu jatuh cinta sama saya?" Bunga tertawa apabila mendengar ujaran sendiri.

"Sejak kapan ya kamu pandai berbahasa Indonesia ini." Tidak jawab pertanyaan itu malah memberi soalan lain pada sang isteri.

Bunga angkat kedua belah bahunya untuk jawapan itu. Dia pun tak tahu sejak bila dia pandai cakap bahasa Indonesia? mungkin dari Nareesa kot?

"Actually.." Eider berhenti memotong sejenak sebelum menyambung bicaranya. Badan disandarkan pada meja serta tangan menongkat menahan tubuh dari belakang.

"Waktu pertama kail abang berjumpa dengan sayang.. waktu itu juga sayang selamatkan abang dari budak-budak nakal yang buli abang. Tapi masa tu abang abaikan aje sebab abang rasa..
mungkin perasaan abang aje kot, sebab abang tak pernah bercinta...So, tak tahu perasaan orang jatuh cinta ni macam mana?"

"Tapi selepas abang tanya ibu? Baru abang tahu yang abang telah jatuh cinta pandangan pertama kepada Bunga Batrisha."

Eider memalingkan tubuh sebelum hidung mancung sang isteri dicuit sekilas. Sebelum kembali memotong bawang yang tergendala tadi.

"Really! Saya cinta pandangan pertama abang?" Terus menbulat mata Bunga serta mulut terbuka luas saat ini dek terkejut dengan pernyataan daripada Eider.

Eider tersenyum lalu menggangguk. "Tak percaya.. sayang boleh tanya ibu nanti."

"Sayang pula? waktu bila sayang jatuh cinta dengan abang?" Tambah Eider dan soalan yang sama ditujukan kepada Bunga.

Bunga yang seperti dalam dunia dia langsung tersentak tatkala suara garau itu menyapa pendengaran dia. Terkejut dia masih belum reda ya, tak sangka rupanya Eider sudah menanam lama perasaan cinta terhadap dirinya.

"Masa kita pergi jalan-jalan kat teman dulu..Bunga jatuh cinta dengan abang sejak hari itu, tapi Bunga ingatkan sekejap jelah perasaan tu muncul.. tak tahu la pula sampaikan sekarang perasaan cinta ni masih ada untuk Eider Wakeel, iaitu suami Bunga."

𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang