CHAPTER 52

354 11 0
                                        

LANGKAH kaki dihayun menghampiri ke arah Puan Husna yang sedang menyiram pokok bunga kesayangan dia. Rutin Puan Husna setiap hari pada waktu pagi, dia akan menyiram pokok bunga nya untuk memberi kesegaran kepada ke semua pokok dan bunga nya.

Tubuh wanita berusia itu dipeluk daripada belakang. Dek terlalu terkejut, jag besar yang dipegang langsung dilepas dari geggamannya dan terjatuh di atas rumput. Tangan yang melingkari pinggangnya ditepuk manja sebelum Puan Husna menoleh ke belakang.

"Ish Bunga ni.. terkejut ibu tau."

"Maaf ibuku, lain kali Bunga tak buat lagi." Pelukan dirungkaikan olehnya lalu tangan diangkat atas seperti mahu angkat sumpah.

Puan Husna tersenyum melebar tatkala melihat tingkah laku menantunya yang tersangat la comel! Patuhlah anak lelaki dia berkenan mahu jadikan Bunga sebagai teman hidupnya.

"Lewat semalam kamu berdua balik, pergi jalan mana?" Puan Husna mengbongkok tubuhnya lalu mengambli jag besar itu sebelum mengisi semula air ke dalam jag besar tersebut.

"Haah, semalam kitorang balik lewat sikit, kitorang pergi jalan-jalan kat teman.. duduk lepak kat cafe lepastu banyak lagi la tempat kitorang pergi." 

Bunga duduk bercangkung sambil memain tanam-tanaman ibu mentuanya. Disetiap penuju rumah ini dipenuhi berbagai jenis bunga dan tanaman. Bahkan Bunga pun suka!

"Kalau Bunga nak tahu anak lelaki ibu
selalu cerita tentang Bunga dekat ibu tau, tiap kali dia balik dari sekolah."
Cerita Puan Husna. Sambil tangannya berkerja memotong pokok yang sudah layu.

Lantas Bunga bangun dari bercangkung dan menghampiri ke Puan Husna. "Yeke?"

Puan Husna mengangguk. "Meh duduk sini kita bergosip."

Mereka berjalan menuju ke arah meja kopi sebelum mendaratkan pinggul dikerusi itu.

"Eider akan selalu cerita tentang kamu setiap kali dia balik daripada sekolah, dia cakap kamu baik, cantik, pandai dan orangnya pun lemah lembut, ceria aje setiap hari dan selalu tersenyum. Bunga selalu bagi kata-kata semangat dekat dia selepas anak lelaki ibu bebas dari kena buli. Ibu nampak perubahan anak lelaki ibu.. sejak Eider berkawan dengan Bunga, ibu nampak dia lebih ceria berbanding sebelum ni, kalau dulu murung aje muka tu."

"Tapi selepas dia dapat tahu yang kamu akan pindah kat luar negara, dia sedih
sebab kamu akan tinggalkan dia seorang-seorang dekat sini, kalau dia balik sekolah mesti dia cerita pasal kamu tapi sejak itu dah tak dah, dia terus duduk dekat dalam bilik tu selama berjam-jam.. ibu pun tak tahu apa yang dia buat dekat dalam bilik tu." Cerita Puan Husna panjang sambil matanya merenung wajah sang menantunya.

Manakala Bunga hanya mendengar sahaja cerita itu dan bibir merah nya  tersenyum tatkala mengetahui tentang perkara tersebut. Anak ibu betul la kan.

"Eider kena buli lagi ke waktu Bunga tak ada?"

Puab Husna menggeleng kepala. "Tak ada dah, tapi makin ramai yang nak berkawan dengan dia, tapi Eider tak nak kawan dengan diorang."

"Kenapa?"

"Takut kena buli balik, yang dulu pun macam juga pura-pura nak berkawan tapi rupanya nak buli." Puan Husna geleng kepala sebelum meminum air kopi yang dihantar oleh pembantu sebentar tadi.

"Tak silap Bunga.. Aurora masih sekolah lagi dekat situ kan?"

Puan Husna mengangguk mengeyakan.

"Tapi dua bulan kemudian Aurora pindah sekolah, jadi diorang lose contact."

Bunga menbulatkan mulutnya sambli angguk. Patutlah masa tempoh lalu dia bertanya pada Aurora dimanakah keberadaan Eider ketika itu dia tak tahu.

"Eider pernah girlfriend sebelum ni?"  Tanya Bunga saja. Walaupun dia dah tahu yang suaminya tidak pernah ada teman wanita.

𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang