CHAPTER 56

370 14 1
                                        

TAK ngantok lagi ke?" Tanya Eider. Pintu bilik ditutup rapat sebelum dikunci. Kena kunci takut ada orang main terjah masuk aje.

Lalu langkah kaki menghampiri ke katil. Kemudian melabuhkan punggung pada katil tersebut. Sempat dia tutup lampu utama bilik itu.

"Ngantok, tapi tunggu abang." Bunga menguap besar. Tangan kecli naik menutup mulutnya daripada menguap.

"Kalau ngantok tidur lah dulu, jangan tunggu abang." Lembut saja suara Eider apabila bicara pada sang isteri.

Bantal ditepuk sebelum Eider meletakkan kepala dia pada bantal tersebut. Eider baring meniring menghadap ke isterinya. Rambut si isteri yang berjuntai ke depan itu dia selitkan ke belakang telinga isterinya.

"Saya nak tanya something. Boleh?"

"Nak tanya apa?" Bunga mencelik matanya semula. Baru nak tidur tapi Eider ajak borak pula.

"Awak dah habis datang bulan ke?"

Bunga mengerutkan alisnya.

"Nak tanya tu je ke?" Bunga tertawa kecli. Ingat nak tanya apa tadi. Macam serius aje bunyi dia.

Eider mengangguk mengeyakan.

"Baru habis petang tadi."

"Kiranya awak dah boleh solat?" Tanya Eider lagi.

Bunga mengangguk boleh.

"Kalau macam tu. Esok kita solat subuh bersama." Kata Eider lalu mengukir senyuman manis. Lagi sekali Bunga mengangguk tanda setuju.

"Dah tidur nanti lambat pula bangun subuh." Kata Eider lagi.

Kepala Bunga diangkat sedikit sebelum kepala Bunga diletakkan pada lengan sasa dia. Menbuatkan wajah Bunga menghadap ke bidang dada dia.

Bunga terus melingkari lengan nya pada pinggang Eider dengan begitu erat. Eider menudukkan wajahnya ke bawah. Lalu satu kucupan hinggap pada dahi licin sang isteri.

Dapat ciuman dari encik suami. Engkau ado? HAHAHHA.

••༺☆༻••

Tok tok..

Eider, Bunga. Bangun dah pagi ni." Kejut Puan Husna dari luar pintu. Pintu diketuk untuk berapa kali.

Eider menbuka kelopak matanya bersama kerutan pada dahinya. Apabila cahaya dari langsir masuk ke kornea mata. Di bahagian dadanya pula terasa berat seakan ada yang menghimpitnya.

"Selamat pagi sayang." Serak basah nada suara dia ketika mengucapkan ayat itu.

Bunga masih lena dibuai mimpi. Dan masih meniarap di atas dada Eider yang berlapikkan baju berlengan pendek.

Mula-mula Eider fikir tak mahu pakai baju tapi maklumlah kampung ni banyak nyamuk dan sejuk.

"Eider dah bangun ke?" Ujar Puan Husna yang berada depan pintu.

"Dah ibu, kejap lagi Eider keluar." Balas Eider perlahan.

"Okey." Puan Husna beransur pergi daripada situ.

Eider meniringkan wajah ketepi untuk melihat wajah Bunga. Satu ciuman hinggap pada pipi tembam dan bibir merah Bunga. Gadis itu langsung iidak sedar dan masih lena dibuai mimpi.

"Tak terjaga langsung comel abang ni." Eider turut dari katil. Kain tuala diambli sebelum dia keluar dari bilik.

Tak sampai berapa minit kemudian. Bunga bangun dari lenanya. Dan Bunga membuat beberapa regangan pada ototnya. Sebelum kepala dia
memusing ke sana ke sini mencari kelibat Eider.

𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang