TANGAN mencapai sebuah novel melayu di rak sebelum kaki melangkah ke arah katil. Pinggul di daratkan diatas katil lalu badannya disandarkan pada kepala katil sementara menunggu sang isteri selesai mandi.
Setelah menunggu hampir setengah jam akhirnya Eider ingin menanya ke sang isterinya adakah sudah siap mandi atau belum?
"Bunga lama lagi ke nak siap tu?"
Seraya itu Bunga menbuka pintu putih itu dan keluar dalam keadaan menggigil satu badan kerana sejuk.
"Asal sejuk sangat air ni." Ujar Bunga bersama bibir mungli yang menggigil hebat dan bergetar juga la gigi dia ketika ini.
"Kan saya cakap tadi sejuk-" Eider yang tadi duduk bersandar lantas duduk menegak sebalik sahaja Bunga keluar dari bilik mandi.
Liur ditelan payah apabila melihat sang isterinya mengenakan baju tidur satin berwarna red berlengan pendek disertakan dengan seluar pendek paras paha. Cekci!
Bunga yang perasaan akan itu langsung menunduk wajahnya ke bawah, bukan sebab tak selesa dengan renungan dari sang suami cuma.. Malu! Dia mengenakan pakaian ini pun kerana
saranan dari mama nya dan ibu mentuanya.
"Bunga kenapa pakai baju ni?" Tanya Eider lembut sambil menatap wajah cantik sang isteri. Yang masih berdiri beberapa meter daripada katil dan dirinya.
Bunga memain dengan jari jemarinya sendiri, kepala masih menunduk ke bawah. Sebelum ianya panggung kepala memandang Eider yang masih menatap dirinya.
Bunga tersenyum malu sebelum gulungan tuala atas kepala di uraikan. Lalu disangkut pada tempatnya, sikat rambut yang berada atas meja solek dicapai sebelum datang menghampiri ke arah Eider. Sikat berwarna pink dihulurkan pada sang suami.
"Nak abang sikatkan." Bunga menggangguk malu.
"Meh sini, duduk sini." Eider duduk bersila sebelum menyuruh sang isteri untuk duduk di hapadannya namun menbelakangi dirinya.
Bunga patuh dengan arahan yang diberi oleh sang suami, Bunga duduk bersila menbelakangi suaminya. Dan Eider mula menyikat rambut keriting Bunga dengan perlahan dan lembut. Dari hujung rambut hingga ke atas, penuh kelembutan semasa lelaki itu menyikat rambut keriting tersebut.
Sesekali tangan kasar itu naik membawa rambut itu pada hidungnya untuk menghidu wangian harum yang datang pada rambut keriting sang isterinya. Semerbak bau harum itu.
"Your hair looks so beautiful."
Ayat yang baru sahaja dilontarkan oleh Eider tadi membuatkan Bunga tersenyum melebar mendengarnya.
"Bunga ikut keturunan mama, rambut mana pun keriting juga, dan cantik macam abang kata tadi." Hujah Bunga.
"Tapi Bunga abang lagi cantik." Eider berhenti menyikat seketika. Sebelum dia memusingkan tubuh Bunga untuk duduk menghadap ke arah dirinya.
"Tapi mama pun cantik juga." Seraya itu bibir Bunga dijuih ke depan.
"Juih bibir tu nak minta kiss ke?"
Dada Eider menjadi sasaran pukulan Bunga, lalu kedua belah tangan disaling ke dada bersama riaksi muka hmph majuk. Disebalik itu Eider hanya menaparkan reaksi biasa sahaja dan tidak terasa sakit langsung dengan pukulan tersebut, mungkin kerana tangan Bunga kecik aje seumpama macam tangan bayi sebab itu tak sakit?
"Gurau jela.. itupun nak marah, comel." Hidung kecil sang isteri dicuit Eider.
Eider tertawa halus tatkala melihat reaksi muka Bunga yang bagi dia sangat comel! Tidak kisah la marah ke merajuk ke sedih ke tetap comel di mata Eider!
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ complete CERITA KEDUA 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 "Terima kasih Bunga.. sebab sudi jadi kawan saya sampai sekarang."- Eider Wakeel "Awak jangan la tinggalkan saya lama-lama.. sunyi hidu...
