CHAPTER 63 | THE END

1.2K 22 9
                                        

SETAHUN KEMUDIAN.

PINTU kereta ditutup rapat sebelum kaki panjang lelaki itu berjalan menghampiri ke arah Mak Wan. Wanita tua itu sedang menyiram pokok-pokok kecil sambil menyanyi lagu-lagu lama.

"Sedap betul suara Mak Wan ni.. Mak wan tak nak masuk ke mana-mana program television." Ujar Eider itu membuatkan bahu wanita tua itu terangkat naik ke atas dek terkejut.

Yelah.. main sergah macam tu aje memang terkejut lah.

"Ish kamu ni Eider.. terkejut Mak Wan tau, jangan lah main sergah macam tu.. nanti kalau Mak Wan terkena serangan jantung macam mana, siapa nak angkat Mak Wan nanti. Kamu?" Bebel Mak Wan panjang lebar sambil kedua tangannya mencekik pinggang.

"Maaf Mak Wan.." Eider mengbongkokkan badannya ke bawah tanda maaf. Dah macam orang Korean pula.

"Oh ya, Bunga mana? selalunya duduk lepak dekat sini?" Tanya Eider selepas menegakkan tubuhnya kembali.

"Mak Wan suruh dia rehat dekat bilik sebab tadi Mak Wan nampak muka dia pucat sangat sebab suruh dia duduk rehat kat dalam."

"Bunga ada buat kerja berat ke?"

Mak Wan geleng kepala tanda tak ada.

"Biasalah.. Eider orang mengandung ni memang cepat penat sikit." Mak Wan mengusap lengan Eider apabila melihat reaksi kerisauan yang terbit pada wajah Eider.

Mana tak risaunya usia gandungan telah memasuki tujuh bulan. Selama tujuh bulan ini banyak perkara yang dilarang oleh Eider pada sang isteri, dan salah satunya kerja berat.. ada satu hari itu waktu usia gandungan baru saja masuk dua bulan. Bunga pergi buat kerja yang tak sepatutnya dia buat, ada ke dia baiki lampu dekat dapur tanpa pengetahuan Eider dan juga Mak Wan.

Pening kepala Eider dibuatnya dengan perangai Bunga pada masa itu.

Yang paling mengerikan sekali adalah Bunga memanjat tangga semasa mahu menukar lampu! Ya Allah nasib baik tak terjadi apa-apa waktu itu. Sejak dari kejadian itu Eider melarang Bunga untuk buat kerja-kerja rumah termasuk la memasak

Tak boleh kerja berat-berat tak payah masak kalau nak makan sesuatu bagitahu dekat dia nanti dia akan buatkan. Dan sang isteri hanya akur sahaja tanpa menbantah apa-apa pun dengan segala arahan yang ditetapkan oleh Eider.

Namun dengan satu isyarat. Cafe yang sebelum ini berwarna krim kini berubah warna menjadi warna pink. Atas permintaan sang isteri, Eider sanggup buat untuk isteri tercinta. Seronoknya.. jadi tuan puteri semasa mengandung ni.

"Tak apalah Mak wan, Eider masuk dulu." Pamit Eider sebelum masuk ke dalam rumah.

Saat masuk Eider terlihat sang isterinya sedang khusyuk membaca sebuah novel favorite dia. Tapi dia tak kisah novel dia novel isteri dia juga. Eider mengambli tempat disebelah sang isteri, Bunga menoleh ke tepi saat Eider duduk di sisinya lalu tangan lelaki itu mendepa panjang pada kepala sofa.

"Bila abang balik? Bunga tak perasan pun?" Tanya Bunga dengan muka blur.

Blur sebab Eider tiba-tiba ada depan mata dia.

"Baru aje." Jawab Eider pendek. Seraya itu dia medaratkan kepalanya ke bahu sang isteri semetara tangan kirinya memeluk perut kembung Bunga yang sudah kelihatan bulat.

Bunga menbulatkan mulutnya sambli membalas dengan anggukkan. Novel diletakkan ke tepi sebelum mengusap tangan suaminya yang berada atas perutnya.

"Little bubu hari ni ada buat mama sakit tak?" Ujar Eider pada sang anak yang didalam perut sang isteri sambil mengusap perut buncit itu.

𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang