BUNGA menaiki anak tangga untuk ke atas untuk ke biliknya, namun terbantut langkahnya saat terdengar suara Eider yang seakan tengah memarahi seseorang. Jurus kaki runcing nya diajuk ke arah bilik kerja sang suami.
Saat masuk ke dalam bilik itu Bunga berdiri sejenak di jernang pintu sambil memegang tombol pintu. Bunga melihat belakang tubuh kekar sang suami dengan menarik senyuman nipis.
Sebelum Bunga mengambli langkah untuk menghampiri ke arah Eider lalu belakang tubuh kekar sang suami dipeluk daripada belakang. Eider sedang berbicara dengan seseorang di talian lantas terkejut tatkala ada tangan yang melingkari pada pinggang nya.
"Esok hantar dokumen tu dekat rumah aku." Eider turutkan gajet elektronik itu sebelum tekan button off.
Kemudian memusingkan tubuhnya menghadap ke sang isteri. Eider tundukkan wajahnya agar mudah hendak melihat wajah Bunga yang sedang mendongak menatap wajahnya bersama senyuman tipis diukir pada bibir merah itu.
"Abang okey?" Tanya Bunga sambil mengelus rahang Eider. Tunak matanya merenung wajah sang suami yang terlihat letih dan lesu mungkin banyak perkerjaan yang sang suami dia kena uruskan sehingga tidak cukup rehat.
Eider beri senyuman nipis sebelum menggangguk, lalu tangan Bunga yang berada di sisi pipinya di cium lama sebelum mengajak Bunga untuk duduk di sofa yang ada bilik kerjanya.
Bunga melabuhkan punggung nya terlebih dahulu di sofa sebelum sang suami medaratkan kepalanya di atas riba Bunga. Lalu tangan Bunga naik mengusap lembut rambut lebat Eider.
Eider berpaling wajahnya menghadap ke perut Bunga, lalu ia bertindak memanjangkan tangannya memeluk pinggang Bunga daripada belakang. Tersentak juga la Bunga dengan tindakkan Eider itu.
"Abang."
"Hm." Sahut Eider dengan gumam sahaja.
"Kalau kita ada anak nanti Bunga nak namakan dia Ersya Afeeya, tapi tu kalau perempuan la.. kalau lelaki Eldan Affan.
Ujaran Bunga itu menjadi perhatian untuk Eider mendengar lebih lagi, lalu ia memandang wajah sang isteri dari bawah dengan senyuman. Bunga menundukkan wajahnya sambil melilik wajah Eider bersama senyuman manis.
Kacak! suami siapa ni?
"Sayang nak ke?" Soalan Eider dengan muka selambanya.
"Haa?" Blur.
Eider bangun dari pembaringan sebelum mengesot mendekati ke Bunga. Eider merenung wajah Bunga dengan mengecilkan matanya. Isteri aku memang tak faham ke ataupun buat-buat tak faham?
Bunga yang perasan akan itu langsung merasa tidak nyaman dengan merenung dari sang suami. Lantas Bunga melarikan anak matanya daripada terus direnung oleh Eider.
Bunga memang tak faham ke apa maksud Eider tadi..
"Hey.. pandang sini." Eider menarik lembut dagu Bunga untuk menghadap ke dirinya.
Anak mata mereka bertembung untuk seketika sebelum Eider menbuka bicaranya.
"Sayang faham tak apa yang abang cakap tadi?"
Bunga menggangguk lalu bagaikan ada sesuatu membuat dia tersedar kenapa aku angguk? Lalu dengan pantas Bunga mengeleng laju, tingkah dia itu membuatkan Eider tertawa. Ehh si cengeng ni..
Ohh Okey faham.. Bunga buat-buat tak faham rupanya..
Dan ketika itu. Eider mendekati Bunga dengan secara tiba-tiba seperti hendak menbuat sesuatu pada Bunga. Eider mengonkat kedua tangannya pada kepala sofa sebelum senyuman sinis terukir pada bibirnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️
Любовные романы✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ complete CERITA KEDUA 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 "Terima kasih Bunga.. sebab sudi jadi kawan saya sampai sekarang."- Eider Wakeel "Awak jangan la tinggalkan saya lama-lama.. sunyi hidu...
