SELEPAS sahaja Rayzl meminta diri untuk ke kerja. Bunga pun membawa diri ke bilik untuk berehat. Bilik dituju sebelum tombol pintu dipulas. Menuju ke katil lalu merebahkan badannya ke tilam empuk itu.
"Bosannya, baru pukul sebelas." Ujar Bunga sendirian sambil berguli atas katil besar itu.
Bosan. Sebab semua orang tiada di rumah, Eider pun tiada kerana keluar pergi jumpa dengan Qhalis dekat mana entah, katanya dia hal kerja yang penting mahu di bincangkan. Lelaki memang tidak boleh berpisah dengan kerja.
Manakala Puan Husna pula baru sahaja keluar pergi pasar raya dengan pembantu. Semasa mahu keluar Puan Husna ada juga mengajak Bunga untuk pergi sekali namun Bunga menolak kerana dia ingin berehat sahaja di rumah. Tapi rasa menyesal pula tak ikut tadi.
Bunga bangun dari baringan sebelum duduk bersila dan matanya termenung jauh ke meja tulis Eider. Seakan ada sesuatu disitu namun dia tidak tahu apa benda? Dan menbuatkan Bunga ingin menghampiri ke meja tulis itu.
Kerusi yang jenis beroda itu ditarik ke belakang sikit sebelum dia duduk pada kerusi tersebut. Meja di ketuk dengan kukunya sambil melihat sekeliling meja tulis itu.
Buku yang nampak seperti diari di ambil sebelum dia menbuka helaian pertama. Okey hanya buku rutin suami dia sahaja, buku itu ditutup kembali dan letak di tempat asalnya balik. Tiba-tiba Bunga toleh ke kiri dan terdapat satu bekas kaca dan di dalam itu ada bunga garden roses, bunga kegemaran dia.
Dicapai bekas kaca yang bersiaz serhedana itu lalu dia melihat bekas tersebut dengan teruja. Dia tidak perasan pula dengan kewujudan bekas ini yang berada betul di meja tulis Eider. Sebab dah dua hari kot dia duduk tidur dalam bilik ini? Ke Eider baru sahaja letak dekat atas meja ini ataupun memang Bunga tidak perasan akan kehadiran bekas bulat ini.
"Suami aku suka bunga ni juga ke?" Ujar Bunga sendiri. Lalu digaru kepala nya.
"Tak, tapi isteri abang suka." Balas seorang lelaki yang berdiri di jenang pintu sambil berpeluk tubuh.
Terus Bunga berpaling ke belakang dengan reaksi muka terkejut tatkala pendengaran nya menyapa suara lelaki yang kedengaran sanggup garau.
"Hesy abang ni terkejut Bunga." Marah Bunga. Bekas kaca yang dipegang di letakkan balik atas meja.
Eider hanya menpemerkan sengihan sahaja. Sambil langkah kaki menghampiri ke arah sang isterinya.
"I'm sorry my fleur." Kedua bahu sang isteri diusap lembut olehnya.
"Buat apa dekat meja tulis abang ni?" Soalan Eider. Tak marah saja tanya.
"Tengok ni." Bunga tunjuk bekas kaca itu pada Eider.
Eider tersenyum lebar."Baru perasan ke?"
"Haah, Bunga baru perasan.. abang baru letak ke?" Hujah Bunga sambil menggangguk.
"Tak lah, bekas ni memang kat situ je daripada dulu lagi, cuma bunga ni aje abang tukar."
Bunga mengerutkan alisnya. "Dari dulu? maksud abang.. Bunga tak faham."
Eider ambli tempat untuk duduk dan meja tulis itulah menjadi pilihannya.
"Ingat tak dulu masa kita duduk dekat kedai lama tu? sayang pernah kata dekat abang..kalau abang rindukan sayang. Sayang suruh abang tengok bunga ni..jadi abang buat la seperti sayang suruh?"
Bunga menbulatkan mulutnya seluas semester.
"Aihh mulut tu..tutup sikit, nanti lalat masuk kang." Tapak tangan besar Eider naik menutup mulut Bunga yang ternganga luas.
"Bunga cakap aje masa tu..bukan suruh abang buat betul-betul pun."
Eider angkat bahunya. Dia pun tak tahu kenapa buat betul-betul perkara itu, mungkin masa itu dia terlampau rindu?
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️
Cinta✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ complete CERITA KEDUA 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 "Terima kasih Bunga.. sebab sudi jadi kawan saya sampai sekarang."- Eider Wakeel "Awak jangan la tinggalkan saya lama-lama.. sunyi hidu...
