CHAPTER 60

476 16 0
                                        

EIDER menuruni anak tangga rumah sambil meraupkan rambut ke belakang. Lalu langkah kaki menuju ke kawasan dapur.

"Mak Wan, ada ayam tak." Tanya Eider kepada Mak Wan.

Mak Wan yang tengah sedang mencuci pinggan mangkuk itu terus berpaling ke belakang.

"Ada, kamu nak buat apa?" Tangan berkedut itu menjentak air yang tersisa air pada tangannya.

"Eider nak masak bubur untuk Bunga."

"Bunga tak sihat ke?" Riak risau ditayang Mak Wan.

Eider menggangguk. "Bunga demam."

"Kenapa tak cakap dengan mak wan tadi, boleh mak wan masakan bubur untuk Bunga." Mak Wan menghampiri ke arah Eider.

"Tak apa, lagipun dia nak Eider yang masakan bubur untuk dia."

"Hm yelah, ayam ada dalam peti sejuk tu."

"Okey, Mak Wan pergi buat kerja. Biar saya aje yang masak." Eider menolak belakang tubuh orang tua itu keluar dari dapur.

Lalu lelaki itu mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat bubur ayam. Seperti carrot, ayam, halia dan bawang putih.

Beras dicuci terlebih dahulu sebelum direbus bersama kiub ayam dan halia,
kemudian sebatang carrot dipotong dadu, bawang putih dicincang halus dan isi ayam direbus terlebih dahulu sebelum diletakkan dalam nasi nanti. Setelah ke
semua bahan sudah disediakan lalu Eider memasuki ke semua bahan tersebut ke dalam periuk seherdana itu.

Setelah hampir satu jam Eider bertungkus lumus di dapur akhirnya masakkan lelaki itu telahpun siap. Dan menghidangkan ke dalam mangkuk bersama hiasan bawang putih yang sudah digoreng di atas bubur ayam itu.

"Okey done." Lelaki itu melepaskan apron dari tubuhnya sebelum mengangkat dulang yang berisi bubur itu.

Lelaki itu berjalan keluar dari kawasan dapur lalu menuju ke arah anak tangga dengan hati-hati takut jatuh pula bubur yang dipegang olehnya nanti kang.

"Bunga, your order has arrived." Eider mengunakan kakinya untuk menbuka dengan pintu bilik yang tidak ditutup rapat sambil memegang dulang itu dengan berhati-hati.

"Eh awak nanti jatuh lah bubur tu nanti kalau pegang macam tu!" Ujar Bunga perlahan.

Novel ditutup lalu diletakkan ke beside table yang berada disisi katil. Sementara menunggu suaminya memasak di dapur tadi, dia mencuri satu novel kepunyaan suaminya untuk dibaca kerana dia merasa bosan berada di bilik ini.

"Risaukan bubur lagi dari suami awak ni? bubur ni panas lagi tau. Kalau kena tangan saya macam mana?" Lelaki itu menguna nada seakan merajuk.

Yelah pentingkan bubur ayam lagi daripada suami sendiri? Suami mana tak merajuk kan?

Eider melangkah masuk ke bilik itu dan mengatur menuju ke arah katil queen.

"Memang lah saya risaukan bubur tu sebab awak dah penat buatkan, kalau jatuh tak dapatlah saya merasa bubur buatan awak ni." Pujuk Bunga tersengih.

"Pandai erk?" Dulang yang berisi bubur itu diletakkan di atas beside table.

"Habis makan ni, makan ubat pula." Arah Eider sambil mengaul bubur itu untuk menghilang kehangatan pada bubur tersebut.

"Tak nak lah makan ubat, ubat tu pahit Bunga tak suka." Bunga geleng kepala bersama riak muka cemberut.

"Sayang nak sihat ke tak?" Kening kenan dijungkit ke atas sambil merenung ke dalam anak mata berwarna chestnut brown itu.

𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang