Di pagi hari yang cerah dan indah ini. Seperti biasa cafe dibuka pada jam 8 pagi. Kunci pada grill pintunya dibuka dan kemudian menaikan ke atas lalu pintu masuk cafe ditolak oleh Bunga dan mengatur langkah masuk ke dalam. Tak sempat Bunga tutup pintu masuk itu. Tiba-tiba pintu ditahan oleh seorang iaitu adalah Eider.
"Oh Hafy ingat siapa tadi." Ujar Bunga seraya memegang dadanya. Akibat terkejut. Bunga ingatkan pencuri tadi sebab tiba-tiba tahan pintu masuk itu.
Macam dalam drama lah.
Pintu masuk ditahan lalu dituding pisau yang tajam ke arah mangsa dan mencuri ke semua barang yang ada di dalam cafe tersebut. Begitu juga dengan si mangsa habis ke semua barang mangsa diragut oleh pencuri itu.
Okey tamat.
"I'm sorry buat Bunga terkejut." Tutur Hafy. Sebaik sahaja masuk ke dalam cafe.
"Tak ada apa la..tapi lain kali jangan buat macam tu lagi, baik nasib saya tak ada penyakit apa-apa." Balas Bunga dengan lembut.
"Baik tuan puteri ku.." Dengan suara meleret Hafy berbicara.
Tersenyum Bunga dibuatnya dengan panggilan itu.
"Oh by the way.. awak tak kerja pagi ke hari ni? ke cuti." Beg silang diletak diatas meja.
"Haah cuti.. Sebab tu saya datang awal sikit, nak tolong Bunga.. nak harapkan si Aurora tu.. lambert lagi nak datang."
Hari ini Eider tiada kerja di office nya adapun sikit-sikit aje itupun dia suruh Qhalis yang uruskan.
Tertawa kecil Bunga dibuatnya. Ada ada aje si Hafy ni.
"Dah lah, pergi buat kerja awak tu." Arah Bunga.
Hafy mengangguk dan tunjuk syarat tangan "okey".
Bunga dan Hafy mengorak langkah mendekati ke arah tempat mereka dan mula mengemas cafe itu. Seperti hari-hari biasa. Susun meja dan kerusi bagi nampak kemas dan teratur. Lap meja,cawan dan gelas untuk kelihatan lebih bersih dan berkilat. Masing-masing sibuk mengemas cafe itu. Sebelum cafe dibuka sebentar lagi.
Papan kecil yang digantung pada pintu masuk di pusingkan oleh Bunga. "open" tanda cafe tersebut sudah dibuka tepat pada pukul 8 pagi.
Berapa minit kemudian cafe di buka. Ada gerangan yang datang ke cafe dengan langkah ceria seperti biasa.
"Hello everyone." Sapa Aurora lalu menghampiri ke arah Bunga yang sedang duduk di kaunter. Aurora ni ceria sikit orangnya.
Ke semua customer yang berada di situ turut memandang ke arah Aurora. Ada yang tersenyum dan ada juga yang tertawa apabila melihat sifat Aurora yang ceria itu.
"Asal lambat." Soal pertama keluar dari mulut Bunga dengan riak wajar yang tegas. Terus berhenti langkah Aurora apabila ditegur oleh Bunga.
Aurora memgemam bibirnya. Huwaa kena marah dengan Bunga.
"Sorry la Bunga.. aku terlambat bangun tadi." Jawab Aurora dengan nada perlahan. Di pegang tangan Bunga yang terletak elok di meja kaunter.
Itulah alasan selalu diberi oleh Aurora.
"Tahu takut.. lain kali jangan datang lambat lagi, ni last warning tau." Tutur Bunga tegas.
Bukan sekali dua si Aurora ni datang lambat. Tapi hampir setiap hari si Aurora datang lambat ke kerja. Walaupun Aurora adalah kawan dia namun tetap juga sebagai pekerja kena lah datang awal tepat pada waktu yang di tetapkan.
"Aip aip Captain Bunga." Tangan di letak dihujung kening nya seperti seorang askar.
Terletus tawa Bunga apabila mendengannya.
"Dah pergi ambli order tu." Bahu Aurora ditepuk perlahan oleh Bunga.
Aurora mengangguk lalu mengorak langkah daripada situ. Dan memulai kerja nya untuk mengambli pesanan.
••༺☆༻••
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.