Drrtt .... Drrtt ...
Jam tangan dari seorang lelaki yang tertidur pulas itu bergetar. Dahinya berkerut apabila dia merasakan tidurnya terganggu.
Posisi badannya yang mulanya terlentang, menjadi menyamping ke arah kiri. Mengetuk jam tangannya yang kemudian memaparkan hologram seorang laki-laki.
Tak lama selepas panggilan pada jam tangannya dijawab, lelaki itu tertidur semula.
"Betuah punya Abang! Dia tidur pula?!" Lelaki pada hologram itu tampak kesal.
"Oi! Bang Taze!"
"Zzzz ....." Sang empunya nama malah tertidur pulas.
"Taze! Taze! Oi Taze!" Bodoamat. Tak nak dia panggil 'abang' kalau dah kesal macam ni.
Perempatan imaginer pun muncul di dahi lelaki itu.
"Taze! Hiiiyy!! Dia ni tervirus aunty Ice ke apa ni? Wildfire!!"
"Zzzz ...."
"BOBOIBOY WILDFIRE TAZE!"
"Ha? Iya, saya, kenapa?" Karena kaget, pemilik nama yang dipanggil — Taze — malah melatah tak jelas.
"Taze! Ni bukan masa nya kau nak tidur! Kau tak tau ke kita ni semua dalam bahaya?!"
Taze menggosok matanya. "E-eh? A-avi? Avicennia? Bahaya apa? Kalau yang kau kata masalah aku prank uncle Hali guna balon tu, aku dah minta maaf, Kot?"
"Bukan tu lah! Tapi yang Ra'gara serang kita!"
Taze mengerjap. Otaknya memproses maklumat yang diberikan Avicennia.
"E-eh, ha'ah lah! Ada alien durjana datang serang! Korang okay ke? Tu lah! Kan aku dah kata, aku boleh tolong, apasal aku kena duduk Kat bilik dan saksikan Korang kena belasah macam tu je? Korang tak percaya kan aku ke?"
"Stop! Kan kitorang dah kata yang kau tengah terluka lagi! Ada bagusnya pun kau tak ikut dalam pertarungan. Kau ... Masih ada di masa depan, 'kan?"
Taze memiringkan kepalanya tak paham, "Apa maksud kau?"
"Kau ingat tak yang aunty Solar ada buat portal antar ruang dan masa?"
Taze mengangguk.
"Kitorang masuk kedalam portal tu dan terdampar ke masa lalu. Tapi aku terpisah dengan saudara kita yang lain. D-dan ..." Suara Avi tiba-tiba gemetar.
"Kenapa? Ada apa?"
"Sebelum sempat nak larikan diri, kitorang kena halang dengan anak buah Ra'gara. B-bang Sopan ... D-dia ... A-a ... Huaa .... Macam mana ni Taze? Aku, aku gagal lindungi diorang," Belum habis nak terangkan apa yang berlaku, air mata mulai berjatuhan dari pelupuk matanya. Suaranya seakan tercekat untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
"A-avi ... Tak pe, tenangkan diri kau dulu baru sambung cerita," Taze tersenyum.
Avi mengangguk, mengelap air matanya dan mencoba untuk mengontrol emosinya, "Bang Sopan yang pertama dibuat pingsan. Lepas tu, Ra'gara datang. Aku pun tak tau macam mana dia boleh dapatkan kitorang. Padahal belum lama dia masih lagi bertarung dengan para Elemental,"
Avi menarik nafas dalam lalu menghembuskannya perlahan, "Bang Sopan ditahan oleh anak buah Ra'gara. Lepastu ... Lepastu ... Akh! Asal air mata ni turun terus?!"
KAMU SEDANG MEMBACA
OUR FUSION
Fanfiction‼️BUKAN BL ‼️ Fusion bermakna gabungan dari dua kuasa. Maka, bagaimana apabila para Fusion dari boboiboy elemental kat masa depan terjebak di masa lalu? Meminta pertolongan untuk mereka yang berjuang mati-matian melindungi mereka Kat masa depan. Pe...