Ditopangdagu dengan tapak tangannya yang berada diatas meja tulis nya. Sambli tersenyum seorang-seorang di dalam bilik nya. Seperti orang sedang jatuh cinta pun ada.
"Hafy, saya rasakan nak letak novel la kat cafe ni." Bunga menoleh ke tepi dan pandang Eider.
"Novel? kenapa awak nak letak novel kat cafe ni." Eider menyoal.
"Supaya customer tak bosan.. sementaratunggu kita siapkanhidangan untuk mereka.. itu aje, okey kan saya punyacadangan ni." Jelas Bunga.
Hafy mengangguk.
"Okey aje.. awak naknovel gerne apa?"
Bunga berfikir sambil mengusap dagunya.
"Hafy, awak kan baca novel.." Hafy mengangguk.
"Apa kata awak je yang pilih novel mana yang best and yang mana awak suka."
"Saya.." Jaritelunjuk dituding ke diri sendiri.
Bunga mengangguk laju.
"Okey.. nanti saya pilihkan." Dengan yakin Hafy berkata.
"Tapi jangan pilih novel yang romantik je, pilih lah novel yang gerne fantastic ke thriller ke misteri ke baru best orang nak baca." Seraya itu Bunga bangun dari duduknya.
"Okey lah saya nak sambung buat kerja.. awak jangan curitulang erk, lepas rehat terus sambung kerja balik." Arah Bunga dengan muka garang.
"Baik captain." Balas Hafy seperti seorang askar.
Dan ya. Bunga tahu yang Eider sangat mengemar membaca novel. Sebab setiap kali waktu rehat, Eider akan membaca sebuah novel yang di bawa oleh Eider sendiri. Kadang-kadang tu dia sampai terlupa waktu rehat nya sudah habis. Nasib baik ada Bunga yang selalu memantau setiap pekerja nya.
"Haa fikir apa tu.. tersengih-sengih macam orang tak betul pula dah." Sergahan dari Puan Husna. Yang berdiri ditepi Eider sedari tadi lagi. Cuma Eider saja yang tidak sedar dengan kehadiran ibunya.
"Bila ibu masuk..ha lepastu kenapa tak ketuk pintu dulu." Ujar Eider terkejut.
"Ibu dah ketuk dah..tapi orang dalam bilik ni pula tak meyahut.. sebab tu ibu masuk aje.. bila ibu masuk rupa-rupanya ada orang tersengih-sengih macam orang gila."
Eider tersengih malu. Digaru kepala yang tidak gatal.
"Ibu ni tak baik tau cakap Eider macam tu."
Puan Husna menjeling manja ke arah Eider.
"Tak baik apa..betullah kan tersengih-sengih macam orang gila." Lalu bahu Eider di tepuk perlahan.
Eider medongak ke atas dengan kening dinaikkan ke atas tanda soal "kenapa"
"Dah jemput ke belum Bunga dengan kawan dia tu."
"Dah, nanti esok Bunga dengan Aurora datang la."
"Aurora? Aurora Isabelle ke?" Tiba tiba teringat akan nama itu. Sebabnya dia pernah dengar nama tu. tapi dia tak ingat nama siapa?
"Haah, macam mana ibu tahu nama Aurora." Eider mengangguk laju. tanda ya.
"Macam kenal dengan nama tu."
"Ibu kenal ke dengan Aurora?"
"Sekejap ibu nak ingat ni." Puan Husna berfikir sejenak. Eider mengangguk saja.
Ting. Jari di petik kuat oleh Puan Husna.
"Okay ibu dah ingat dah... Aurora Isabelle tu anak perempuan Tengku Aulia..kawan lama ibu."
Eider meng"oh"kan saja.
"Lama dah ibu tak jumpa dengan kawan ibu tu..rindu pula rasanya."
"Jumpa jela.. tak ada orang halang pun ibu jumpa dengan kawan ibu tu."
"Ish kamu ni kan ada juga yang kena ni kan." Ujar Puan Husna seraya itu mencubit lengan anaknya itu dengan geram. Berdesis sakit Eider dibuatnya.
"Sakit lah ibu ni.." Balas Eider sambil mengosok laju lengan nya itu.
"Tapi kan, kenapa Aurora kerja kat cafe Bunga..sedangkan family dia kaya raya." Eider menyambung kata katanya.
Dah kaya buat apa kerja sendiri kan.
"Habis tu kamu tu, kaya juga ada syarikat sendiri lagi..tapi kerja juga kat cafe Bunga." Sindir Puan Husna.
Nah setepek kena! Terus muncung sedepa bibir Eider.
"Aurora kenal dengan ibu." Tanya Eider.
"Tak.. Aurora tak pun kenal dengan ibu.. sebab tak pernah berjumpa." Jawab Datin Husna sambil geleng kepala.
Eider membuat mulut jadi bentuk "o"
"Okey la ibu masuk tidur dulu.. kesian ayah kamu tu tunggu ibu.. ayah kamu tak boleh tidur kalau ibu tak ada kat sebelah dia." Ujar Puan Husna yang baru ingin melangkah pergi.
"Hm tak kesian ke dengan Eider..tidur pun seorang-seorang tak ada orang peluk, bantal panjang juga lah jadi peneman Eider." Balas Eider dengan bibir mencebik ke sedepa.
"Kahwin la apa susahnya." Usik Puan Husna. Lalu tertawa Puan Husna dibuatnya. Tatkala melihat wajar anaknya yang macam sakit hati aje dengan jawapan nya.
"Nak kahwin dengan siapa ibu.. Eider pun tak ada girlfriend lagi."
"Bunga? bukan ke kamu suka dengan Bunga tu dari dulu lagi."
"Ish ibu ni.. semua benda pasal Eider ibu tahu." Meletus tawa kecli keluar dari mulut Puan Husna.
"Mesti lah tahu anak ibu kot..mesti ibu tahu.."
"..kalau Eider suka dengan Bunga.. terus terang je dengan Bunga jujur dengan dia, bagitahu juga tentang kamu ni yang suka-suka menyamar jadi orang lain ni."
Nasihat Puan Husna pada Eider. Satu-satu anak lelaki yang Puan Husna ada. Atau lebih tepat Eider merupakan anak tunggal dalam keluarga ini.
"Baik ibu..nanti Eider bagitahu dekat Bunga." Kata Eider senyum sambil memegang tangan ibunya. Puan Husna hanya mampu mengangguk.
••༺☆༻••
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.