Usai selesai mencuci dan menbasuh segala pinggang mangkuk dan semuanya tersusun cantik dan kemas. Bunga dan Aurora terus melangkah pergi ke dari dapur untuk menuju ke depan ruangan temu.
Dengan sekilas mata Bunga terpandang ke arah Eider yang berada di luar rumah. Eider mengamit ke Bunga untuk mendekati ke arah nya. Bunga dengan tak betah dengan isyarat Eider terus melangkah pergi ke arah Eider.
"Hi Bunga." Sapa Eider tiba-tiba. Dengan gaya melambai.
"Hi Hafy.." Balas Bunga lalu tertawa kecil dengan sapaan mereka berdua dengan sangat tiba-tiba saja. Punggung di daratkan di kerusi kayu itu yang berada di luar.
Ketika ini mereka sedang duduk di luar balkoni sambli mereka menghirup udara malam yang sedikit dingin hari ini.
"Bunga." Panggli Eider.
"Hmm." Itu saja yang keluar dari mulut Bunga apabila Eider memanggli nama nya.
"Saya nak bagitahu awak something?"
"Apa benda tu.. penting ke?" Bunga menyoal.
"Penting.. penting sangat untuk awak tahu." Eider dengan perasaan gugup nya . Memang inilah rancangan Puan Husna dari awal lagi.
Pada mulanya dia sendiri tidak tahu kenapa Puan Husna suruh dia ajak Bunga untuk datang ke rumah nya. Tapi rupa-rupanya ada udang sebalik batu. Rancangan yang dibuat oleh Puan Husna dalam diam-diam. Puan Husna menyuruh anaknya memberi tahu tentang hal yang sebenarnya kepada Bunga.
Mula-mula Eider tak nak bagitahu lagi sebab dia tunggu masa yang sesuai untuk dia memberi tahu tentang hal ini kepada Bunga, tapi disebabkan dipujuk oleh ibunya. Jadi Eider mengambli keputusan untuk memberi tahu tentang segala perkara itu kepada Bunga. Sekarang ini Eider dan Bunga duduk di luar balkoni di hadapan kolam renang yang luas dan besar itu.
"Penting? bagitahu lah cepat." Balas Bunga. Perasaan yang ingin tahu makin menbuak dalam dirinya.
"Saya sebenarnya..saya sebenarnya.." Bunga masih menanti bicara Eider dengan kerutan di dahinya.
"...saya sebenarnya nak bagitahu.. awak..." Dengan tersekat-sekat Eider berbicara. Mata di pejam untuk seketika. Untuk memberi kekuatan dalam dirinya. Nafas di tarik lalu hembus dengan perlahan. Kelopak mata dibuka semula.
Baru saja Eider ingin menyambung kata katanya balik. Namun Bunga terlebih dahulu sudah membuka bicara.
"Awak nak bagitahu yang awak ni Eider ke, Eider Wakeel!" Kata Bunga lalu badan disandarkan di kerusi itu serta tangan bersilang di dada.
Terkejut dengan pernyataan dari Bunga terus ternganga besar mulut Eider ketika ini. Bagaikan tidak percaya yang Bunga tahu tentang dirinya. Dan Bunga cam dia.
"Yes i know you, you Eider Wakeel." Bunga menutur dengan tenang. Tidak ada langsung riak marah di pemer oleh Bunga ketika ini, yang ada hanya lah senyuman yang diukir dibibir nya sehingga menampakkan lesung pipit nya.
Terkaku Eider untuk seketika apabila melihat senyuman Bunga yang cantik dan comel itu. Sama seperti dulu.
Eider berdehem. Lalu mengeleng perlahan kepalanya.
"Macam mana awak tahu and bila?" Eider bertanya.
"First, waktu awak nak interview kerja tu, mula-mulanya saya tak yakin lah tu awak..tapi saya tengok mata awak betul-betul..lepastu parut kat pengelangan tangan awak tu."
Eider melihat luka kecli dan halus itu lalu menyentuh parut kecli itu yang seperti dihiris dengan benda tajam.
Dan ya. Walaupun kecil tapi kesannya yang sangat perit dan sakit buat diri Eider, sebenarnya itu adalah parut yang hampir membuatkan dirinya tewas di tangan sendiri. Bekas luka itu halus saja dan tak dalam, sebab waktu itu dia tak sempat melakukan perkara tersebut sebab Bunga sampai terlebih dahulu dan menyelamatkan diri dia. Namun dapat dirasa oleh Eider sendiri.
"Dan dari situ saya yakin tu awak.. tapi tula saya tak tahu asal awak nak menyamar pula."
"Saya menyamar sebab nak tengok sama ada awak cam saya tak, tapi bila saya masuk je kat cafe..hm tula yang jadi."
Bunga hanya mampu mengangguk dan gelak hambar dengan pernyataan Eider. Kepala yang tidak gatal itu digaru, tak tahu mahu berkata apa?
"Awak buat semua tu sebab itu jela ni."
Eider mengangguk.
"Tapi waktu tu saya ingatkan awak betul-betul tak cam saya.. sebab tu saya teruskan je, tapi rupanya terbalik awak cam saya."
"Awak ingat saya ni nyanyok ke, awak dulu pun pakai spek mata tau.. nama pun Hafy Wakeel? serius lah tak ada nama lain ke selain nama depan tu." Bunga menyoal tentang nama tu.
"Waktu tu saya tak terfikir pasal nama, saya main rembat je nama tu."
"..lepastu mana tahu awak nyanyok sekejap ke." Tertawa Eider apabila melihat wajar cemberut Bunga.
Jeda.
Sunyi sepi mengisi ruangan mereka berdua yang berada di luar. Dengan angin malam ditiup lembut.
"Awak tak marah ?" Eider memecahkan suasana sunyi itu dengan bicaranya.
"Saya tak nak marah.. saya nak merajuk je." Balas Bunga dengan tangan berpeluk di dada disertakan dengan bibir muncung sedepa.
Meletus tawa besar keluar dari mulut Eider. Tatkala mendengar bicara Bunga sebentar tadi.
Bukan nak marah tapi nak merajuk. Aduhai comelnya.
"Nak saya pujuk lah ni.." Bunga mengangguk.
"Tapi saya tak pandai pujuk perempuan." Dengan terus terang Eider mengatakan. Dengan muka selamba.
"Awak ni..tak sweet langsung lah.."
"Memang la saya tak sweet.. sebab saya manusia bukan makanan sweet." Tertawa besar Eider dengan lawak sendiri. Begitu juga dengan Bunga yang turut ketawa terkekeh-keheh.
Orang suruh pujuk bukannya melawak.
"Awak ni melawak pula erk." Ujar Bunga dengan tertawa masih ada. Tidak terhenti tawa Bunga apabila dia bersama dengan Eider.
"Janji saya buat awak tersenyum dan ketawa bahagia.." Balas Eider lalu tersenyum. Dibalas Bunga dengan anggukkan.
"Eider.." Panggli Bunga.
"Ya Bunga." Sahut Eider.
"Awak ada syarikat sendiri kan?" Bunga memandang ke arah Eider.
Terbuntang mata Eider dibuatnya lalu dia mengangguk perlahan.
••༺☆༻••
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.