Bunyi loceng kedengaran digegendang lubang telinga Bunga dan Aurora. Mereka berdua berpaling ke arah pintu masuk itu. Untuk melihat siapakah yang memasuki ke cafe.
Eider Wakeel.
Dan ya. Dengan tak sabarnya Aurora terus mengatur langkah ke arah Eider. Dengan riaksi muka garang nya.
Bunga hanya mengeleng kepala.
"Nasib awak la Eider." Bisik Bunga.
"Hai Aurora." Sapa Eider tersenyum. Apabila nampak Aurora berjalan untuk mendekati ke arah nya.
"Hai Eider." Sahut Aurora dengan senyuman saja. Terkedu Eider dibuatnya.
Alamak Aurora dah tahu macam mana ni, korang tolong selamatkan Eider dari singa bertina ni!
"Macam mana.." Tergantung bicara Eider apabila Aurora memotong kata katanya.
"Macam mana aku boleh tahu." Eider mengangguk perlahan.
"Dari Bunga.. and kenapa kau nak menyamar jadi orang lain.. sedangkan kau boleh je jumpa Bunga depan-depan..kau tahu kan yang selama ni Bunga cari kau even sampai sekarang kau tak tahu! tapi boleh pula kau menyamar." Bebel Aurora panjang dengan suara tertahan. Muka garang ditayang Aurora.
Sebab ada berapa pelanggang yang sedang duduk bersarapan di cafe sekarang ini. Maklumlah pukul 9 pagi.
Eider mengaru kening nya. Lalu memusing ke belakang. Ada Qhalis yang tengah tahan tawa di belakang nya sambil buat muka meme. Sebenarnya Eider datang sekali dengan Qhalis. Nak kenal kan kepada Bunga dan Aurora tapi lain pula yang jadi.
"Aurora, bagi aku jelaskan dulu.. boleh." Mohon Eider.
Aurora mendengus kasar.
"Siapa dekat belakang kau tu." Tanya Aurora dengan nada lembut semula. Sedari tadi dia nampak ada kelibat seseorang di belakang Eider.
Tapi dia ingatkan pelanggang pada mulanya tapi disebabkan masih duduk berdiri di belakang Eider tu kiranya kawan Eider lah kan.
"Oh ya ni kawan aku..nama dia Qhalis." Jawab Eider lalu menarik lengan Qhalis untuk ke depan sedikit. Qhalis melangkah setapak ke depan. Batang leher digosok sambil menahan dari senyum.
Ya Allah.. cantiknyaa bidadari depan aku ni. Qhalis berkata dalam hati.
Aurora apa lagi terkejut la orang yang dia suka ada didepan mata dia sekarang ini.
Ya Allah.. hensemnya crush aku ni. Getus Aurora dalam hati.
Qhalis yang hanya memakai kemeja putih didalam bersama coat berwarna hitam disertakan juga dengan neck tie bercorak.
"Oh no..oh no..oh no no no no no." Secara tiba-tiba saja Aurora nyanyi dengan riak wajar terkejut nya. Jari telujunk nya digoyang kiri kenan.
Terus ketawa Eider dan Qhalis dibuatnya apabila melihat Aurora dengan secara tiba-tiba saja nyanyi didepan pintu masuk. Bunga yang mendengar pun terus berpaling ke arah pintu masuk itu.
"Dah kenapa la dengan si Aurora ni..boleh pula duk nyanyi depan pintu tu." Ujar Bunga lalu menepuk dahinya sendiri.
"Qhalis ni.. kawan kau ke Eider." Tanya Aurora yang sudah berhenti bernyanyi. Dan ya terus hilang perasaan marah dia dekat Eider. Selepas dia bertemu mata dengan Qhalis.
Buat malu orang aje. Tiktok punya pasal lah ni, terngiang-ngiang lagu tu dalam kepala otak aku.
"Haah, kawan tapi lebih kepada personal assistant aku." Jawab Eider senada.
Qhalis berdecit kecil. Alah baru nak acah-acah jadi macam member. Qhalis berkata dalam hati.
Dalam hati aje yang mampu berkata kalau cakap dari mulut.. takut.
"Tak kesah la PA ke apa ke janji dia kawan kau juga, kan Qhalis." Tutur Aurora. matanya begitu fokus ke arah Qhalis.
Qhalis mengangguk betul. Tak lari mata Qhalis memandang Aurora ketika ini.
Asal dia tenung aku macam tu, malu aku? Aurora berkata dalam hati.
Jari di petik kuat oleh Eider untuk menyedarkan Aurora dan Qhalis yang masing-masing macam dalam dunia sendiri.
Tersentak mereka berdua apabila mendengar petikkan kuat itu. Terus Aurora memandang ke arah Eider dengan kening dinaikkan ke atas tanda soal kenapa?
••༺☆༻••
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.