Mula Tulis: 01hb Ogos 2024 (10:43AM) - Khamis
Ketika menulis di pejabat kerja di Cyberjaya."Maaf, bang. Tumpang tanya. Literal Coffee dekat sini ke?" tanya aku pada seorang brader yang sedang rileks di pintu masuk parking berpagar.
Dahinya berkerut, lalu menyebabkan aku terus berasa tidak yakin dengan nama kedai yang diberikan sebentar tadi. Atau mungkin juga dia berang kerana aku menganggunya yang sedang khusyuk melihat wanita bergelek di Tiktok.
"Alamak bang, saya pun baru seminggu dekat sini. Tak pasti pulak. Sekejap ya," ujarnya sebelum bergerak ke arah pondok pengawal keselamatan. Aku mengambil kesempatan yang agak singkat itu untuk melihat semula nama kedai di phone. Ternyata, kerutan dahi brader tadi adalah disebabkan aku yang salah memberi nama kedai.
"Joe, ada kedai nama Literal Coffee tak dekat sini?"
"Sorry bang, maaf. Bukan Literal Coffee. Liberal Café," aku memperbetulkan semula nama kedai.
Kali ni, dahi Joe pula yang berkerut. Sekali lagi, aku melihat phone untuk memastikan nama tempat. Namanya betul. Kemudian, aku curi lihat skrin telefon yang dia sedang tatap dari tadi. Juga ada perempuan gelek. Aku syak benda yang serupa untuk Joe.
"Oh! Bang. Dah ingat. Puas saya memikir tadi, Liberal Café ni, abang kena keluar balik. Ada satu simpang one way. Abang naik motor kan? Malam macam ni tak banyak kereta. Jadi boleh je lawan arus. Liberal Café ni dekat bangunan yang belah sana bang," ujar Joe sambil menunjuk ke arah bangunan yang agak jauh pada aku. Sekali lagi, aku salah dalam menilai kerutan dahi seseorang.
"Kalau jalan kaki, jauh tak?"
"Pada saya okay je bang. Tak jauh sangat. Dekat je," ujar Joe.
"Ha'a bang. Lagipun, laluan pejalan kaki ada tu. Boleh jalan," tambah brader yang pertama.
Aku mengukur jarak bangunan itu menggunakan mata dan kata hati. Sambil turut sama berbincang dengan lemak perut yang minta dikasihani. Lemak perut menang.
"Tak apa la bang, saya naik motor la ya. Terima kasih bang," ujar aku sambil menunduk kepala.
Kali ni, dua-dua dahi mereka berkerut sebaik mendengar keputusan aku. Dan aku terus mengambil keputusan untuk bersara menjadi tukang tilik dahi yang berkerut secara rasminya.
Tu mesti kejap lagi nak mengata aku gemuk tu. Tidakkah mereka tahu aku sekarang sedang dalam mood diet? Kesannya belum nampak tapi otot-ototnya sedang hebat membina terutamanya di sekitar lemak? Ah, cuma yang ahli saja faham apa yang cuba aku sampaikan ni.
Aku sekarang dalam mode rushing sebenarnya. Rizal mengajak aku untuk melihatnya membuat persembahan open mic di Liberal Café malam ini.
"Persembahan pukul 8PM. Datanglah ya," ujarnya melalui Whatsapp pada beberapa hari lepas.
Sekarang, jam sudah menunjukkan pukul 8:15PM.
Di atas motor tadi, isteri aku sudah menasihati aku melalui telefon kerana sikap aku yang selalu tidak menepati masa.
*******
"Kesian Rizal tu. Dia mesti menunggu. Sekali abang datang lambat pulak. Tak baik tau buat orang macam tu," ujarnya dengan penuh lemah lembut.
Aku yang sedang speeding dia atas motor terus dengan pantas mengucapkan sorry dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.
*******
Ketika aku melawan arus, mata aku meliar mencari mana satu bangunan yang dimaksudkan. Ke semua bangunan di situ adalah bangunan pejabat. Hampir mustahil hendak ada sebuah kedai. Aku mula syak yang ia adalah cuma di kantin rehat para pekerja saja. Lalu, aku pun masuk ke salah satu pintu masuk pagar bangunan dan mencari kalau-kalau ada nama kedai tersebut terpampang di mana-mana. Ketika sedang melilau, aku terdengar nama aku dipanggil. Aku menoleh dan melihat Rizal sedang duduk dengan seorang lelaki yang memakai pakaian orang bekerja pejabat.
YOU ARE READING
Sembang Mikael (New)
RandomKetika kopi, senja, dan kenangan lama, sama-sama datang menemani jiwa yang sentiasa mahu bercerita. Sama feel-nya seperti petang kau yang ditemani air teh O dan cekodok panas. Bersama rakan berbual yang sentiasa berborakkan segala macam hal. Kalian...