19 Oktober 2020 16:51PM
Di surau pejabat – Ketika mendengar Bees, nyanyian The Ballroom Thieves.
Aku tak pasti apa faktor yang sebenarnya. Sama ada aku dari sudut kesihatan fizikalnya memang tak sihat, ataupun secara mentally aku tengah suffer.
Tapi setiap kali aku tidur dan terjaga di tengah-tengah, aku rasa jantung aku baru lepas berdegup kencang, nafas sedikit mencungap dan berat, macam selangkah saja lagi hendak menuju mati.
Walhal mimpi aku biasanya bersifat santai dan overwhelm.
Macam sebentar tadi, ketika aku tidur tengahari bagi memperbaiki kepala aku yang peningnya lain macam, aku mimpikan kampung aku yang di Temerloh Pahang. Aki dengan Wan ambil keputusan untuk buat major renovation di rumah mereka. Di bahagian belakang, ada satu kolam renang yang luas, tapi berada dalam dua tingkat ke bawah tanah. Cara access yang aku boleh lihat hanyalah melalui terjun tiruk dari tingkat yang aku sedang duduk sekarang.
Di bahagian hadapan, ada sebuah pintu gerbang yang dibina sebelah kanan hujung, dan jalannya melingkar seperti ular menuju ke pintu depan. Di kiri kanan laluan itu, ada semacam bukit menghijau yang kecil tapi cukup untuk menyembunyikan jalan itu jika kau berdiri dan melihat dari pintu depan.
Ketika itu juga, ada semacam hari keluarga sedang berlansung. Semua keturunan Aki ada di sana. Enjoy dengan rumah yang ada features baru. Aku sendiri dalam mimpi itu, agak kelam kabut sebab nak explore rumah baru.
Sebenarnya, kerja pembinaan ini sangat aneh. Kerana ia melanggar segala hukum logik fizik dan kemahuan kedua-dua Aki dan Wan dalam dunia realiti. Namun, dari dalam mimpi itu Aki menceritakan semuanya secara bersungguh. Ia juga datang bersama perasaan yang rumah ini kelak, akan diberi pada aku. Ini mungkin keinginan bawah sedar yang aku pupuk secara tidak sengaja.
Tengah begitu punya bagus mimpi, aku terjaga dalam keadaan terlentang. Dada terasa berat untuk mengepam darah dan setiap tarikan nafas menjadi beban. Situasi sama di setiap kebanyakan masa aku bangun dari tidur.
Satu benda yang pasti tentang semua ini.
I'm not happy as I should be. Dan aku mencari ketenangan dalam tidur. Hampir setiap hari sebelum tidur, aku akan membayangkan yang aku akan mati.
Bukan, ni bukan rasa ingin mati yang bunuh diri. Tapi lebih kepada badan aku ada bagi beberapa signal yang boleh jadi aku akan salah tafsir. Susah nak explain pada orang lain, cuma kita saja yang boleh baca dan hadam.
Tempat kerja aku sekarang agak stress dan lapang dalam masa yang hampir serentak. Aku suka dengan benda yang aku buat, tapi prestasi syarikat menyebabkan aku rasa tertekan untuk meneruskannya. Rasa terhimpit dan aku sendiri buntu tentang apa yang patut dibantu supaya syarikat boleh beroperasi seperti sedia kala.
Dalam masa yang sama, Ayah beberapa minggu lepas memberitahu yang dia sedang menghidapi sakit buah pinggang. Menuju kritikal dan akan memerlukan rawatan dialysis dalam tempoh dua bulan dari sekarang.
Aku...takut.
Dan dalam dunia yang serba tidak tentu dan penuh kacau bilau ini, setiap kali aku mengingati berita yang macam ni, aku rasa nak menangis.
*******
Hari yang sama, 19:24PM
Aku terhenti agak lama sebelum aku menyambung semula penulisan.
Plan asal, catatan ini akan terhenti sampai yang atas. Tapi, ada beberapa hal yang tiba-tiba berlaku baru sekejap tadi.
Panggilan telefon dari yang tercinta, menceritakan tentang beberapa perihal berita buruk, namun sebenarnya lebih kepada berita baik in disguise. (Period pain, pertukaran shift, dan penambahan skop kerja).
Aku dapat bantuan kewangan untuk mengembangkan bisnes kedai photostat Ayah. Bermakna kedai ayah aku kelak akan lebih nampak macam sebuah kedai.
Kedua, Ibu Ayah dah selesai buat kenduri doa selamat untuk rumah baru. Bermakna bermula malam ini, mereka berdua akan tidur di rumah baru yang aku belikan untuk mereka. Cara mereka bercerita tentang keterujaan rumah baru, buat aku rasa dunia tidaklah begitu kejam.
Nampaknya, Tuhan masih sayangkan aku.

YOU ARE READING
Sembang Mikael (New)
RandomKetika kopi, senja, dan kenangan lama, sama-sama datang menemani jiwa yang sentiasa mahu bercerita. Sama feel-nya seperti petang kau yang ditemani air teh O dan cekodok panas. Bersama rakan berbual yang sentiasa berborakkan segala macam hal. Kalian...