" Shopping ke?" Tegur suara lembut seseorang.
Arlyn pantas menoleh kearah empunya suara.
" Eh Kak Rina, sorry tak perasan pula."
" Mana nak perasan, menung sampai tembus dinding dah kak tengok. Rindu boyfriend?"
Arlyn tergelak.
" Takde kak, jauh sangat fikir tu. Boyfriend pun Lyn takde lagi."
" Ni buat apa berdiri kat sini? Tunggu orang ke? " Soal Karina.
Sewaktu dia keluar dari kedai pakaian, terus sahaja anak matanya menangkap kelibat Arlyn yang tegak bersandar pada dinding putih. Seperti termenung.
" Haah, tunggu kawan pergi tandas." Arlyn memuncungkan mulut kearah tandas yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
" Patutlah. Banyak betul shopping tu " Karina ramah menegur. Dia melirik ke tangan Arlyn yang hampir penuh dengan beg plastik.
" Adalah sikit, yang lebih ni kawan punya. Kak pula buat apa sini? Shopping juga ke?" Arlyn turut menyoal ramah. Namun dilihatnya tangan Karina masih kosong. Hanya beg tangan yang disilang pada badan.
" Jalan-jalan. Kejap lagi kak nak pergi makan. Tapi saja round-round dulu tengok barang, cuci-cuci mata."
" Eh, Kak Doktor!" Satu suara menegur. Serentak Arlyn dan Karina menoleh.
Erin berjalan menghampiri mereka.
" Hai adik...tak sangka jumpa sini." Karina melambai kecil pada Erin. Teruja.
Arlyn mengerutkan dahi.
" Ha kan, adik pun lama tak jumpa kak doktor. Tak sangka pula boleh terserempak ." Erin yang bersuara gembira, memeluk tubuh Karina. Karina membalas erat.
" Korang kenal ke?"
Arlyn pantas menyoal sebaik kedua mereka merenggangkan pelukan. Ingin menghilangkan persoalan yang bermain di minda
" Gila tak kenal, ni kak sepupu aku yang paling rapat. Anak buah kesayangan mummy daddy aku. Dah kira macam kakak aku dah."
" Adik kenal ke Arlyn?" Giliran Karina pula menyoal pada Erin. Sebelah tangannya memeluk mesra bahu Erin.
" Ni lah bestfriend merangkap housemate adik." Erin memperkenalkan Arlyn pada Karina.
" Lah, kecik betul dunia. Pusing-pusing situ juga orangnya. "
" Kak macam mana boleh kenal Arlyn? Dah lama ke kenal? Kau tak pernah cerita pun kat aku." Marah Erin pada Arlyn. Marah-marah manja.
" Mana aku nak tau Kak Rina ni saudara kau. Kalau aku tau memang awal lagi aku dah cerita." Arlyn membela diri.
" Ye tak ye juga kan." Erin tergelak.
" Kitorang baru kenal lah dik, itupun sebab Arlyn tolong kak." Karina menerangkan ringkas.
Erin hanya membuat 'ohh' dan mengangguk perlahan.
"Eh, korang ada nak pergi mana-mana lagi tak lepas ni? "
Arlyn memandang Erin, Erin turut memandang Arlyn. Saling bertanya melalui anggukan dan gelengan kepala.
" Takde kot, maybe balik terus." Balas Erin
" Okay cun, korang teman kak makan lah. Boleh? Lama tak jumpa adik, boleh sembang-sembang lama sikit sambil makan nanti." Ujar Karina, mencubit geram pipi Erin.
Erin mengaduh sakit.
" Of course boleh, yang penting kak belanja." Balas Erin tergelak. Dikenyitkan mata pada Karina.
YOU ARE READING
Ice & Love (GxG)
Romance"She trusts you." - Unknown - KARLLYN SEBASTIAN...a.k.a bos..Pemilik syarikat minuman yang dingin + garang, nak tengok dia senyum?? Jangan harap ... Kisah lama yang perit menjadikan dirinya yang sekarang " Hidup aku dah lama kosong." . JESSIQA ARL...