IL 8 : Nota

512 44 4
                                        

Arlyn meletakkan beg tangan diatas meja kerjanya. Suasana pejabat sunyi kerana masih awal. Sengaja dia tiba awal ke pejabat hari ini, kerana ada sesuatu yang ingin dilakukan.

Jarum pendek jam dinding menunjukkan ke angka tujuh.

Sticky note berwarna pink yang terletak diatas meja dicapai. Berserta ball pen berwarna hitam. Sesuatu di catit diatas kertas empat segi berwarna pink tersebut.

Siap menulis, kertas tersebut dicabut.

Dia berjalan menghampiri pintu pejabat milik Karl.

Pintu kaca ditolak perlahan. Gelap.

Suis lampu pada dinding ditekan. Cahaya mula menerangi bilik.

Kertas - kertas dan fail yang masih berselerakan diatas lantai pejabat serta meja kerja Karl memenuhi pandangan mata.

Arlyn melangkah masuk.

Dia menghampiri meja Karl, diatasnya juga terdapat beg kertas hitam yang dibawa Arlyn tempoh hari.

Masih dalam keadaan sama seperti yang tinggalkan.

Arlyn membuka beg kertas, lalu meletakkan kertas empat segi berwarna pink tersebut didalamnya.

Usai sahaja, Arlyn terus tunduk mengutip satu persatu helaian kertas diatas lantai.

Begitu juga fail-fail Karl yang berselerak diatas meja...

Ya, inilah 'sesuatu' yang ingin dilakukan Arlyn. Sengaja dia datang awal kerana mahu membantu mengemas bilik pejabat Karl sebelum bosnya itu tiba.

Dia menyusun helaian demi helaian kertas mengikut nombor muka surat pada setiap kepingan kertas.

" Ehem! " Suara orang berdehem.

Lantas Arlyn panggung kepala.

Karl yang mengenakan sut lengkap berwarna nude, dan dilapisi kemeja putih tegak berdiri dihadapan pintu, sebelah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Manakala sebelah tangan lagi membimbit beg kerja berwarna hitam. Potongan rambut gaya two block menonjolkan lagi karisma Karl.

" Bos! " Arlyn terus meletakkan fail yang dipegang.

" What are you doing in my office?" Soal Karl serius. Berjalan menghampiri Arlyn.

Arlyn berundur dari meja. Liur ditelan terasa kesat.

Tanpa sedar belakang tubuh Arlyn terasa menyentuh rak fail yang berada dibelakang meja Karl.

" Apa kau buat dalam bilik aku?" Soal Karl sekali lagi

Dia sudah tegak berdiri dihadapan Arlyn.

Arlyn terperangkap diantara rak fail dan Karl.

Semakin kecut perut jadinya.

" Sa..saya...cuma..."

" Cuma?" Soal Karl

" Saya cuma kemaskan bilik bos. Haritu kita tinggalkan office tergesa-gesa. Tak sempat nak kemas." Beritahu Arlyn.

" Ada aku minta kau buat?" Tanya Karl lagi. Masih serius, menatap Arlyn yang lebih rendah darinya.

" Ta..takde."

" Then? Siapa benarkan kau masuk." Tegas.

Arlyn diam tertunduk. Takut.

Dia sedar dia melakukan kesalahan kerana masuk tanpa izin dari Karl.

Karl mengangkat tangan....

Dua jarinya menyentuh dagu Arlyn...

Ice & Love (GxG) {ONGOING}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang