IL 13: Panas

156 24 3
                                    

Arlyn P.O.V
.
.
Aku membuka pintu bilik air, dan melangkah keluar dengan mengenakan gaun tidur berwarna krim separas lutut, dan berlengan pendek paras bahu.

Rambut aku sengaja biarkan lepas usai membersihkan diri tadi. Sejujurnya aku masih rasa kurang bertenaga, namun aku gagahkan juga untuk membersihkan diri terlebih dahulu.

Aku melabuhkan duduk diatas katil King bercadar kelabu, memandang persekitaran bilik yang luas. Sama luas, atau bahkan lebih luas dari ruang tamu rumah sewa ku.
.
.
.
.

" Budak, dah sampai." Sayup suara bos perlahan mengejutkan aku yang entah bila terlelap.

Aku mencelikkan mata yang terasa berat. Terasa seperti di awang-awangan. Kot labuh milik bos yang aku jadikan selimut menutup badan, aku alih perlahan.

Aku memandang persekitaran yang agak asing.

' Ni bukan kawasan rumah sewa aku.'

Berkali-kali aku mengerdipkan mata, yalah mana tahu aku masih bermimpi.

" Kita dekat mana ni?" Soal aku, memandang bos yang mula mengambil barangan yang diletakkan di tempat duduk belakang.

" Rumah." Ringkas.

" Tapi ni bukan rumah saya."

" Memanglah, ni kan rumah aku. Aku tak kata pun aku nak hantar kau balik rumah sewa kau."

Ah sudah! Susah betul bila dapat bos yang panjang akal macam ni. Ada saja benda yang dia nak putar belitkan.

" Apa saya nak buat dekat sini? "

" Buat apa lagi, rehatlah. Rest, tidur, makan sampai kau betul-betul sembuh."

Kepala aku terasa pusing semula. Semakin letih rasa nak layan kerenah tak dijangka bos yang satu ni.

" Bos, hantar saya balik. Saya tak nak duduk sini. Saya nak balik rumah saya, biar saya rest dekat rumah." Arah aku.

" Ini pun rumah kan, lebih selesa dari rumah sewa kecik kau tu. Ada aircond, bilik luas, katil besar...wifi free, boleh tengok Netflix." Bos tersengih.

Aku mengeluh...

" Bos..." Ucapan aku terhenti apabila bos tiba-tiba mendekatkan diri kepada aku. Sebelah tangan dia menyentuh pada dashboard kereta.

Aku berundur sedikit, menjarakkan diri kerana kedudukan kami yang terlalu hampir. Mahu putus nafas aku dibuatnya.

" Kau nak dengar cakap aku ke tak? Tak nak dengar takpe. Aku boleh je hantar kau balik, tapi aku potong gaji kau separuh sebab dah buang masa aku yang berharga ni, lepastu susahkan aku kena pusing hantar kau balik."

Aku rasa macam nak hantuk kepala orang yang ada depan aku sekarang ni. Bukan aku yang minta dia bawa aku ke sini, lepastu nak salahkan aku pula .

" Saya tak kata pun..."  Ayat aku dipotong oleh bos...

" Atau kau nak ganti dengan cara lain?"

Bos mendekatkan wajahnya...

Tatapan tajam anak mata bos turun perlahan-lahan ke bibir aku...

Semakin aku menjarakkan diri, semakin dia mendekat...

Oh no! Dia nak buat apa?

" Yelah, yelah." Aku pantas membuka pintu kereta, melarikan diri dari ruang sempit yang menyesakkan nafas. Jantung aku rasa nak tercabut...sipi-sipi lagi bibir bos nak kena bibir aku...

Ice & Love (GxG)Where stories live. Discover now