IL 6 : Loky

227 27 4
                                    

Arlyn tegak berdiri dihujung kaki katil. Memandang sayu. Rasa kasihan kepada susuk tubuh yang sudah tertidur diatas katil bersaiz King.

Karina yang duduk di sisi katil, membetulkan selimut tebal berwarna kelabu. Memperkemaskan biar hingga ke paras dada Karl.
.
.
.
.
"Kita hantar bos ke hospital." Arlyn memberi cadangan.

" No! Aku nak balik." Suara Karl menegah.

Tiba-tiba sahaja dia bangkit, cuba untuk berdiri. Dalam keadaan terhuyung-hayang.

Cepat - cepat Arlyn dan Karina ikut bangun dari lantai. Bersedia sebarang kemungkinan.

Tidak lama, Karl hampir tumbang semula.

Mujur sempat disambut oleh Arlyn dan Karina.

Karl jatuh ke dalam pelukan Arlyn.

" Eii makcik ni lah, degil sungguh." Bebel Karina.

" Dah tau sakit, nak acah kuat pula. Biar aku je hantarkan kau balik." Sebelah tangan Karl ditarik lalu diletakkan diatas bahunya. Hendak memapah Karl yang masih lemah.

Karl berpindah kesisi Karina.

" Beratnya kau." Karina tidak berhenti membebel.

" Bising lah." Karl bersuara lemah. Masih terasa pening.

" Takpa miss, saya boleh tolong miss bawa bos sampai kereta." Arlyn menawarkan diri untuk membantu.

Arlyn mendekat. Telefon bimbit miliknya dan Iphone 15 Pro milik Karl sempat dicapai.

Tangannya dilingkarkan pada pinggang Karl untuk menampung berat, manakala lengan Karl sebelah lagi diletakkan diatas bahunya.

Karl diam.

Hanya membiarkan.

Mereka bertiga berjalan perlahan-lahan meninggalkan ruang pejabat, lalu menuruni lif hingga ke tempat parkir kereta di tingkat paling bawah.

Mereka mendekati kereta jenis Honda berwarna putih yang terparkir tidak jauh dari pintu masuk kawasan letak kenderaan. Kaki Arlyn hanya mengikuti langkah Karina dan Karl.

Tiba sahaja ke sisi kereta miliknya, Karina membuka pintu tempat duduk penumpang di belakang.

Arlyn pantas melepaskan pelukan pada pinggang Karl, dan beralih sedikit. Memberi ruang.

Karl terus sahaja melabuhkan duduk pada kerusi penumpang belakang. Kepalanya disandarkan pada kerusi. Memejamkan mata.

Karina pula sudah bergerak kearah bahagian pemandu.

Melihatkan kedudukan Karl seperti tidak selesa...

Arlyn menunduk..

Membantu membetulkan kedudukan kepala Karl, dengan meletakkan bantal pada belakang kepalanya.

Mata Karl masih terpejam.

Namun...

Haruman dari minyak wangi yang dipakai Arlyn dapat dihidu Karl. Menandakan kedudukan mereka terlalu hampir.

Dia sedar orang yang berada disisinya bukanlah Karina. Kerana dia mengenali wangian yang selalu digunakan oleh sahabat baiknya itu.

Wangian kali ini baru pertama kali dihidu. Tetapi... Dia suka...terasa membawa hingga ke hati...

Ice & Love (GxG)Where stories live. Discover now