IL 12: Okay tak?

454 35 1
                                        

Karl P.O.V
.
.
.
Beberapa minggu kemudian...

Aku melabuhkan duduk pada sofa kelabu asap yang diletakkan bertentangan dengan smart TV bersaiz 65 inci.

Tangan aku menekan punat pada alat kawalan jauh televisyen, mencari cerita atau siaran yang menarik untuk ditonton. Siaran bertukar silih berganti. Pada akhirnya aku hanya membiarkan siaran berita yang terpasang.

Aku memandang jam yang tergantung pada dinding.

"Dia dah sampai rumah agaknya."

Bunyi loceng dari collar tag Loky menandakan dia menghampiri sofa yang aku duduki.

Telefon pintar berlogo Apple yang aku letakkan diatas meja kaca, aku capai.

Aku menangkap gambar Loky yang duduk menghadap ke arah aku dengan wajah comel puppy face nya.

Nama seseorang aku cari pada aplikasi WhatsApp....

Nama seseorang aku cari pada aplikasi WhatsApp

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Loky kata Goodnight

Send. Berserta gambar yang aku tangkap sebentar tadi.

Aku sambung menonton berita yang terpasang pada kaca TV.

5 minit...

10 minit...

20 minit...

Masih tidak ada tanda-tanda balasan dari orang disebelah sana.

Aku membuka semula aplikasi hijau tersebut. Nama yang sama aku buka...

Masih double tick...maknanya belum dibaca.

Kebiasaannya dia akan balas dalam tempoh 5 minit paling lewat. Jarang-jarang dia lambat untuk membalas pada waktu begini. Kerana sudah beberapa minggu ini kami saling chatting, terutama sebelum masuk tidur. Meskipun sekadar ucapan Good night serta Good morning .

"Dah tidur ke budak ni?" Aku bercakap sendiri, memandang jam yang tertera pada skrin atas telefon.

8.40 malam.

"Awal lagi, selalu dia tidur jam 11."

Aku mengusap dagu, berfikir.

Woof!

Salakan kecil Loky menarik perhatian aku.

"Should i call her?" Aku menyoal Loky, seolah dia boleh memahami bahasa manusia.

Woof!

Ice & Love (GxG) {ONGOING}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang