Sekejap - sekejap dia memandang jam yang tergantung pada dinding office.
Sekejap - sekejap dia mula bangun, mengemas meja kerja yang sudah sedia kemas.
Kemudian duduk semula.
Menggerakkan tetikus pada tangan, membuka file kerja di dalam komputer dihadapannya.
Buka file 1, kemudian tutup...
Buka file 2, kemudian tutup...
Jari jemari tangannya tidak berhenti bergerak, meramas - ramas tangan.
Resah.
.
.
.
."Arlyn, bad news." Belum sempat Arlyn melabuhkan duduk pada kerusi, Madam Sarah sudah terlebih dahulu menyerbu kearahnya.
"Kenapa? Bos tak jadi terima cadangan Lyn ke?" Arlyn mula meletakkan beg tangan serta bag laptop diatas meja.
"No, lagi teruk." Madam Sarah yang terlebih resah. Tangannya mula mengipas-ngipas wajah, seperti kepanasan.
"Bos awalkan meeting?"
"Bukan..." Madam Sarah menggeleng pantas, tangannya digerak ke kiri ke kanan tanda menidakkan.
Madam Sarah menelan liur sebelum menyambung...
"Bos nak Lyn present dalam office dia. Bentang depan dia sorang, bukan dalam meeting."
"Hah?" Arlyn tergamam.
"Madam janganlah bergurau." Wajah Arlyn berubah cuak.
Melihat anggukan daripada Madam Sarah, serta merta terasa meremang seluruh badannya.
.
.
.
.Sebaik mendapat 'arahan' sejak awal pagi tadi, Arlyn merasakan hidupnya tidak lagi tenteram. Ada sahaja benda yang tidak kena.
Itu salah, ini salah.
Duduk salah, berdiri pun salah.
Bagai cacing kepanasan.
Jam dinding sudah menunjukkan 2.25 petang.
Makan tengahhari tadi pun, terasa tidak berselera jadinya. Asal kunyah dan telan. Hilang terus rasa nikmat makan.
Bentang didalam bilik meeting, dihadapan orang ramai lebih mudah dirasakan berbanding perlu membentang di hadapan bos sendiri. Lebih-lebih lagi bila dapat bos segarang dan setegas bos yang seorang ni.
'Haihlah jantung, kau tak penat ke hari ni. Asyik nak berdebar je.' Arlyn menyentuh perlahan pada bahagian dadanya yang dilapisi kemeja lengan panjang berwarna putih.
Dipadankan dengan skirt labuh berwarna coklat gelap dan berkasut tumit tinggi.
Rambut coklat gelap separas dada miliknya pula diikat dengan gaya half ponytail. Sebahagian rambut pada bahagian belakang dibiarkan lepas.
Ting
Bunyi lif tiba diaras mereka.
"Bos, bos." Suara staff berbisik kedengaran. Beberapa orang berjalan pantas kembali ke tempat duduk masing-masing.
Kelibat Karl berkaca mata hitam dengan rambut digayakan sedikit messy keluar dari perut lif, menarik mata Arlyn untuk memandang.
Karl mengenakan blazer kelabu, berkemeja hitam yang di tuck in didalamnya serta seluar dan kasut yang juga berwarna hitam, sudah seperti seorang model yang sedang memperagakan pakaian.
YOU ARE READING
Ice & Love (GxG)
Romance"She trusts you." - Unknown - KARLLYN SEBASTIAN...a.k.a bos..Pemilik syarikat minuman yang dingin + garang, nak tengok dia senyum?? Jangan harap ... Kisah lama yang perit menjadikan dirinya yang sekarang " Hidup aku dah lama kosong." . JESSIQA ARL...