Update Rank:
#2/882 in lgbt (6 April 2025)
#2 in WLW (x ingt)
#2 in GL (x ingt)
KARLLYN SEBASTIAN...a.k.a bos..Pemilik syarikat minuman yang dingin, berat mulut, dan agak tegas.. nak tengok dia senyum?? Jangan harap ... Trauma lama dan keperitan keh...
"Lambat balik." Tegur Erin yang duduk menonton TV di ruang tamu. Dia berpaling kearah pintu sebaik mendengar bunyi pintu grill rumah dibuka.
"Aku keluar makan dengan Neil." Arlyn yang baru menutup semula pintu rumah, menjawab. Ditangannya terdapat beg laptop serta beg kertas yang berwarna hitam. Pada beg kertas tersebut terdapat logo jenama yang terkenal.
Erin mengangguk faham. Matanya kembali difokuskan ke kaca televisyen. Menyambung menonton drama.
Arlyn berjalan kearah sofa yang diduduki Erin, ikut sama melabuhkan punggung. Beg kertas tersebut diletakkan diatas meja kopi dihadapannya. Berserta beg tangan yang tersangkut dibahu sejak tadi.
Arlyn menyandarkan badan pada sofa. Melepaskan lelah.
Erin melirik kearah beg kertas milik Arlyn. Terbuntang matanya kerana terkejut. Pantas dia memusingkan beg kertas tersebut kearah dirinya, biar lebih jelas apa yang dilihat tadi.
"Fuyoo, sejak bila kau minat pakai barang branded macam ni. Dapat bonus ke apa?" Soal Erin.
"Hah? Oh, tak, tu bukan untuk aku." Ujar Arlyn sambil melepaskan ikatan rambut. Sempat di sisir menggunakan jari jemarinya. Lega.
"Habistu? Sapa punya?" Erin mencapai beg kertas dan diletakkan diatas riba.
"Aku buka boleh?" Erin meminta izin.
Arlyn mengangguk, membenarkan.
Pantas tangan Erin mengeluarkan kotak berwarna hitam. Diatas kotak turut terukir logo jenama dengan tulisan berwarna silver.
Erin membuka penutup kotak.
"Ni kasut lelaki, kau nak bagi siapa? Nak bagi Neil ke? Kenapa tak bagi terus je tadi? Kan korang keluar makan sama?" Bertubi -tubi Erin menanyakan soalan sebaik melihat isi didalam kotak. Umpama peluru dilepaskan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Banyaknya soalan kau. Senafas je dah empat soalan." Ujar Arlyn tergelak.
"Eee, cepatlah cerita. Aku curious ni. Ke kau dah ada boyfriend? Kau couple dengan Neil eh?" Erin bersuara lagi.
"See, aku tak jawab lagi kau dah tanya soalan lain. Kau patut jadi reporter lah. Kau tukar je lah kerja kau sekarang. Try minta jadi reporter mesti dapat."
"Ye,ye aku cerita." Arlyn mengubah posisi duduk, menghadap Erin yang masih memegang kotak kasut tersebut. Beg kertas sudah kembali diletakkan diatas meja kopi.
"Aku beli kasut ni untuk bos."
"Bos? Si Karl tu? Kenapa? Birthday dia ke?" Baru sebaris Arlyn bercerita, Erin menyampuk semula.