IL 11: Marah

306 31 7
                                    

Arlyn membetulkan bantal tidur yang dilapisi sarung berwarna pink. Bersedia untuk tidur. Terpandangkan majalah yang diletakkan ditepi bantal,
tangannya pantas mencapai. Wajah kaku pada muka hadapan tersebut diusap.

" Diam-diam sweet juga kan bos ni." Dia tersenyum sendiri.

Arlyn melirik kearah rak kecil di tepi katil. Lebih tepat kearah bunga ros pemberian Karl yang diletakkan di dalam gelas lutsinar berisi air.

" Tak pernah aku dapat bunga dalam seumur hidup, bos orang pertama bagi ...Aish..." Arlyn tersipu malu. Angau.

Badannya direbahkan ke katil. Majalah Biz up tersebut dipeluk erat. Masih tersengih sendirian.

" Comel lah bos ni, garang-garang pun cute je bagi bunga nak minta maaf. Mana tak cair bila tengok senyuman dia tu...lesung pipit dia ....Aaaa..." Arlyn menarik bantal lalu menekup mulut. Dia menjerit kecil. Terlalu bahagia .

Ting!

Bunyi notifikasi telefon Arlyn.

Dia meraba-raba sekeliling katil, mencari telefon. Dapat sahaja, terus telefon tersebut dibuka.

Membulat mata Arlyn memandang penama yang menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp. Pantas dia mendudukkan diri.

My Boss 🤍
Good night!

' Oh my God! Aku tengah mimpi ke ni?'

Berkali-kali mesej tersebut dibaca tidak percaya. Hati Arlyn semakin berbunga.

Sekali lagi bantal menjadi mangsa teriakan Arlyn...

Aaaaaa......
.
.
.

Tidak lama, Arlyn seperti tersedar.

" Ke bos salah send ?"

" Mustahil bos nak chat aku tiba-tiba kan?"

" Aku nak kena reply ke ni?"

Arlyn menyoal diri. Berkira - kira mahu membalas namun separuh dirinya seperti menghalang. Jari jemarinya bermain-main pada skrin telefon. Antara mahu menaip atau tidak.

" Bos salah send kot. Mesti kejap lagi dia delete." Arlyn memilih untuk membiarkan mesej tersebut.

" Hmm...kan best kalau betul bos send chat dekat aku." Arlyn mengeluh sedih. Hilang perasaan teruja tadi. Telefon bimbit tersebut diletakkan di atas rak kecil di tepi katil.

Baru hendak membaringkan diri, bunyi notification yang berkali-kali masuk menghalang niat Arlyn.

Ting!
Ting!
Ting!

Arlyn terus membuka semula telefon yang baru sahaja dia letakkan.

My Boss 🤍
Kau bluetick aku ?????

My Boss 🤍Kau bluetick aku ?????

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ice & Love (GxG)Where stories live. Discover now