IL 10: Hantar

476 43 0
                                        

Arlyn P.O.V

" Arlyn dengan Karl, kak dengan Erin." Beritahu Kak Karina pada aku.

" Ala, kenapa? Biarlah Lyn dengan Erin."

" Atas permintaan seseorang. " Ujar Kak Karina, tersengih.

Huh! Aku tahu ni kerja siapa.

Aku melirik kearah Erin yang berdiri di belakang Kak Karina. Dia menjelirkan lidah pada aku. Sengaja menyorokkan diri.

Tahu takut!

" Kak please! Lyn dengan Erin eh." Aku merayu.

'Tak nak lah team dengan bos. Malu siang tadi tak hilang lagi.' Hanya mampu aku ucapkan dalam hati.

" Nope. Aku dengan Kak Doktor. Kau dengan bos 'tercinta' kau. " Erin memperlahankan suara semasa menyebut perkataan 'tercinta' .

' Dia ni memang nak kena tau. Habis-habisan betul dia kenakan aku hari ni. Kau tunggu balik rumah kejap lagi. Siap! '

Kecik besar je aku tengok budak Erin ni.

Datang ke tempat bowling ni pun Erin punya kerja lah. Ingatkan lepas makan tadi dah boleh terus balik. Eh! Dia boleh pula terima cadangan Kak Karina untuk bermain bowling.

" Arlyn! " Suara bos memanggil.

Aku memejamkan mata. Rasa meremang dengar suara bos panggil nama aku.

Perlahan aku pusingkan badan menghadap bos.

Bos menggerakkan jari telunjuk, memanggil aku.

" Ya bos! " Aku berjalan ke arah bos yang bersandar pada tiang besar berwarna putih. Senyuman kaku aku lemparkan.

" Ambilkan kasut untuk aku. " Bos menunjuk ke arah kaunter yang dipenuhi rak kasut dibelakang nya.

" Err..saiz bos? "

" Kau tau saiz aku. "

" Saya tahu?" Aku menyoal semula.

Bos sekadar menjungkitkan kening,
sebelum dia kembali memandang lane-lane kayu yang dipenuhi pengunjung.

' Okay maknanya saiz kasut yang aku beli haritu sesuai dengan dia.'

Aku berjalan ke arah kaunter yang ditunjuk oleh bos tadi. Kak Karina dan Erin pula sudah duduk pada kerusi lane yang ditetapkan untuk kami bermain.

" Saiz 5 dan saiz 8." Aku meminta pada penjaga kaunter.

Dua pasang kasut diberikan kepada aku.

Aku berjalan menghampiri bos semula. Kasut khas untuk bermain bowling bersaiz 8 aku hulurkan pada bos.

Namun huluran aku tidak disambut.

" Aku nak beli air."

Bos terus berjalan meninggalkan aku.
Aku terkebil-kebil memandang. Dua pasang kasut masih dalam pegangan.

Aku terus mendekati Erin dan Kak Karina yang sudah bersedia. Kasut bos aku letakkan ke lantai. Kasut milik aku pula, aku segera pakai.

Bos menghampiri kami dengan empat botol kecil air mineral sejuk.

Bos membuka satu botol lalu dihulurkan kepada aku. Tanpa memandang.

Aku terpinga-pinga namun aku mencapai juga huluran botol tersebut.

"Thank you."

" Emm..." Balas bos ringkas.

Usai botol air berpindah tangan, dia mengambil tempat di sebelah aku. Kasut yang berada diatas lantai tadi dipakai.

Ice & Love (GxG) {ONGOING}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang