IL 2 : Karl

317 28 2
                                    

Arlyn P.O.V

"Weh seronok lah kau dapat cakap dengan dia." Erin bersuara teruja. Lengan aku ditampar-tampar, dan di goyang-goyang kuat.

"Sakitlah Erin." Aku menggosok-gosok perlahan kawasan lengan yang ditampar. Macam nak tercabut tulang lengan aku dibuatnya. Kuat betul goyang.

"Sorry, sorry. Tapi seronoknya kau. Aku pun nak jumpa juga. Haish, kenapalah aku tak dapat kerja sana sekali. Boleh cuci-cuci mata." Erin bersuara cemburu.

Aku menjelirkan lidah. Sengaja menambah minyak.

"Tapi tak best mana pun. Dia dingin gila. Garang pula tu. Seram weh nak present depan dia esok." Ujar aku sambil sambung menaip kerja yang tertangguh pada laptop.

"Masa kerja dia memang jenis serius agaknya. Jenis komited dengan kerja, kalau tak takde lah dia berjaya jadi boss Sparkling tu. Mungkin dekat luar dia lain." Balas Erin.

"Maybe." Aku sekadar menjongketkan bahu.

Tanpa kata, Erin tiba-tiba sahaja bangun meninggalkan aku sendirian di meja makan..

Oh ya, aku duduk menyewa rumah bujang jenis apartment dengan Erin dan dua orang lagi penghuni. Disebabkan tempat kerja yang jauh dari rumah keluarga, aku memilih untuk duduk menyewa agar lebih dekat dan mudah menggunakan public transport.

Erin merupakan best buddy aku dari zaman belajar universiti. Dah alang-alang dia pun cari rumah sewa, aku ajak duduk sekali.

Dua lagi penghuni hanya sekadar housemate dan aku tak berapa rapat. Cukup hanya borak-borak biasa bila terserempak. Bukan aku tak nak rapat, diorang yang memilih macam tu. So, aku ikutkan je lah.

"By the way, aku dah beli majalah Biz up yang kau kirim tu. Nah!" Erin menghulurkan majalah berwarna putih.

Mata aku bersinar teruja.

Aku pantas menyambut.

Terpampang wajah yang sangat dikenali...

Wajah Bos aku...

'Karllyn Sebastian: CEO of Sparkling Group'

Tajuk besar yang tertulis pada muka hadapan majalah, berserta gambar Boss yang menggayakan blazer kelabu gelap dilapisi baju turtle neck berwarna hitam, dengan sebelah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Wajahnya masih sama serius, tidak tersenyum.

Tetapi tetap tampak berkarisma. Tetap macho.

Boss menjadi muka depan untuk majalah Biz up edisi bulan ini.

"Handsome nya." Puji aku sebaik melihat majalah tersebut. Tangan aku lantas menyelak muka surat yang memaparkan maklumat lebih lanjut.

Lebih banyak gambar berserta artikel berkaitan sang pemilik nama Karllyn Sebastian.

Aku tersenyum sendiri.

"Haih, aku ni minat juga dekat Karl tu tapi takdelah macam kau. Sanggup beli majalah yang tak pernah langsung kau baca semata nak gambar dia."

"Tak cukup ke curi-curi tengok dalam office, sampai gambar majalah pun nak simpan. Aku rasa kalau ada jual bag pencil yang ada muka Karllyn pun kau sanggup beli kan." Tambah Erin, lantas menolak bahu aku dengan bahunya. Menyakat.

"Biarlah, kau jealous kan?" Aku menjeling ke arah Erin yang duduk disebelah ku.

"Takde makna nya. Aku dah ada pemilik hati okay. Bukan macam kau, crush dalam diam je. Kalau berani, aku cabar kau confess dekat Karllyn. Bagitau yang kau minat dia." Erin mengangkat - angkat kening sambil tersenyum.

Ice & Love (GxG)Where stories live. Discover now