"ABANG NI KAN... kalau Mus tinggal Ji kejap je kat rumah dengan abang mesti something happened," kata Mustaqim dengan keluhan yang terlepas.
Dulu Zinnirah lari rumah. Sekarang, pengsan. Lepas ni apa pulak?
Wajah Zhafran dan juga Atiya dipandang sekali lalu sebelum dia bergerak ke katil Zinnirah yang masih tidak sedarkan diri.
"Benda dah jadi, Mus. Mana abang tahu dia akan pengsan macam ni. Everything was out of my control. Abang tak expect pon Ji tak ingat langsung keluarga ibu," balas Zhafran panjang dengan nada suara yang semakin membeku.
"What did you expect? Dulu lepas Ji keluar hospital pun dia tak ingat dia pernah keguguran. Apatah lagi sekarang yang dia memang consume anti-depressants. Memang dia tak akan ingat orang yang dia dah lama tak jumpa." Mustaqim mula menderam geram.
"Dan Ati..." panggil Mustaqim menyebabkan Atiya yang menunduk terus memandang abangnya yang kedua itu.
"Ya abang?" perlahan Atiya menjawab sebelum melangkah satu tapak ke hadapan.
"Jangan pressure Kak Ji. Jangan paksa dia untuk ingat Ati sedangkan memori dia tentang Ati dan ibu sememangnya dah tak ada. Because you pushed her too much, see..." Zinnirah ditunjuk.
"She's sick." Usai ayat itu, Mustaqim menutup sekejap matanya dan menghembus nafas berat.
"Ati minta maaf... Ati tak tahu..." ucap Atiya dengan suara yang bergetar menahan tangis apabila ayat Mustaqim itu bagai meletakkan semua kesalahan pada bahunya.
"Hm, eloklah Ati jadi adik kesayangan Abang Zhaf kau tu. Dua-dua selalu aje tak tahu, apa yang tahu pun aku tak tahulah," kata Mustaqim selamba sehingga dia mendapat jelingan tajam Zhafran.
"Abang Mus..." panggil Atiya lalu melabuhkan duduk di tepi Mustaqim di atas katil Zinnirah ketika itu.
Mustaqim hanya diam dan menunggu gadis itu membuka mulut.
"Macam mana Ati nak rapat semula dengan akak?" tanya Atiya dengan serius. Dia benar-benar mahu hubungan mereka menjadi akrab semula seperti sebelumnya.
"Itu... Bergantung pada Ji sendiri. Dia ada trust issue yang tinggi dengan manusia. Maybe you should gain her trust first tapi abang tak janji itu akan ambil masa yang singkat. Satu tahun? Dua tahun? Mungkin lepas tu Ati dan Ji akan rapat semula" jawab Mustaqim lalu menjongketkan bahunya.
"Lamanya bang..."
"Sapa suruh tinggalkan Ji dulu? Hadaplah sekarang," bidas Mustaqim pedas. Atiya hanya menahan rasa.
Betullah apa yang Mustaqim katakan itu. Dia yang tinggalkan Zinnirah. Dia yang terlampau ego dulu sehingga sanggup merayu supaya Zinnirah menarik semula dakwaan terhadap baba sedangkan gadis itu telah hancur sehancurnya pada ketika itu.
"Ati janji Ati tak akan give up untuk rapat dengan Kak Ji..." janji Atiya lalu matanya melirik ke arah Zinnirah yang masih pengsan.
"Ati minta maaf akak..." ucapnya perlahan namun masih dapat didengari oleh Mustaqim.
"Create new memories with her. Jangan sebut langsung tentang apa yang berlaku antara Ati dan dia sewaktu di hospital dulu. Dia dah banyak terseksa sebelum Ati dan ibu muncul semula. Tanamkan rasa empati setinggi yang boleh dalam diri Ati, fahamilah dia. Untuk dia kembali normal walaupun tidak seceria dulu, itu tidak mudah langsung. Jadi, jangan kacau mental dia lagi. Sayangilah dia dengan selayaknya," pesan Mustaqim sebelum kepala Atiya yang bertudung diusap perlahan.
"Terima kasih abang," ucap Atiya dengan mata yang berkaca. Itu kali pertama Mustaqim mengusap kepalanya setelah beberapa kali dia datang ke sini.
"My pleasure," balas Mustaqim sebelum tersenyum kecil. Dia terus bangkit dan meninggalkan Atiya dan Zinnirah di dalam bilik itu.
YOU ARE READING
Badai Bahagia (SU)
Romance2024. SEMI;KOLON 2 (❗BACA SEMI;KOLON DULU❗) Kejadian itu menyebabkan Zinnirah hilang identiti diri. Trauma masa lalu sentiasa menghantui Zinnirah sehinggakan abangnya, Zhafran terpaksa membawanya ke wad psikatri. "Aku tak gila! Aku nak balik!" - Z...