"SAYANG..."
Panggilan itu menyebabkan Zinnirah yang baru saja menukar bajunya kepada pakaian hospital menoleh ke arah suami yang berdiri tegak di tepi katil. Secara tidak sedar, Zinnirah mengukir satu senyuman nipis.
"Ya abiy, kenapa?" soal Zinnirah sambil memasukkan pakaiannya tadi ke dalam plastik supaya mudah untuk dibawa pulang oleh Absyar.
"Abiy teman awak okey, abiy tak pergi kerja malam ni." Ucapan Absyar itu membuatkan Zinnirah tersentak seketika. Eh, nak cuti ke?
Zinnirah terus melabuhkan duduk di katilnya lalu menarik tangan Absyar untuk turut melakukan hal yang sama. Tanpa banyak bicara, lelaki itu hanya menurut dengan mata yang masih menatap isteri kesayangannya.
"Pergi kerja, abiy. Ji okey kat sini. Janganlah bazirkan cuti abiy untuk Ji," tutur Zinnirah penuh lembut. Mana mungkin dia mengeyakan kata-kata suaminya sedangkan dia bakal baik-baik saja di hospital ini. Malahan, dia berada satu bumbung dengan tempat suaminya bekerja.
"Tapi takkan abiy nak tinggalkan sayang sorang-sorang kat sini..." tambah Absyar lagi membuatkan Zinnirah tertawa kecil.
"Abiy ni... Ji dah terbiasa tinggal kat hospital sorang-soranglah. Lagipun tu kat sebelah sana ada pesakit lain dalam bilik ni, jangan risau okey?" pujuk Zinnirah lagi.
"Zinnirah..." Absyar sudah tidak tahu mahu berbicara apa dengan wanitanya saat itu. Dia sudah buntu!
"Abiy..." Zinnirah turut melakukan hal yang sama untuk mengusik suaminya itu.
"Abiy tak tahu nak buat apa dengan awak ni, sayang..." keluh Absyar. Dahi yang gatal dia garu perlahan. Jujur dia tidak tahu. Respons isterinya tadi setelah mengetahui keputusan ginjalnya itu, dia hanya terdiam tanpa bicara. Namun setitis air mata pun tidak jatuh daripada tubir mata itu.
Absyar tidak pasti sama ada Zinnirah sedang memendam rasa atau wanita itu sudah lali. Dia tidak tahu.
"Abiy tak perlu buat apa-apa pun untuk Ji. Abiy hanya perlu pergi kerja dan berbakti pada masyarakat, okey?" Dia tersengih dengan ayatnya sendiri.
"Berbakti pada masyarakat tapi isteri sendiri pun sakit. Macam mana ni?" balas Absyar laju. Kening dijungkitkan sebelah.
"Tapi isteri abiy ni dalam pantauan doktor dia sendiri. Macam mana dengan pesakit-pesakit abiy kalau abiy tetap berkeras nak teman Ji malam ni ? Ji konfem-konfem takkan mula apa-apa rawatan pun lagi. Janganlah macam ni, abiy. Pergi kerja okey, laksanakan amanah dan tanggungjawab abiy sebagai seorang doktor. Ingat balik ikrar abiy sebagai doktor dulu, janganlah mengelat macam ni demi Ji yang sudah semestinya akan layan drama cina malam ni. Dengar cakap Ji, key..." ucap Zinnirah panjang dan penuh lembut namun masih terselit ketegasan dalam nadanya.
"Ada masa senggang, abiy akan datang sini." Setelah berjeda beberapa saat, Absyar membalas ucapan isterinya itu. Senyuman kelat diberikan sebelum belakang kepala isterinya diusap.
"Ha, macam ni lah suami Zinnirah! Sangat bertanggungjawab, sangat gentlemen! Very cutesy, very demure!" Zinnirah tersengih dengan ayatnya walaupun Absyar masih berwajah sugul. Lengan suaminya dipegang dan dipeluk sekali lalu.
Dia sudah berani kan? Walaupun hanya mampu memeluk lengan sang suami.
"Abiy balik rumah dulu kan nanti?" soal Zinnirah lalu melihat wajah suaminya.
"Hmm."
"Sebelum abiy masuk kerja, boleh tak abiy bawakan barang kerja Ji ke sini? Sketch Ji masih belum siap lagi nanti nak submit pada upper management," kata Zinnirah sambil mengebilkan matanya berkali-kali.
"Awak tengah sakit, sayang..." Absyar menjeling isterinya itu dek rasa geram yang menggunung.
"Mana ada sakit, Ji sihat aje. Sakit tu bila nak buang air kecil je tapi kalau suruh belari 200 meter, Ji masih mampu lagi." Dia tersengih sebaik saja melihat Absyar meraup wajahnya sendiri. Kaki yang bergantung di tepi katil dia hayun.
"Abiy, please... Tolonglah bawakan... Ji kena siapkan alang-alang Ji yakin Ji akan bosan gila dalam wad ni. Lagipun Ji ada dateline yang kena kejar. Please abiy, pleaseeee." Lengan suaminya dia goyang dengan kedua-dua belah tangan sambil menjuihkan bibir.
Tolonglah isterimu ini wahai, sang suami!
Absyar hanya diam tidak menjawab.
"Abiy tak sayang Ji ke?" soal Zinnirah secara tiba-tiba. Saja mahu memancing emosi lelaki itu.
Absyar diam tidak menjawab.
"Abiy dah tak sayang Ji..." sambung Zinnirah lagi lalu menjatuhkan kepalanya pada lengan Absyar.
"Abiy sentiasa sayang awak. Malah lebih daripada tu, sayang pun tahu." Absyar berkata tenang sebelum turut meletakkan kepalanya atas kepala Zinnirah yang elok bersandar pada lengannya.
"Ji tahu..."
"Dah tahu tanya lagi." Hidung Zinnirah dia tarik sehingga wanita itu tertawa kecil.
"Saja sebab nak dengar abiy cakap sendiri," kata Zinnirah dengan tawa yang masih tersisa.
Lelaki itu terus tersenyum dan hanya membiarkan kedudukan mereka seperti itu tanpa ada usaha untuk mengubahnya.
"Absyar Abid akan sentiasa sayangkan Zinnirah..."
"Ji tahu..."
"Awak tak sayang abiy?" soal Absyar pula.
Zinnirah diam tidak membalas. Absyar hanya tersenyum kelat tanda faham. Tangan isterinya digenggam erat.
"Selain sketchs, sayang nak abiy bawakan apa lagi? Laptop? Buku? Pakaian nanti abiy bawa yang sesusai okey?" Absyar mengubah topik perbicaraan mereka akibat keterlanjuran kata tadi.
"Boleh, charger abiy jangan lupa tau."
"Baik sayang." Nafas ditarik dan dihembus dalam. Cuba untuk memujuk diri bahawa jangan cintakan manusia melebihi Pencipta-Nya.
"Abiy nak balik ni. Sayang nak melekat macam ni lagi ke?" usik Absyar lalu tertawa senang hati apabila Zinnirah terus menjarakkan diri mereka.
"Hati-hati balik nanti, apa-apa call Ji tau," pesan Zinnirah dan setelah itu mencium belakang tangan belakang suaminya.
"Sayang pun, kalau ada apa-apa call abiy terus. Nanti abiy bagitahu Mus dan Abang Zhaf yang sayang masuk wad tau. Jaga diri, jangan paksa diri kalau tau memang dah tak mampu." Absyar memberikan pesanan panjang buat wanita itu. Tangannya mengusap lama ubun-ubun Zinnirah yang tersengih sahaja memandangnya.
"Baik tuan!"
"Main-main." Kepala digelengkan berkali-kali dengan tingkah Zinnirah itu.
Jujurnya, wanita itu sudah berubah. Tidak sedingin dan setakut dahulu. Malah, Zinnirah makin ceria apabila bersama Absyar atau Mustaqim. Dia sebagai suami sangat bersyukur kerana wanita itu perlahan-lahan cuba keluar daripada zon selesanya.
"Abiy gerak dulu. Assalamualaikum," kata Absyar lalu melabuhkan satu kucupan di ubun isterinya.
"Waalaikumussalam, hati-hati suami saya!" Dia melambai dengan penuh ceria sebaik saja Absyar menutup pintu biliknya itu.
Senyuman ceria tadi berubah kelat dan nipis.
"Rasa sayang tu ada cuma Ji belum yakin dengan diri Ji sendiri. Ji... akan cuba ya, abiy?" kata Zinnirah seorang diri. Dia membaringkan badan ke atas tilam sebelum memejamkan mata.
Lelah dengan apa yang terjadi sejak pagi tadi. Baik dia tidur saja.
YOU ARE READING
Badai Bahagia (SU)
Romance2024. SEMI;KOLON 2 (❗BACA SEMI;KOLON DULU❗) Kejadian itu menyebabkan Zinnirah hilang identiti diri. Trauma masa lalu sentiasa menghantui Zinnirah sehinggakan abangnya, Zhafran terpaksa membawanya ke wad psikatri. "Aku tak gila! Aku nak balik!" - Z...