BAB 45

480 91 40
                                    

TIDUR ENAKNYA DIGANGGU apabila bahu Zinnirah terasa seperti dicucuk sesuatu. Mata yang tertutup cuba dia buka walaupun sukar. Tudung sarung yang sudah senget, Zinnirah betulkan dengan mata yang masih terpejam.

"Oi Ji, bangunlah! Nak maghrib dah ni," suara itu mula menusuk masuk ke koklea telinga Zinnirah.

Aduh, siapa pulak yang mengganggu tidur petangnya ini?

"Zinnirah!"

"Ya ya, Ji bangun... Bisinglah Mus ni," keluh Zinnirah lalu membuka matanya secara paksa. Wajah Mustaqim yang tersengih memandangnya itu Zinnirah lempang perlahan. Dia cuba bangun daripada terus berbaring sambil dia menenyeh mata berkali-kali.

"What are you doing, baby?" soal Mustaqim sambil menongkat kepalanya menggunakan kedua-dua belah tangan.

"Baby otak Mus," balas Zinnirah lalu menolak lengan Mustaqim itu. Apa bendalah si Mustaqim jadi ulat bulu petang-petang macam ni.

"Kasar betullah... Macam mana Acad boleh suka Ji ni? Tak faham betul dengan taste Acad..." Mustaqim mula berasa sebal dengan reaksi adiknya itu. Rasa seperti mahu dia kepit kepala Zinnirah pada ketiaknya tika itu juga.

Biar dia rasakan kehangitan ketiak Mustaqim yang baru habis shift pada waktu itu.

"Manalah Ji tahu, cuba Mus tanya dia." Zinnirah cuba membetulkan uratnya dengan mengeliat ke kiri dan kanan sebelum turun dari katil itu. Tandas di sebelah katilnya ditujui.

"Pergi mana?" soal Mustaqim lalu duduk di atas katil adiknya itu.

"Masak maggie," balas Zinnirah lalu menutup pintu tandas itu tanpa menoleh pada Mustaqim sengal itu.

"Masak lebih! Mus nak jugak!" Mustaqim turut melayan sebelum kakinya dia hayunkan dari atas katil. Matanya memandang sekitar kawasan katil Zinnirah sebelum terhenti pada beg besar di depan meja laci.

Baru saja dia ingin mendekati beg itu, telefon Zinnirah menjerit nyaring. Lantas, Mustaqim mengambil telefon itu sebelum tersengih.

Panggilan video dijawab dengan senyuman yang semakin melebar. Wajah Absyar yang memenuhi skrin telefon Zinnirah membuatkan Mustaqim mula memanaskan enjin untuk mengusik.

"Assalamualaikum adik iparku!" sapa Mustaqim sambil melambai ke arah Absyar.

Absyar yang pada awalnya tersenyum telah hilang senyuman manisnya apabila pandangan dihiasi dengan wajah Mustaqim.

"Waalaikumussalam, mana Zinnirah?"

"Amboi kau, cari bini terus eh? Tak tegur langsung abang ipar kesayangan kau ni," perli Mustaqim lalu membuat muka menyampah.

"Aku baru je jumpa kau tadi Mus, apo nak tegur banyak kali?" Absyar menggelengkan kepalanya dengan perangai Mustaqim itu.

Sesekali dia tersenyum kepada staf-staf yang lain apabila terserempak dengannya di lorong hospital ini.

"Untuk mengeratkan silaturrahim, itu pun tak tahu ke?" Kening terjungkit sebelah.

"Mus, mana Zinnirah? Aku nak cakap dengan dia. Bukan nak tengok muka kau." Sekali lagi Absyar menyoal keberadaan isterinya itu. Dia dah bosan melihat wajah abang ipar kesayangannya itu.

"Ish kau ni, sabarlah. Ji dalam toilet tengah masak maggie." Mustaqim terus menggolekkan matanya. Kalut betul cari bini dia!

"Malas betullah aku nak layan kau ni..."

"Malas malas malas. Hey, bersyukurlah dapat abang ipar macam aku ni. Mana nak dapat abang ipar yang kamceng gila dengan adik ipar sendiri? Takde. Aku sorang je yang macam ni dalam dunia." Mustaqim mula mendabik dada memuji diri sendiri.

"Yalah Mus, aku sebagai adik ipar kau bersyukur sangat-sangat dapat abang ipar mereng macam kau ni." Absyar tersenyum kecil dengan ayat terakhirnya.

"Woi, kuaja eh kata aku mereng? Siap kau, aku kepit pipi bini kau guna penyepit baju nanti," ugut Mustaqim dengan wajah yang sudah berubah menyampah.

Absyar hanya terhambur tawa kecil dengan respons agresif itu. Marah aje yang dia tahu.

"Mus buat apa dengan handphone Ji?" tegur Zinnirah seraya merampas telefonnya daripada tangan Mustaqim. Tanpa menunggu respons abangnya, Zinnirah langsung melabuhkan duduk di sebelah Mustaqim yang masih berpakaian scrub hospital.

Mata ditala menghadap skrin sebelum dia termengap seketika apabila wajah kacak Absyar memenuhi ruang mata.

"Hai assalamualaikum sayang!" tegur Absyar dengan gembira sehingga sebaris giginya kelihatan jelas.

"Waalaikumussalam abiy... Abiy tak sibuk ke?" Zinnirah mula membuka ruang untuk berbicara.

"Ada masa senggang sekejap sebelum masuk zon. Baru bangun ke? Tadi abiy pergi hantar barang, awak masih tidur," soal Absyar dengan senyuman yang tidak meluntur.

"Haah Ji baru bangun sebab Mus yang kejut tadi," jawab Zinnirah sambil menjeling Mustaqim yang memandangnya sambil menopang dagu di meja hujung katil. Kening diangkat pada lelaki itu tanda 'nak apa?'. Namun Mustaqim hanya membalas dengan jelingan.

Cis, sombong!

"Nanti sayang check tau dalam beg tu cukup tak barang kerja awak. Pakaian sayang abiy dah susun dalam laci. Kalau ada apa-apa yang tertinggal, bagitahu je abiy. Nanti bila abiy balik rumah, abiy ambilkan," tutur Absyar panjang dan Zinnirah hanya mendengar dengan senyuman yang mula terbentuk.

"Baik abiy, nanti Ji check," jawab Zinnirah pendek namun matanya tidak jemu memandang sisi wajah Absyar yang kini sedang berbual seketika dengan stafnya.

"Sayang, abiy dah kena end-call. Abiy dah kena on duty. Kalau ada apa-apa sayang text je okey? Kalau call maybe abiy tak dapat nak angkat," pesan Absyar lagi.

"Baik abiy. Abiy kerja elok-elok tau. Ji tunggu abiy kat sini," ucap Zinnirah dengan senyuman malu-malu.

"Apa sayang? Cuba ulang," pinta Absyar sekali lagi walaupun setiap ayat isterinya tadi sangat jelas di telinganya.

"Hati-hati kerja. Ji sayang abiy..." luah Zinnirah secara tiba-tiba. Senyuman manis dia hadiahkan buat sang suami.

Dan-dan Absyar membeliakkan matanya sebelum bawah bibir digigit. Dia terus tertunduk lalu menutup mulut dengan sebelah tangannya dek rasa malu. Wajah sudah merah dengan luahan yang tidak pernah dia jangka itu. Pehanya dia pukul berkali-kali dengan mata yang terpejam.

Bibir dikemam dengan senyuman yang meniti bibir. Skrin kembali dilihat dengan rasa hati yang semakin berbunga-bunga.

Ya Allah, Absyar salting parah dengan luahan Zinnirah.

"Abiy pergilah kerja, Ji tunggu kat wad ni tau. Assalamualaikum abiy," pamit Zinnirah sebelum menamatkan panggilan mereka.

"Waalaikumussalam sayang..." jawab Absyar walaupun lambat. Badan disandarkan ke dinding sebelum dada yang berdegup kencang disentuh.

Dia cuba mengabaikan rasa itu walaupun keadaannya kini bagai anak dara yang baru dipinang. Malu-malu kucing!

Baru saja dia berjalan beberapa langkah, lututnya terasa lembik. Absyar berpaut pada dinding sebelum tertawa kecil pada dirinya.

Damn Zinnirah, your 'Ji sayang abiy' really effecting me like this! Macam mana abiy nak buat kerja ni sayang!



Lama tak tengok acad salting kan? Hehe ><

Badai Bahagia (SU)Where stories live. Discover now