MUSTAQIM YANG SEDANG duduk meneguk air mineral itu, Absyar dekati lalu menepuk bahunya. Dia terus mendongak memandang Absyar dengan wajah yang terpinga-pinga.
"Apahal?"
"Dia ada bagitahu apa-apa tak kat kau?" soal Absyar sambil tersengih.
"Ini dah hari yang ke-9 kau tanya soalan yang sama tau, Acad. Takde. Ji tak bagitahu aku apa-apa lagi," ujar Mustaqim dengan muka yang sudah berubah pelik.
Absyar terus mengemam bibirnya apabila mendengar jawapan Mustaqim. Mungkin... Zinnirah belum bersedia?
"Kau dengan Ji ada janji apa ni? Dan apa kaitannya dengan aku sampai setiap hari kau tanya aku soalan yang sama? Kalah parents yang risaukan anak dia yang sakit..." bebel Mustaqim sambil menggelengkan kepalanya.
Absyar hanya tersengih sebelum menggaru lengannya yang bebas daripada memakai kot putih.
"Tak ada apalah..."
"Lah mamat ni... Nak berahsia dengan aku pulak..." perli Mustaqim sambil berdecit perlahan.
"Serius tak ada apa pun Mus, nanti kalau Zinnirah bagitahu kau, kau akan tahulah," jelas Absyar. Wajah Mustaqim yang masam dia kerling seketika sebelum melepaskan tawa kecil.
"Ha suka hati engkoranglahhh. Maleh dah aku," kata Mustaqim sebelum bangun dari duduknya.
"Aku pergi dulu, ada appointment pukul 10.30 pagi," pamit Mustaqim lalu bergerak kembali ke jabatannya meninggalkan Absyar yang masih tersengih seperti kerang busuk di situ.
Sungguh dia keliru dan tertanya-tanya dengan dua gerangan itu; Absyar dan Zinnirah setelah berlangsung majlis konvokesyen adiknya itu.
Bahu dijongketkan lalu terus dia menekan butang lif itu.
Nanti-nanti je lah dia tanya Zinnirah.
ZINNIRAH meletakkan mangkuk yang berisi kari daging ke atas meja dapur sebelum telinganya menangkap pintu utama yang ditutup.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam, Mus."
Zinnirah terus kembali ke dapur untuk mengambil air yang sudah dia bancuh. Matanya terus terpaku pada Mustaqim yang sudah duduk di meja makan sambil mengusap kedua-dua belah tangannya.
"Tak nak mandi dulu ke?" soal Zinnirah lalu mengambil duduk berhadapan lelaki itu.
"Tadi dah mandi kat hospital. Kejap lagi nak mandi lagi sekali," jawabnya dengan mata yang tidak lekang daripada melihat mangkuk kari daging buatan Zinnirah itu. Lengan kemeja biru lautnya sudah disinsing ke siku.
Perut yang berkeriuk dipegang.
"Pergilah basuh tangan dulu, Mustaqim!" tegur Zinnirah apabila tangan lelaki itu laju mahu menceduk kari ke dalam pinggannya.
"Alaaa Ji..." Bibir mula memuncung.
"Awak tu doktor tau? Takkan kat rumah terus lupa diri?" perli Zinnirah sambil menggelengkan kepalanya.
"Doktor kat hospital je. Kat rumah jadi Mustaqim only," katanya perlahan lalu bangun dan terus tuju ke arah singki. Tangan dicuci mengikut SOP hospital kerana dia sudah terbiasa.
"Ha macam ni lah basuh tangan, baru sedap nak makan. Meh sini Ji cedukkan untuk abang kesayangan Ji ni," usik Zinnirah lalu mengangkat pinggan Mustaqim yang sudah berisi nasi lalu dikautkan isi daging ke atasnya.
Mata Mustaqim terus bersinar terang. Bau wangi semakin menusuk ke dalam hidungnya.
Ini yang tak sabar ni!
YOU ARE READING
Badai Bahagia (SU)
Romance2024. SEMI;KOLON 2 (❗BACA SEMI;KOLON DULU❗) Kejadian itu menyebabkan Zinnirah hilang identiti diri. Trauma masa lalu sentiasa menghantui Zinnirah sehinggakan abangnya, Zhafran terpaksa membawanya ke wad psikatri. "Aku tak gila! Aku nak balik!" - Z...