"DOKTOR DAH! She's dead and her death was already pronounced by Dr. Zaid!"
Absyar rasa bahunya jatuh sebelum jemarinya yang masih berada di dada pesakit itu terhenti pergerakannya. Bola mata tidak bergerak daripada menatap wajah pucat yang sudah hampir kebiruan.
Rasa sebak mula menerpa dadanya.
"I'm failed..." perlahan suara Absyar menjengah telinga nurse dan paramedik di sana.
"You're not. Baby ini datang dalam keadaan yang sangat kritikal dan chances untuk dia kembali sedar sangat rendah. Selepas ini team forensik akan lakukan bedah siasat dan sekarang kau perlu berjumpa dengan penjaga baby ni, Acad. Head up, ajal baby tu dah sampai," tegur Dr. Zaid apabila melihat rakan seperjuangannya itu seperti terlampau mendalami emosi tika itu. Sesekali wajah Absyar dikerling dengan hujung mata sebelum dia menarik lelaki itu menjauhi katil bayi perempuan yang berusia tujuh hari tu.
"Ini kali pertama aku hadap kematian pesakit berusia tujuh hari, Zaid. It's affected me much dan aku tak tahu kenapa." Absyar meluahkan secara tiba-tiba.
"Sebab kau manusia, ada hati dan perasaan. Ambillah masa, biar aku yang pergi jumpa penjaga bayi tu," kata Zaid dan mula melangkah untuk berlalu dari situ.
"Zaid," panggil Absyar pantas. Keningnya dijungkitkan pada lelaki itu sebaik saja dia menoleh ke arah Absyar.
"Biar aku yang jumpa. Ini kerja aku."
"Serius? Kau dah okey?" Zaid mula meragui Absyar.
"Insya-Allah okey. Jangan risau."
"Kalau macam tu, pergilah. Dah lama diorang tunggu." Absyar terus mengangguk laju dan berjalan pantas ke arah dua orang wanita yang kelihatan seperti ibu dan anak.
"Assalamualaikum, waris kepada Arissa Damia?" tegur Absyar tanpa menunggu lama.
"Waalaikumussalam..." Mata wanita yang berumur itu terus membulat sebaik saja irisnya terpaku pada wajah Absyar. Dia tergamam hingga tidak mampu melangsungkan bicara.
Tak-tak mungkin...
ZINNIRAH tersengih seorang diri apabila melihat adunan kek hasil buatannya. Sudah lama bakat yang ada sejak zaman sekolah, dia abaikan. Kini, setelah bertahun-tahun lamanya dia kembali membakar kek demi gerangan suami tersayang. Wanita ini sampai sanggup mengambil cuti sehari untuk menyambut hari lahir Absyar bersama-sama.
Bukan setakat kek, dia juga ada menyiapkan makanan berat yang lain. Mesti suaminya itu tidak sempat untuk menjamah makanan di hospital itu.
Telefon di atas meja makan, dia capai sebelum nama Absyar dicari. Jemarinya laju menari dia atas skrin telefon dengan sengihan yang tidak luntur di bibir.
Abiy, sebelum balik mandi dulu tau bersih-bersih! Ji tak nak ada satu kuman pun melekat ada abiy :p – Zinnirah
Selama ni abiy mandi tak
bersih ke sayang? – AbsyarLajunya reply! Tak ada patient ke? – Zinnirah
Zinnirah terus melabuhkan punggungnya pada kerusi meja makan apabila pesanannya dibalas dalam jangka masa yang singkat. Sungguh jarang-jarang hal ini berlaku!
Abiy dah habis oncall sayang. Ni dah siap-siap nak balik. Dah galas beg dah pun tapi sayang suruh abiy mandi dulu. Baru cadang nak mandi kat rumah je. – Absyar
Zinnirah tertawa kecil dengan balasan Absyar. Sorrylah abiy, ada surprise nanti. Sebab tu abiy kena mandi dulu!
Ada sebab kenapa Ji suruh abiy mandi dulu sebelum balik. So, mandi tau! Habiskan sabun kerajaan! Ji tunggu abiy kat rumah ;) – Zinnirah
YOU ARE READING
Badai Bahagia (SU)
Romance2024. SEMI;KOLON 2 (❗BACA SEMI;KOLON DULU❗) Kejadian itu menyebabkan Zinnirah hilang identiti diri. Trauma masa lalu sentiasa menghantui Zinnirah sehinggakan abangnya, Zhafran terpaksa membawanya ke wad psikatri. "Aku tak gila! Aku nak balik!" - Z...