BAB 22

404 80 20
                                    

"DAH SIAP KE projek tu?" soal Mustaqim sebaik saja Zinnirah meletakkan beg galasnya pada tempat duduk belakang. Mereka akan bergerak pulang ke rumah Abang Zhafran setelah Mustaqim tamat postingnya di department O&G itu.

"Dah..." jawab Zinnirah sambil mencari botol airnya. Penutup dibuka dan diteguk air itu sambil menjeling Mustaqim yang berada di tepi. Lelaki itu hanya diam seperti menunggunya selesai minum.

"Kenapa tak gerak lagi?" tanya Zinnirah apabila Mustaqim masih statik dan tiada tanda untuk dia memandu pada ketika itu.

Mustaqim terus menoleh ke belakang dan mengambil beg kertas yang sudah buruk bentuknya akibat terkena air hujan demikian hari. Beg kertas itu terus diberikan pada Zinnirah sambil tersenyum simpul. Secara tiba-tiba dia teringatkan pengakuan berani mati Absyar pada malam itu.

Fuh, gentlemen sungguh!

"Apa ni?" tanya Zinnirah sambil memandang Mustaqim dengan dahi berkerut. Lelaki hanya menjongketkan bahunya kerana dia juga tidak tahu isi di dalam beg itu. Dia hanya menyampaikan amanah yabg Absyar berikan padanya.

"Kenapa tak tahu?" Zinnirah berdecit perlahan sebelum menolak bahu lelaki itu.

"Sebab Mus memang tak tahu. Bukannya Mus yang beli, tu daripada secret admirer Ji yang kasi," kata Mustaqim sambil tersengih lebar.

"Orang yang sama berikan Ji coklat haritu ke?" Matanya terkebil-kebil melihat sisi wajah Mustaqim yang sudah mula memandu.

"Haah, benar sekali bestie."

Zinnirah terus mengeluarkan satu persatu barangan yang ada di dalam beg kertas yang hampir hancur itu.

Coklat. Like always.

Pepper spray.

Stun Gun.

Personal alarm.

Zinnirah terkedu buat seketika sebelum dia menjeling Mustaqim yang seronok bernyanyi kecil di sebelahnya. Pandangan diarahkan kembali ke dalam beg itu dan sambung mengeluarkan saki baki barangan yang ada di dalamnya.

Self-defense stick.

Emergency breaker.

Surat kecil yang tulisannya hampir kembang disebabkan air diambil dan dibaca dalam hati.

Zinnirah, hope this self-defense kit would help you protect yourself after this. And also, makanlah coklat tu. Sorry, dah lama tak kasi awak serotonin boost. Hope you will happy with this little gifts!

Hujung kertas digenggam sedikit kuat sebelum dia memasukkan semuanya kembali ke dalam beg kertas itu. Hatinya merasakan sesuatu. Dia rasa dia kenal dengan pemberi hadiah ini walaupun dia telah meminta Mustaqim untuk merahsiakannya.

"Mus, tell me. Siapa orang tu? Don't make me feel anxious," soal Zinnirah dengan dahi yang berkerut. Dia cuba untuk mencungkil rahsia itu daripada abangnya dan dia mahukan kepastian akan satu nama dalam mindanya.

"Nanti pada masa yang diizinkan Allah, Ji akan tahu jawapannya," jawab Mustaqim lalu menoleh seketika demi menatap wajah monyok Zinnirah. Terus terluah tawa kecilnya melihatkan reaksi itu.

"Poyo." Zinnirah terus menggolekkan matanya dengan jawapan kerek Mustaqim itu.

Habis itu, Mustaqim terus ketawa mengekek dengan respons Zinnirah.

"Mus cuba jaga amanah orang aje Ji, dia suruh Mus rahsiakan jadi Mus kena laksanakanlah. Nanti Mus jadi munafik pulak. Susahlah nak nampak siratul mustaqim nanti," seloroh Mustaqim sebelum lengan kirinya mendapat tamparan kuat Zinnirah.

Badai Bahagia (SU)Where stories live. Discover now