Lucy

9 0 0
                                    

LUCY yakin Kimi pasti berada tidak jauh dari tempat dia berada ketika ini. Bunyi seperti suara erangan orang yang sedang kesakitan bergaung-gaung singgah ke pendengarannya. Sepertinya dia ada kuasa mendengar suara orang yang berada di dalam kesusahan.

Di dalam kegelapan itu barulah Lucy teringatkan sesuatu. Lekas-lekas dia meraba di dalam poket seluarnya, ada riak gembira di wajahnya apabila lampu suluh bersaiz kecil yang sering ada bersamanya dibawa keluar. Dengan yang hanya bertemankan lampu suluh kecil miliknya itu, dia terus menjejak di manakah rakannya Kimi sedang berada. Namun ketika dia terlihat akan tangannya, Lucy ditebak kehairanan dan sedikit rasa terkejut. Dengan lekas-lekas dia menelek-nelek tangannya yang ketika ini penuh dengan darah.

“Da... darah? Darah aku? Aku cedera?”

Lucy menyuluh lampu suluhnya ke setiap sudut anggota badannya, memang tiada sebarang kecederaan pun yang dia alami. Anehnya dari manakah datangnya darah yang melekat basah di tangan kanannya itu?

“Ini... ini bukan darah aku! Darah siapa? Dari mana datangnya darah ini?” Pelbagai persoalan menebak pantas ke ruang mindanya. Persoalan yang pastinya tidak akan menemui jawapannya.

“Oh Tuhan apa benda yang dah berlaku ini?”

Menggeletar tangan Lucy, dia semakin diserbu ketakutan, namun dia kuatkan semangatnya dan mengesat darah yang tersisa di tangannya dan memulakan pencarian mencari rakan paranormalnya, Kimi. Dia tidak mahu berterus-terusan sendirian di dalam vila puaka itu, dia perlu mencari Kimi dan menceritakan segala perihal yang telah berlaku kepadanya, terutama sekali kisah di mana dia disapa kanak-kanak berwajah pucat seperti anak patung dan entah dari mana datangnya darah yang melekat di tangannya.

“Kimi... kau... kau kat mana?”

Laung Lucy bersama riak wajah yang jelas cemas ketika ini. Sesekali dia menghalakan lampu suluhnya ke kiri dan ke kanan mencari arah, di tingkat atas bangunan itu dalam keadaan yang benar-benar tidak terurus. Dengan deraian kaca di atas lantai, dan juga rekahan di dinding bangunan yang usang itu menjadi persinggahan mata Lucy. Setiap kali dia melangkah sudah pasti akan terdengar dengan jelas bunyi derapan kasutnya yang memijak serpihan kaca yang mungkin datangnya dari tingkap vila itu.

Suara erangan itu kedengaran semakin lama semakin mengendur dan akhirnya tidak kedengaran lagi. Lucy mulai resah, dia masih belum menjumpai Kimi. Semakin dia berjalan semakin dia berasa meremang seluruh bulu romanya. Lucy berasa sesak dan sukar untuk menghela nafas. Berkemungkinan dia telah diserang panik, dia mulai tidak selesa dengan keadaan ketika ini.

“Sa.. kit...”

Suara yang mirip Kimi masih lagi didengarinya, mendayu dan kedengaran amat lemah telah tertangkap ke pendengaran Lucy. Lucy bertambah resah dan semakin tidak keruan. Sudah terbayang di mindanya Kimi dalam bahaya dan mungkin tercedera dan perlukan bantuan. Timbul juga persoalan di fikirannya, di manakah Aini dan Amran berada sekarang ini, apakah yang sebenarnya telah berlaku? Dek kerana kegelapan malam dan dia tidak begitu kenal keadaan di dalam vila itu, Lucy sukar untuk mencari jalan menjejak rakan-rakannya yang lain.

“Kimi?”

Lucy menjenguk ke dalam sebuah kamar yang bersaiz besar. Mungkin itu kamar utama, kamar yang paling besar di dalam villa usang itu. Dengan suluhan cahaya lampu suluh yang dibawanya bersama, Lucy menyuluh kegelapan ruang kamar yang luas itu perlahan-lahan. Hati kecilnya masih diburu rasa seram dan bimbang, bimbang tersuluh dan terlihat sesuatu yang menakutkan. Apabila lampu suluhnya tersuluh ke satu arah, wajah Lucy berubah serta-merta. Kelihatan satu susuk seperti tubuh manusia sedang terbaring dalam keadaan mengiring mengadap ke arah dinding kamar. Dari bentuk tubuh yang tersuluh oleh cahaya lampu suluh Lucy itu, ia mirip seperti tubuh...

PENUNGGU VILA NABILLA Where stories live. Discover now