Bab 10

6 2 0
                                    

Idayu menatap wajah ibunya yang tidak bermaya. Zaiton sudah pun sedar namun masih terlalu lemah dan perlu memakai alat bantuan pernafasan. Wanita itu masih belum mampu untuk bercakap. Disebabkan keadaan yang masih tidak stabil, ibu Idayu itu perlu ditempatkan di unit rawatan rapi bagi mendapatkan penjagaan yang lebih khusus. Di sebabkan berada di unit tersebut, ahli keluarga juga tidak dibenarkan untuk menjadi penjaga dan berada bersama pesakit. Pelawat hanya dibataskan pada waktu melawat sahaja. Oleh itu, Idayu mengambil peluang untuk menemui ibunya sepanjang masa lawatan dibuka oleh pihak hospital. Pulang dari pejabat, Idayu segera melawat ibunya sehinggalah waktu lawatan tamat. Jam enam petang, gadis itu mula keluar dari wad. Tanpa disangka, gadis itu bertemu pula dengan Farhan yang turut melewati lorong hospital tersebut.

"Ayu, dah nak balik ke?" Farhan menyapa.

"Ya lah.. waktu melawat pun dah tamat.. saya nak kena balik rumah la.." Idayu membalas.

"Emm.. awak sibuk ke?" Farhan bertanya.

"Kenapa pula?"

"Kalau awak tak sibuk, apa kata kita pergi minum sekejap."

"Hmm.. boleh juga.. saya pun lapar sebenarnya."

"Elok la kalau macam tu.. boleh makan sekali." Farhan tersenyum lebar apabila permintaannya untuk minum dan berbual bersama Idayu dipersetujui oleh gadis tersebut.

"Sekejap.. saya nak buat panggilan.." Idayu segera mendapatkan telefon dari tas tangan yang dibimbit. Dia berhajat untuk memaklumkan keberadaannya kepada Adam. Dia tidak ingin suaminya itu ternanti-nanti kepulangannya tanpa diberitahu. Malah, ibu mentuanya juga masih berada di rumah suaminya itu.

"Aduh.. telefon mati pula.." Idayu merungut apabila menyedari telefon bimbitnya sudah mati kerana kehabisan bateri. Dia mula risau jika Adam dan ibu mentuanya tertanya-tanya tentang dirinya yang masih belum pulang ke rumah.

"Pakai je telefon saya.. nak call siapa?" Farhan menawarkan Idayu untuk menggunakan telefon miliknya sambil menghulurkan telefon pintar tersebut kepada Idayu.

"Eh, takpe la.. lagipun, saya mana ingat nombor yang nak call tu.. rasanya, tak jadi la kita pergi makan.. saya kena balik dulu." Idayu memberikan alasan. Dia sebenarnya tidak mahu membuat suami dan ibu mentuanya tertunggu-tunggu.

"Kenapa pula tak jadi? please Ayu.. sekejap je.. tak nak makan pun, kita minum je.. saya ada hal nak bincang dengan awak."

"Nak bincang pasal apa? Pasal kes mak saya ke?" Idayu ingin mendapatkan kepastian. Jika urusan yang melibatkan kes ibunya, gadis itu akan sanggup menghabiskan masanya.

"Aaa..." Farhan agak gugup untuk menyatakan.

"Kalau pasal mak saya, saya akan ikut awak.. tapi kalau hal peribadi, saya minta maaf." Idayu langsung meluahkan pendiriannya.

"Ah, ada hal nak bincang pasal mak awak." Farhan terpaksa menggunakan alasan yang tidak akan ditolak oleh Idayu.

"Okay.. baiklah.." Idayu menyatakan persetujuan untuk keluar bersama Farhan. Mereka berdua kemudian menuju ke kafe hospital untuk melanjutkan perbualan mereka sambil menikmati air minuman. Farhan terpaksa membicarakan hal mengenai penyakit ibu Idayu bagi meluangkan masa bersama gadis tersebut. Lelaki itu tahu, hanya itulah satu-satunya cara untuk dia terus mendekati Idayu. Sejak dari kecil, Idayu sering membataskan pergaulannya dengan lelaki. Walaupun Farhan menyimpan perasaan terhadap Idayu semenjak mereka masih bersekolah, namun untuk mendekati Idayu itu sangat sukar sekali melainkan terbatas sekadar teman biasa sahaja. Sikap Idayu yang tidak gemar untuk mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki selain daripada berkawan itulah menyebabkan Farhan sukar meluahkan perasaannya dan disebabkan itu jugalah Idayu tidak menyimpan hasrat untuk berkahwin. Malah, setelah kehilangan bapa dan adiknya, Idayu semakin fokus untuk menjaga ibunya yang sudah lumpuh. Hal tersebut menguatkan lagi alasan Idayu untuk tidak tertarik kepada lelaki bagi dijadikan suami.

ISTERI UPAHAN ENCIK ADAMWhere stories live. Discover now