PULANG dari pejabat setelah selesai bekerja, Idayu yang dalam perjalanan untuk ke rumahnya sempat singgah di sebuah kedai emas. Wanita itu melihat ke arah susunan cincin perak yang terlihat indah. Dia sebenarnya ingin membeli sebentuk cincin sebagaoi balasan kepada Adam. Di sebabkan mereka berkahwin secara tergesa-gesa dan di lakukan secara rahsia, masing-masing terlupa untuk mendapatkan cincin perkahwinan mereka. Setelah diberikan cincin oleh Adam, barulah Idayu mula terfikir mengenai cincin yang menjadi ikatan kepada perhubungan mereka itu. Walaupun mereka bernikah secara rahsia, namun hubungan mereka tetap sah di sisi syarak dan berdaftar di jabatan agama. Setelah meninjau seketika, Idayu akhirnya memilih sebentuk cincin perak yang lengkap dengan sebiji permata nilam biru kegelapan.
'lupa pula nak tanya saiz jari dia.. lantak la.. kalau besar, nanti pandai la dia kecilkan sendiri..' Idayu mula tertanya-tanya mengenai saiz jari Adam. Dia terpaksa memilih cincin yang bersaiz sedikit besar berbanding saiz anggaran. Selesai membeli cincin untuk suaminya, Idayu segera pulang ke rumah. Ibunya yang lumpuh hanya ditinggalkan sendirian ketika Idayu keluar bekerja. Disebabkan itu, dia perlu kembali secepat mungkin untuk menemani dan menguruskan ibunya itu.
Sekembalinya Idayu ke rumah, dia segera melakukan pekerjaan rutinnya iaitu memasak dan memberi makan kepada ibunya. Walaupun kepenatan, namun Idayu tetap berbakti kepada orang tuanya itu. Bahkan, gadis itu bukan sahaja bekerja di pejabat. Dia turut melakukan pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan. Ketika menyuapkan makanan kepada ibunya, Idayu turut berbual-bual.
"Mak.. kalau Ayu kahwin.. macam mana?"
"Macam mana apa? baguslah kalau kau nak kahwin.. Mak pun senang hati.. takde la kau susah sorang diri nak kena buat semua kerja.. nak cari duit lagi, kemas rumah lagi, jaga mak lagi.." Zaitan membalas setelah menelan nasi yang disuap oleh anaknya itu.
"Tapi.. Ayu takut.. macam mana kalau orang tu nanti tak dapat terima keadaan mak?" Idayu meluahkan kegusaran yang melanda hatinya.
"Apa yang nak takutnya? Mak tahu, kau akan cari lelaki yang betul-betul layak untuk jadi suami kau.. lagipun, hidup kita ni, kita takkan tahu entah apa akan jadi hari esok.. kita cuma mampu berusaha untuk menuju ke arah yang lebih baik. Kalau terjadi kemudaratan, itulah namanya ujian.. takde orang dalam dunia ni nak hidup susah.. tapi ujian dalam hidup ni pasti ada.. macam mak sekarang ni.. mak pun tak pernah terfikir akan jadi macam ni.. mak pun taknak jadi macam ni.. tapi yakinlah, setiap musibah yang melanda, pasti ada hikmahnya. Keadaan mak macam ni, mungkin tak baik untuk mak, pada anggapan mak.. tapi Allah lebih tahu.. mungkin Allah tak nak mak tambah dosa dengan pergi sana sini.. mengumpat orang, dengar orang mengumpat.. mungkin juga Allah buat mak macam ni, sebab nak tambah pahala kat Ayu.. Ayu dapat jadi anak yang berbakti.. kita takkan pernah tahu.. hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui." Zaiton memberikan nasihat yang panjang kepada anak gadisnya. Idayu hanya terdiam mendengar ucapan ibunya itu. Seketika kemudian, Idayu mula terperasan, terdapat kelainan pada ibunya. Ibu tua itu terlihat seakan lemah dan sedikit termengah-mengah.
"Mak.. mak tak apa-apa ke? Ayu tengok mak macam susah je nak bernafas.. mak okay tak ni?" Idayu meluahkan kegusaran.
"Hmm.. entahlah.. mak rasa macam berat je dada ni nak bernafas.. rasa macam nak demam pun ada.." Zaiton menjawab pertanyaan anaknya.
"Kalau macam tu, kita pergi ke klinik je la.."
"Eh, tak payah la.. mungkin sebab mak penat kot.. nanti mak tidur lama sikit, elok la tu.."
"Ish, mak ni.. degil betul la.." Idayu menccebikkan bibir sambil mengacau nasi di dalam mangkuk yang dipegangnya. Zaiton mula terperasan pada cincin di jari manis anaknya itu.
"Eh, sejak bila kau ada cincin emas tu Ayu? Baru beli ke?" Zaiton segera bertanya.
"Ah.. ini.. cincin ni.. emm.. ah.. Ayu beli tadi.." Idayu berbohong kepada ibunya. Dia tidak ingin mengatakan hal yang sebenarnya memandangkan kesihatan ibunya itu terlihat dalam kondisi yang tidak stabil. Idayu tidak ingin ibunya terkejut dengan berita perkahwinannya. Zaiton mungkin akan jatuh lebih sakit jika mengetahui anak gadisnya itu telah berkahwin tergesa-gesa malah secara rahsia. Disebabkan itu, Idayu memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu mengenai perkahwinannya itu.